Berapakah Kos Baiki Kereta Kemalangan ?

Kos baiki kereta kemalangan. Bercakap mengenai kos pastinya ia adalah berkaitan duit atau wang yang perlu kita keluarkan.

Namun, kos membaiki kereta kemalangan kita tidak perlu lagi tanggung kerana kereta kita mempunyai perlindungan insuran dari syarikat insurans yang bertauliah dan berpengalaman.

Apa pula perlindungan baiki kereta yang tidak dilindungi pihak syarikat insuran? Adakah betul semua kos sepenuhnya ditanggung oleh mereka (syarikat insurans) ?

Jenis-jenis kemalangan kereta yang berlaku

  1. Kemalangan kecil (minor)
  2. Kereta kemalangan besar (major)
  3. Kemalangan total loss

Kos baiki kereta kemalangan kecil

Perkara yang mudah untuk anda fahami jenis kemalangan kecil atau minor adalah melibatkan kerosakan pada kereta anda itu adalah kecil.

Contohnya, anda terlanggar pembahagi jalan dan menyebabkan hanya kesan calar dan kemek pada bahagian hadapan bumper kereta.

Mengikut kes anda di atas ia dikategorikan kemalangan kecil dan kos pembaik pulihan baiki kereta kemek juga melibatkan kos di bawah rm5-rm10k mengikut jenis kereta.

Anda boleh saja membuat claim pada syarikat insuran jika anda mengalami kemalangan kecil ini. Pihak syarikat insuran akan menangung kos baiki kereta kemalangan kecil anda ini.

Kes ini juga akan menyebabkan akan sikit rugi kerana kos yang diperlukan untuk claim adalah rendah dibandingkan perlindungan yang anda ambil secara penuh iaitu mengikut market value.

Malah, NCD atau no claim diskaun anda juga akan menjadi 0% dan harga insurans pada tahun depan akan melambung tinggi.

Kos baiki kereta kemalangan besar

Kemalangan besar adalah ditujukan pada bahagian kereta yang perlu dibaiki secara banyak. Contoh mudah adalah pada bahagian hadapan kereta melibatkan beberapa bahagian majoriti kereta.

Terutamanya adalah bumper, lampu hadapan, dan pada bahagian-bahagian dalam enjin kereta. Malah jika lebih teruk melibatkan cermin kereta depan pecah.

Kos-kos baiki kereta kemalangan ini adalah besar dan memerlukan perlindungan insurans secara penuh. Contoh untuk kereta baru jenis alza baru akan melibatkan kos baiki sebanyak rm30k sehingga rm40k kos pembaik pulihan.

Tentunya tiada sebarang duit yang akan anda keluarkan jika anda membuat perlindungan mengikut marekt value tahunan dengan betul.

Ada juga nakkan harga insurans yang murah dengan cara menurunkan market value sehingga menjadi under value.

kos baiki kereta kemalangan

Kesannya, bila terlibat dengan kemalangan besar, jika tidak cukup cover insurans anda, anda perlu menambah menggunakan duit anda sendiri.

Kos baiki kereta kemalangan total loss

Kategori kereta yang mengalami kemalangan total ini merupakan jenis kemalangan yang melibatkan rangka dan enjin sesebuah kereta.

Chasis atau rangka utama dan enjin kereta anda merupakan elemen terpenting bagi adjuster insurans kemalangan mengesahkan sesebuah kereta itu mengalami total loss atau pun tidak.

Jika kemalangan besar sekalipun, namun ia tidak melibatkan rangka kereta anda, kemungkinan besar ia adalah dalam kategori hanya kemalangan besar, bukan total loss.

Kos baiki bagi kereta kemalangan total loss adalah tiada. Tiada itu bermaksud kereta itu tidaklah boleh dibaiki lagi.

Jadi, pihak syarikat insuran akan memberikan anda perlindungan mengikut apa yang anda cover pada tahun itu.

Pentingnya bagi anda membuat agreed value market bagi kes total loss. Hal ini kerana, jika anda membuat cover agreed value, maka, tiada sebarang hutang lagi anda bersama bank pinjaman kereta tersebut.

Bagaimana pula dengan market value?Market value hanya akan melindungi kereta anda dengan nilai pada tahun itu sahaja.

Segala kos hutang anda yang berbaki pada pihak bank perlu dikira. Market value tidak mengambil kira perkara ini. Lebih-lebih lagi jika anda mengambil cover minima dalam market value disebabkan nakkan harga insuran yang murah.

Jadi, perlindungan insuran bukan bermakna anda mendapat duit jika berlaku kemalangan total loss. Ia adalah lebih kepada menyelesaikan hutang anda yang berbaki pada pihak bank.

Jika tidak cover tidak mencukupi, anda wajib membayar baki hutang tersebut dalam masa yang sama kereta sudah tidak wujud lagi dalam sistem pendaftaran di JPJ.


Posted

in

by

Tags: