Tukar bateri kereta berapa lama ?

Tukar bateri kereta berapa lama. Di artikel ini membincangkan tentang berapa lamakah untuk anda menukar bateri kereta yang sedang anda gunakan kepada yang baru.

Apakah tanda-tanda yang perlu anda kenal pasti sebelum membuat tukar bateri kereta? Malah langkah apakah yang perlu anda perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas tukar bateri kereta ini ?

Tempoh ketahanan bateri sebelum nak tukar bateri kereta

Bila bercakap berkenaan ketahanan, sudah pastinya kita akan terfikir akan berapa lamakah sesebuah bateri kereta tersebut boleh digunakan?

Bagi pengalaman aku sendiri, sesebuah bateri kereta paling maximum akan bertahan 2 tahun hingga 2 tahun setengah.

Itu adalah maximum. Bagaimana dengan minimum ketahanan bateri kereta?

Paling minimum bateri kereta anda boleh bertahan adalah 1 tahun. Itu jika tiada sebarang masalah lain melainkan tempohnya sudah berakhir.

Tukar bateri kereta jika sudah melepasi tempoh maximum

Dinasihatkan kepada anda pengguna kereta untuk tukar bateri kereta yang baru jika sudah menggunakan melebihi 2 tahun setengah.

Hal ini adalah kerana, bagi mengelakkan sebarang masalah apabila anda sedang memandu kereta tersebut.

Siapa boleh sangka tiba-tiba kereta tidak boleh start bila berhenti di sebuah R&R lebuhraya. Lebih-lebih lagi jika anda hadapi perkara ini pada waktu malam.

Ini adalah contoh. Kan lebih mudah untuk anda tukar bateri kereta bila tiba tempohnya pada awal waktu sebelum ianya mendatangkan masalah kelak.

Tanda-tanda sebelum nak tukar bateri kereta baru

  1. Sudah melebihi 2 tahun setengah.
  2. Nak start kereta perlukan 2 kali cubaan dan ke atas.
  3. Terdapat nyalaan simbol bateri pada meter kereta.
  4. Ada kereta bila membunyikan hon, ia tidak memberikan respon lemah pada bunyi.

Ikut tempoh masa tukaran bateri kereta untuk lebih selamat

Adalah wajar untuk anda mengambil langkah awal. Sebaiknya jika kita tidak mahu sebarang masalah terhadap bateri kereta, tukar bateri kereta bermula 1 tahun setengah hingga 2 tahun.

tukar bateri kereta berapa lama

Waktu tukar bateri kereta berapa lama yang bagus? Satu tahun setengah sudah baik. Ia akan menjaga sistem elektrik dalaman kereta supaya tidak memberikan kerosakan lain.

Tambahan, mengekalkan optimize kepada ketahanan kereta anda.

Leave a Reply