Bolehkah renew lesen P tapi ada saman ?

Renew lesen P tapi ada saman. Terdapat satu persoalan yang mungkin anda tertanya-tanya tentang peralihan dari lesen P ke CDL atau lesen full tetapi mempunyai saman.

Adakah wajib anda untuk membayar dulu saman tersebut atau boleh sahaja buat lesen kepada full itu tanpa membayar saman?

Mungkin anda kekurangan budget disebabkan saman yang tertunggak itu banyak. Malah, untuk buat tukaran lesen dari P ke CDL juga turut memerlukan duit.

Tempat untuk tukar lesen P ke CDL

Untuk pengetahuan anda, hanya pihak JPJ sahaja yang boleh membuat tukaran lesen P ke CDL full ini. Jika anda sebelum ini mengambil lesen memandu di tempat pusat memandu, mereka juga boleh uruskan.

Uruskan pusat memandu tersebut akan terus kepada pihak JPJ bahagian perlesenan. Jadi, jika anda tertanya adakah tempat lain boleh membuat tukaran lesen P ke Full CDL ?

Jawapannya adalah tidak boleh. Wajib untuk hadirkan diri di JPJ sahaja.

Saman tertunggak tetapi nak renew lesen P kepada CDL

Berbalik kepada tajuk kita di atas, saman yang tertunggak mempunyai dua jenis iaitu daripada pihak PDRM dan juga pihak JPJ.

Di nasihatkan sebelum anda hadirkan diri ke JPJ, selesaikan segala saman yang tertunggak. Keutamaan saman yang perlu anda bayar adalah saman senarai hitam (blacklist).

Namun, bukan bermakna saman yang belum blacklist itu boleh confirm lepas renew lesen p anda kepada cdl. Ini kerana, bergantung kepada jenis saman.

Jika saman yang anda lakukan melebihi merit maximum, ia pasti mengundang masalah jika tidak diselesaikan terlebih awal.

Apa akan jadi kepada lesen P selagi saman tidak diselesaikan ?

Sudah tentunya tiada lagi lesen P kerana lesen percubaan ini hanya valid dalam masa 2 tahun sahaja. Sebaik sahaja ianya tamat, apa akan jadi jika anda tidak buat lesen cdl kerana ada saman?

Jika anda tidak memperbaharuinya dalam tempoh 1 tahun, maka lesen P anda akan terbatal. Kesannya adalah anda wajib mengambil semula lesen memandu dari awal belajar di pusat memandu.

Jadi, walaupun anda masih ada mempunyai saman tertunggak selain blacklist, tapi anda masih boleh mencuba untuk renew lesen p kepada cdl.

renew lesen p tapi ada saman

Posted

in

by

Tags: