Berapakah harga cermin honda jazz ?

Harga cermin honda jazz. Pemilik kereta honda jazz boleh merujuk harga cermin di bawah secara lengkap jika mendapati masalah tentang cermin kereta.

Pastinya anda sedang menghadapi masalah dengan cermin kereta anda. Dan anda ingin membuat survey sedikit sebanyak dapat mengetahui harga cermin honda jazz ini.

Tidak salah untuk anda membuat pengesahan dahulu. Kadang-kadang kita perlu menetapkan budget sebelum nak tukar cermin kereta yang baru.

Walaupun cermin kereta honda jazz kita tu hanya retak sedikit sahaja, siapa yang tak sedap hati lebih-lebih lagi bila nak bawa kereta ke tempat yang jauh.

Cermin depan kereta honda jazz retak

Pengalaman aku sendiri bila bawa kereta di highway, secara tiba-tiba entah datang dari mana batu terkena pada cermin depan honda jazz aku.

Pada mulanya tiada sebarang tanda pada permukaan cermin winsdcreen depan kereta aku tu. Bila kerja sudah selesai, nak mula perjalanan balik, aku ternampak satu garisan pada bahagian atas permukaan cermin dari dalam.

Cermin retak tu hanya garisan sepanjang 15 cm lebih kurang. Panjang juga tu. Risau aku dibuatnya.

Jadi aku terus pulang ke rumah dengan harapan cermin kereta aku tu bertahan. Nasib menyebelahi aku selamat sampai ke rumah setelah 2 jam perjalanan.

Aku dapati garisan pada cermin kereta honda jazz aku tu menjadi semakin panjang daripada 15cm kepada 19cm.

Daripada jadi lebih buruk, aku ambil keputusan nak tukar cermin depan honda jazz aku pada esok harinya. Kebetulan tahun ini aku masih mempunyai cover cermin insurans.

Jadi, aku tak berapa risau. Sayangnya bila cermin depan tu cermin original.

Harga cermin honda jazz tukar baru

Aku pun hadirkan diri ke salah sebuah kedai cermin kereta berdekatan dengan kediaman aku. Sampai sahaja situ, aku terus tanyakan taukey kedai.

Taukey kedai tu sebelum ini pernah kenal aku. Aku sudah ke kedai cermin itu dalam 2 kali juga.

Aku diberitahu supaya untuk balik dahulu kerana cermin kereta honda jazz perlu di order. Ambil masa dalam 2 hari juga untuk boleh terus tukar.

Lalu sambil itu aku bertanyakan berkenaan harga cermin depan honda jazz. Dia memberi respon yang baik dengan soalan aku yang agak kurang tahu tentang harga cermin depan kereta honda jazz.

Berikut merupakan anggaran harga yang telah diberikan kepada aku dari kedai tukar cermin kereta tersebut :

Jenis cermin honda jazzHarga cermin honda jazz
WIndscreen atau Cermin depanRM1000 hingga RM1500
Cermin BelakangRM500 hingga RM800
Cermin tingkapRM150 hingga RM250 (setiap cermin tingkap)
Jadua; 1

Jangan terkejut bila aku kongsikan harga di atas ini. Ini merupakan anggaran kasar pihak kedai cermin. Jika anda sudah biasa dengan kedai yang sama, ada kemungkinan boleh dapat lebih murah.

Cermin honda jazz memang agak mahal. Kerana ianya merupakan kereta import. Kereta-kereta berjenama luar mempunyai harga yang tinggi sedikit.

Jika nak bandingkan dengan kereta tempatan sama saiz cermin dengannya rasanya harganya hampir dua kali ganda terutamanya cermin depan (windscreen).

Harga windscreen honda jazz boleh anda bayar secara tunai dan juga menggunakan claim insurans cermin sekiranya anda mempunyai perlindungan cermin kereta.

Tukar cermin kereta jazz guna claim insurans

Semasa stok cermin kereta aku dah sedia, aku berkata kepada taukey untuk gunakan claim insuran windscreen yang tahun ini aku tambah.

Jangan risau, diskaun NCD tidak akan ditolak jika anda buat claim insurans cermin ini. Tambahan, anda tak perlu keluarkan duit untuk bayar cermin honda jazz ini.

Pihak kedai akan menguruskan segala claim kepada pihak syarikat insurans itu sendiri selepas membuat penukaran cermin baru.

Malah, perlindungan cermin kereta anda akan menyelesaikan untuk tukar cermin kereta baru kerana tahun tersebut anda sudah membayar harga insurans cermin kereta.

Claim cermin honda jazz pakai insurans

Harga ini aku nak kongsikan semasa aku membeli insurans kereta, aku minta untuk buat tambahan cover pada cermin kereta.

Ia adalah tidak termasuk dalam insurans kereta premium anda. Anda sendiri kena buat tambahan tersebut. Jadi, harga cermin honda jazz guna insuran yang aku tambah hanyalah sebanyak RM238 sahaja.

Nilai rm238 tersebut akan melindungi kereta aku sehingga maximum cover rm1500. Sebab tu aku gunakan kesempatan cermin depan kereta retak ini untuk membuat claim insuran.

Daripada aku perlu keluarkan duit rm1500, ia jauh lebih jimat dan berbaloi keluarkan hanya rm238.

Harga cermin belakang honda jazz

Untuk cermin belakang, harga insurans yang sepatutnya perlu anda keluar adalah rm127 sahaja. Ia akan memberi perlindungan sebanyak rm800.

Kalau keluarkan duit sendiri tanpa guna insurans, rm800 itulah akan diberikan kepada kedai cermin kereta.

Jadi, jika anda mempunyai masalah cermin retak atau pecah, nak claim guna insurans cermin boleh dengan syarat anda mengambil cover cermin tambahan.

harga cermin honda jazz

Harga cermin tingkap honda jazz

Bagi cermin tingkap honda jazz pula, jika anda gunakan insurans, hanya rm40 sahaja diperlukan bagi setiap keping tingkap yang pecah ditukar.

Kes tingkap pecah adalah sangat terpencil, namun ia boleh terjadi kepada mana-mana kereta sekalipun.

Ada sedikit kerugian jika anda menggunakan insurans untuk claim 1 tingkap kereta sahaja. Jika anda keluarkan tunai, ia adalah dalam lingkungan rm200 siap pasang.

Claim insuran cermin vs harga cermin kereta honda jazz

Untuk pengetahuan, claim insurans bagi cermin kereta hanya boleh digunakan sekali sahaja. Walaupun anda claim bagi 1 biji tingkap kereta, ia tetap dikira sebagai telah digunakan claim tersebut.

Jadi, gunakan kesempatan perlindungan insurans cermin bila ianya berbaloi dipihak anda sendiri. Jika tiada perlindungan insurans, pastikan anda membuat survey terlebih dahulu harga cermin honda jazz mana yang lebih murah tetapi berkualiti.

harga cermin depan honda jazz


Posted

in

by

Tags: