Beza bateri kering dan basah

Beza bateri kering dan basah. Terdapat banyak beza antara bateri kering dan bateri basah. Anda boleh membandingkan beberapa faktor seperti yang akan kita bentangkan di bawah.

Oleh itu, anda juga boleh menilai pilihan bateri yang tepat untuk kegunaan anda seharian. Sama ada nak guna bateri kering atau bateri basah.

Apakah beza antara bateri kering dan bateri basah untuk kereta ?

Bateri Kering (DRY)Bateri Basah (WET)
Harga lebih murah dibandingkan
dengan bateri basah
Contoh : Rm230 (dulu)
Sekarang Rm210
Kebanyakkan harga di kedai sudah sama
Harga tinggi sedikit dibandingkan
bateri kering
Contoh : Rm210 (dulu)
Sekarang Rm210
Harga bateri dulu dan sekarang sudah sama
Lebih mudah untuk dijaga tak
perlu letak air bateri
Memerlukan penjagaan berkala
seperti menambah air bateri
Sesuai lebih untuk kereta perempuanSesuai untuk kereta lelaki
Ketahanan bergantung kepada cara penggunaanTahan lasak jika takat air bateri dijaga
secara baik
Tempoh kegunaan bateri kering 1 tahun
setengah hingga 2 tahun
Tempoh penggunaan bateri basah
boleh dicapai sehingga 3 tahun
Sesuai untuk kereta auto dan manualLebih sesuai digunakan kereta
jenis manual

Harga bateri kering vs bateri basah

Merujuk kepada harga pada waktu dulunya kita dapati harga bateri basah adalah lebih murah dibandingkan harga bateri kering.

Namun, baru-baru ini aku membeli bateri kereta kebanyakkan jenama sudah menjual bateri kering dan bateri basah dengan harga yang sama.

Kalau dulu permintaan bateri kering adalah tinggi. Kerana ia sangat mudah digunakan tanpa perlu membuat tambahan air bateri secara berkala seperti bateri basah.

Cara penjagaan bateri wet dan bateri dry

Mengikut pengalaman aku, bateri kering sangatlah sesuai digunakan oleh pemilik kereta wanita atau perempuan. Dan ia juga menjadi pilihan pemilik kereta lelaki bagi yang tidak mahu banyak fikir tentang penjagaan bateri kereta.

Pemilihan bateri kering sangat membantu kepada sesiapa yang jenis start enjin terus jalan. Tetapi bila tiba masa nak tukar bateri kering ini, anda perlulah alert dengan tanda-tanda bateri tersebut hampir habis atau kong.

beza bateri kering dan basah

Untuk pengguna dan pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta basah, kebanyakkan pemilihan ini dibuat oleh pemilik kereta lelaki yang tahu serba sedikit tentang penjagaan bateri basah.

Hal ini kerana, bateri basah memerlukan sedikit perhatian berkala paling kurang setiap bulan perlu membuat check pada bateri basah.

Jika anda jenis orang yang pakai saja kereta, takut bateri kereta basah ini akan cepat kong dan perlu menukar kepada bateri yang baru walaupun tak sampai setahun tukar.

Leave a Reply