Tukar nama motor tanpa owner. Terdapat beberapa prosedur yang perlu anda lakukan untuk anda melalui proses tukar nama motosikal.
Ada perkara yang wajib kita buat, manakala ada perlu tidak wajib kita buat. Contohnya, tukar nama motor tidak perlu membuat inspection puspakom.
Namun, jika anda nak buat pemeriksaan dengan sendiri atas dasar keselamatan, ia dibolehkan.
Apakah boleh tukar nama motor jika tiada owner asal ?
Di sini kita boleh melihat atas beberapa situasi apakah sebab owner asal itu tiada. Adakah ia berapa diluar kawasan?
Adakah ia sudah meninggal dunia ? Apakah penglibatan owner atau pemilik asal ini diwajibkan dalam proses tukar nama motosikal.
Maksudnya, adakah tanpa thumbprint pemilik asal masih boleh untuk tukar nama sesebuah motor tersebut ?
Jawapannya adalah tidak boleh. Jawapan ini adalah mengikut situasi jika owner itu masih lagi hidup. Terkecuali jika pemilik sudah meninggal dunia. Namun, memerlukan beberapa dokumen yang penting.
Apa cara yang terbaik untuk tukar nama jika owner hilang ?
Bagi kes pemilik hilang atau tidak dapat dikesan, tiada jalan lain untuk anda menukar nama pemilikan motosikal tersebut.
Cap jari pemilik atau owner lama sangat penting kepada pihak JPJ bagi melengkapkan proses tukar nama. Jika owner meninggal dunia, anda wajib membuktikan surat menyurat yang waris telah sediakan.
Gunakan kemudahan tukar nama jarak jauh
Sekarang zaman sudah canggih. Bagi anda yang menghadapi situasi owner jauh tetapi masih dalam Malaysia, gunakan kemudahan jarak jauh ini sebaiknya.
Contoh prosesnya adalah :
- Cap jari atau thumbprint owner lama buat di JPJ berdekatan iaitu di Alor Setar, Kedah.
- Cap jari owner baru buat di JPJ berhampiran di Larkin, Johor.
- Geran baru akan terus di print di JPJ owner baru tanda lengkap proses tukar nama tanpa owner di tempat yang sama.
Pilihan seperti Mysikap dan juga cara tukar nama motor myeg adalah bukti dimana teknologi sudah berkembang walaupun jarak pembeli dan penjual motor adalah sebagai pemisah.
Tukar nama bagi situasi owner asal telah meninggal
Untuk yang menghadapi situasi ini kebanyakkannya masalah dihadapi oleh waris. Waris boleh ke JPJ untuk meminta apakah borang yang diperlukan sebelum boleh membuat penukaran nama kepada waris jika owner telah meninggal dunia.
Tukar nama motor tanpa owner disebabkan sudah meninggal boleh diikuti caranya tetapi ia mengambil sedikit masa melainkan mempunyai surat wasiat yang sah.
Pihak JPJ akan memberikan senarai apa yang perlu anda lakukan antaranya adalah :
- Waris hadirkan diri ke JPJ meminta borang tukar nama bagi pemilik telah meninggal dunia.
- Waris ke Amanah raya meminta senarai dokumen yang diperlukan contohnya, surat kematian, geran original, surat beranak waris serta surat beranak asal pemilik yang telah meninggal.
- Jika telah selesai di Amanah raya, datang semula ke JPJ untuk proses tukar nama kepada waris serta sekaligus hidupkan roadtax atau cukai jalan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.