Harga roadtax kereta myvi berapa ?

Harga roadtax kereta myvi. Kepada pemilik baru sahaja memiliki kereta jenis perodua myvi atau yang berhasrat membeli kereta ini pasti ingin tahu berapakah harga untuk cukai jalan kereta myvi.

Kereta myvi merupakan kereta antara majoriti yang dimiliki oleh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa. Ia antara kereta keluarga yang mudah dan jimat dari segi penggunaan minyaknya.

Namun, bila ditanya berapa duit roadtax yang perlu keluar bagi kereta perodua myvi ini, apakah ia turut memberi penjimatan dan budget kepada pemiliknya?

Mari kita teruskan pembacaan bagi mengetahui harga roadtax kereta myvi ini. Tidak perlu anda rujuk jenis myvi ikut tahun, yang penting adalah harga roadtax kereta mengikut cc.

Harga roadtax kereta myvi mengikut cc enjin

Tempoh12 Bulan12 Bulan
CC Enjin1300cc1500cc
Harga RoadtaxRM70RM90
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan perbezaan harga cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) kereta myvi mengikut cc enjin yang berbeza bagi tempoh waktu 1 tahun atau 12 bulan.

Tempoh6 Bulan6 Bulan
CC Enjin1300cc1500cc
Harga RoadtaxRM35RM45
Jadual 2

Jadual 2 mempamerkan harga roadtax mengikut cc kereta myvi yang lebih murah dan berbeza tetapi ianya hanyalah dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Harga roadtax kereta myvi 1.5

Keluaran bagi roadtax kereta myvi 1.5 ini dari tahun 2011, iaitu bermula dari generasi kedua perodua myvi ini dipasarkan sehinggalah sekarang model terbaru dan harga roadtax myvi baru adalah sama.

Selepas tahun 2011, telah wujudnya harga roadtax kereta myvi 1.5 ini yang berharga RM90. Pada sebelumnya tahun 2011 belum lagi roadtax kereta 1.5 myvi dikeluarkan.

Harga roadtax kereta myvi 1.3

Sejak bermulanya kereta myvi ini diperkenalkan dan dipasarkan, model generasi pertama hinggalah model terkini mempunyai enjin myvi 1.3 ini.

Kiranya perodua myvi mengekalkan dan mengutamakan enjin myvi 1.3 untuk dijual dan ianya sangat mendapat sambutan di negara kita.

Bagi aku yang sebelum ini pernah menggunakan myvi 1.3cc ini, dari segi harga roadtax kereta myvi 1.3 ini adalah sangat baik dan berpatutan.

Harga roadtax kereta myvi 1.0

Sebenarnya terdapat 1 lagi model myvi versi lama enjin berkeupayaan 1000cc. Tetapi hanya model myvi tersebut sahaja yang mempunyai kuasa enjin minima dengan roadtax kereta 1.0cc.

Model-model seterusnya pihak perodua mengekalkan untuk meneruskan pengeluaran kereta myvi hanya dengan 1.3cc dan juga 1.5cc sahaja bukan 1.0cc.

Tetapi sesiapa yang masih memiliki model 1.0cc myvi ini, harga roadtax adalah seperti di bawah :

Tempoh6 Bulan12 Bulan
Harga Roadtax Myvi 1000ccRM10RM20

Keluaran myvi jenis 1.0cc ini masih terdapat di jalan raya, kepada anda yang ingin membeli kereta secondhand, wajib untuk anda check dulu geran pada pemilik.

Nota penting buat pembeli kereta myvi model lama sebelum nak beli

Jika harga kereta terlalu murah, anda patut was-was. Bukan apa, ikut pengalaman aku, perkara ini perlu diperhatikan lebih untuk anda yang berhasrat nak beli kereta myvi 2nd model lama.

Buat semakan (check) pada geran kereta myvi tersebut pada bahagian bertulis CC Enjin. Jika ianya menyatakan 1000cc, ia adalah model 1.0cc.

Jangan hanya melihat pada model jenis kereta pada geran. Model tertulis 1.3cc tidak mengubah apa-apa makna melainkan anda melihat pada bahagian cc enjin kereta myvi tersebut.

Adakah harga cukai jalan kereta myvi ini bergantung kepada model lama dan model baru ?

harga roadtax kereta myvi
Harga roadtax kereta myvi

Model kereta myvi lama sejak dari dulu hingga myvi baru kini tidak mengubah nilai harga roadtax. Hanya kuasa enjin sahaja membezakan harga cukai jalan kereta myvi ini sama ada rm20 atau rm70 atau pun rm90.

Sudah bergenerasi model-model myvi ini dikekalkan pada cc enjin yang sama. Jadi, jika anda membeli kereta myvi baru dengan cc enjin 1.5, anda sudah tahu berapakah harga roadtax setiap tahun yang wajib anda bayar.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax kereta myvi berapa ?”

  1. […] Harga roadtax kereta myvi untuk 1.3cc adalah rm70 manakala 1.5cc adalah rm90. Ia masih dalam harga mampu milik anda untuk menghidupkan roadtax ini. […]