Geran kereta hilang owner meninggal

Geran kereta hilang owner meninggal. Ada beberapa urusan yang memerlukan geran kereta. Waris yang perlu ketahui dimanakah terletaknya maklumat penting owner yang meninggal.

Jika geran kereta didapati hilang mungkin owner atau pemilik simpan di satu tempat yang tidak diketahui waris. Bila nak uruskan perkara seperti tukar nama geran kereta ia menjadi sukar.

Namun, jika owner dah meninggal bagaimanakah nak dapatkan geran kereta yang hilang ?

Apa yang perlu dibuat jika geran kereta hilang dalam masa yang sama owner dah meninggal ?

Perkara ini tentunya anda telah dapat agak, mungkin pada perkongsian pengalaman ini dapat membantu sedikit sebanyak urusan anda mendapatkan geran kereta hilang.

Geran kereta adalah sangat privasi dan ia merupakan maklumat penting tentang pemilikan seseorang terhadap sesebuah kereta.

Dalam geran menyatakan maklumat pemilik serta maklumat kereta tersebut. Jadi, jangan hairan jika geran kereta yang hilang wajib merujuk JPJ negeri anda.

Selain dari JPJ negeri, tiada cara lain untuk anda dapatkan geran kereta yang hilang terutamanya bagi kes pemilik sudah meninggal.

Cara mudah dapatkan geran kereta hilang bagi kes pemilik telah meninggal dunia

  1. Waris hendaklah hadirkan diri ke JPJ negeri terdekat
  2. Dapatkan borang JPJ K7 dan isikan maklumat seperti di bawah.
  3. Geran kereta atau dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran Kenderaan.
  4. Isikan maklumat pengakuan pemohon anda sebagai waris.
  5. Pastikan anda membawa kad pengenalan anda.
geran kereta hilang owner meninggal
geran kereta hilang owner meninggal

Dokumen wajib yang diperlukan untuk dapatkan geran kereta baru yang perlu disedikan oleh waris

  • Kad pengenalan waris
  • Surat kematian pemilik meninggal untuk pengesahan

Adakah memerlukan laporan polis jika nak buat geran kereta yang baru untuk kes pemilik meninggal ?

Laporan polis tidak perlu dibuat. Pihak JPJ tidak mewajibkan laporan polis kerana hanya waris sahaja diberi kebenaran untuk dapatkan geran kereta yang baru.

Waris terdekat perlu kemukakan beberapa bukti. antaranya adalah sijil nikah jika suami isteri. Jika anak anda boleh kemukakan surat beranak yang bertulis nama pemilik yang meninggal.

Selepas mengisi borang, anda perlu berjumpa dengan Pengarah JPJ Negeri bagi urusan mendapatkan geran hilang owner meninggal ini.

Sebaik sahaja mendapat kebenaran Pengarah JPJ Negeri, geran baru akan dikeluarkan dan urusan tukar nama anda boleh diteruskan.

Leave a Reply