Bolehkah renew lesen memandu tanpa gambar ?

Renew lesen memandu tanpa gambar. Adakah dibolehkan jika anda terlupa nak bawa gambar berukuran passport semasa nak renew lesen memandu?

Bila dah sampai tempat nak renew lesen memandu, tiba-tiba teringat lupa nak bawa gambar sebab nak hidupkan lesen memandu memerlukan gambar.

Tapi rasa pasti tak pasti pula adakah tak perlu gambar berukuran passport tu?

Renew lesen memandu beserta gambar berukuran passport

Jawapan kepada persoalan ini adalah bergantung kepada keadaan kad pengenalan dan lesen memandu anda yang lama.

Jika keadaan cip ic atau kad pengenalan anda tidak dapat dibaca, maka, pihak JPJ akan menggunakan gambar berukuran passport anda itu sebagai gambar baru untuk kad lesen memandu yang baru.

Itu jika anda bawa gambar disamping anda. Bagaimana jika tidak disertakan pada waktu yang sama? Takkan nak kena balik cari gambar? Nak datang bukannya dekat.

Apakah ada cara lain untuk renew lesen memandu jika tiada gambar ?

Ada. Usah kuatir jika anda mengalami masalah tidak membawa gambar berukuran passport ini. Yang penting kad pengenalan dan kad lesen memandu anda yang lama perlu wajib ada.

Ada dua tempat nak renew lesen memandu anda boleh membaca cip kad pengenalan menggantikan gambar kesen memandu yang baru.

1. Renew lesen di Jabatan Pegangkutan Jalanraya JPJ

Disini jika cip kad pengenalan anda mempunyai masalah tidak boleh dibaca, malah gambar berukuran passport anda turut tidak dibawa, anda boleh menggunakan khidmat tangkap gambar di JPJ.

Kalau anda perasan, dibahagian salah satu kaunter akan mempunyai ruangan untuk menangkap gambar. Gambar yang baru akan diambil untuk dimasukkan ke dalam lesen memandu yang baru.

Bayarannya hanya rm10-rm20 sahaja. Malah anda akan dapat gambar berukuran passport lebihan untuk simpanan anda.

Tiada lagi masalah renew lesen memandu tanpa gambar sama ada anda terlupa nak bawa atau tidak membawa gambar berukuran passport.

renew lesen memandu tanpa gambar

2. Renew lesen di pejabat pos tidak bawa gambar

Bagi anda yang ingin renew lesen memandu di pejabat pos, anda diwajibkan membawa lesen memandu yang lama dan cip kad pengenalan anda haruslah boleh dibaca.

Pihak pejabat pos akan mengambil gambar anda dari situ sahaja.

Jika ianya gagal dan gambar berukuran passport anda tidak bawa, maka tiada cara lain selain anda mendapatkan gambar berukuran passport baru di kedai gambar.


Posted

in

by

Tags: