Harga renew roadtax motor JPJ

Harga renew roadtax motor JPJ. Berikut merupakan perkongsian pengalaman aku sendiri buat roadtax motor di JPJ.

Ini merupakan kali pertama aku sendiri yang mencuba nak selesaikan buat roadtax motosikal aku. Sebelum ini aku serahkan pada agent insurans.

Kebetulan aku ambil cuti hujung tahun selama seminggu. Daripada tidak buat apa-apa kerja tidak rumah, roadtax motor pula dah nak tamat.

Aku ambil initiatif ini untuk belajar dan turun padang settlekan roadtax motor lc135 aku tu. Motor lc 135 ni dah lama aku gunakan. Tapi tak pernah sekali aku uruskan roadtax motor ni.

Hidupkan insuran motor sebelum renew roadtax motor di JPJ

Langkah pertama yang aku buat adalah menghidupkan insurans motor dulu. Sebab rakan aku pernah kata kat JPJ tidak menjual insurans di situ.

Jadi, aku buat insurans pada agent insurans sebelum ini aku dah biasa hidupkan. Yela, mungkin lebih senang upah saja agent siapkan sekali roadtax tersebut.

Tetapi, aku sendiri dah nekad nak pergi ke JPJ sendiri untuk buat cukai jalan lc135 aku tu.

Setelah insurans berjaya dihidupkan, aku telah diberikan salinan polisi insurans. Polisi insurans atau covernote insurans ini aku perlu bawa ke JPJ nanti.

Datang ke JPJ untuk hidupkan roadtax motosikal

Pada hari yang sama, aku terus menuju ke JPJ negeri yang terletak setengah jam dari rumah. Sambil santai-santai bersahaja ke JPJ tersebut.

Lagi pun aku telah dinasihatkan oleh rakan supaya tidak datang pada waktu puncak. Waktu orang keluar rehat tengahari patut aku elak untuk datang ke JPJ.

Waktu pada masa itu aku datang dalam pukul 1030 pagi. Orang juga agak ramai tetapi giliran berjalan agak lancar.

Tak sampai setengah jam aku menunggu, tiba waktu giliran nombor aku. Aku datang ke kaunter nombor 5. Aku diminta untuk serahkan kad pengenalan bagi urusan membuat roadtax motor.

Kemudian, aku serahkan polisi insurans yang telah dihidupkan tadi kepada kerani di kaunter untuk semakan nombor plat motosikal.

Berapa harga renew roadtax motosikal di JPJ ?

Sebaik sahaja nombor kad pengenalan dan nombor plat motor aku dikenal pasti, aku diminta untuk membayar sebanyak rm2 sahaja.

Untuk pengetahuan, motosikal aku iaitu lc135. Jadi, untuk setahun tempoh roadtax hanyalah rm2 sahaja. Aku serahkan jumlah yang diminta.

Agak hairan pada awalnya berkenaan harga renew roadtax motor di JPJ ini. Aku tanyakan pada kerani tersebut adakah tiada sebarang cas perkhidmatan dikenakan?

Lalu kerani di kaunter tersebut menjawab tiada. Jadi, aku hanya perlu membayar rm2 itu sahaja.

Kesimpulannya, jika anda buat roadtax di JPJ, hanya jumlah roadtax sahaja yang perlu anda bayar. Tiada sebarang caj tambahan perlu dikenakan oleh anda.

harga renew roadtax motor jpj

Leave a Reply