Denda lewat renew lesen memandu

Denda lewat renew lesen memandu. Perkara yang kita cuba rungkaikan serba sedikit adalah mengenai denda yang bakal dikenakan jika anda melewat-lewatkan renew lesen memandu.

Sama ada ianya sengaja ataupun tidak disengajakan, denda bakal diterima kepada setiap dari pemegang lesen memandu yang terlewat renew lesen.

Namun, ia adalah bergantung kepada beberapa spesifikasi dan had masa yang ditetapkan oleh pihak JPJ sendiri.

Lambat renew lesen 2 bulan

Jika anda terlewat dan baru saja tersedar akan tarikh tamat lesen memandu anda, cepat-cepat anda membuat semakan.

Semakan ini sangat penting supaya anda tidak terburu-buru pergi membuat renew lesen memandu. Lihat semula lesen memandu dengan teliti.

Contohnya anda sudah lambat renew lesen 2 bulan dari tarikh expired sebenar, maka, anda boleh ke pejabat pos atau JPJ berhampiran untuk membuat lesen memandu yang baru.

Tiada sebarang denda bayaran lebihan bakal diterima kepada anda yang lewat renew lesen melebihi 2 bulan.

Akan tetapi, anda diwajibkan menghidupkan lesen memandu dalam tempoh 2 tahun dan ke atas. Kekurangannya adalah anda perlu mengeluarkan duit lebih sedikit untuk 2 tahun renew lesen.

Kalau buat renew lesen memandu setahun pasti lebih murah. Tetapi tidak untuk anda yang terlewat renew lesen 2 bulan.

Harga renew lesen memandu CDL (B2,D)

TempohHarga
1 tahunRM30
2 tahunRM60
3 tahunRM90
4 tahunRM120
5 tahunRM150

Lambat renew lesen setahun

Di sini anda perlu perhatikan apakah jenis lesen memandu yang sedang anda gunakan. Jika lesen memandu CDL(full), anda wajib ketahui limit maximum dari tarikh tamat lesen memandu sebelumnya.

Sudah pasti anda kerugian masa dan perlu membayar untuk 1 tahun tersebut. Ia dikira sebagai denda lewat renew lesen memandu dalam masa yang sama tempoh setahun itu anda perlu mengeluarkan duit.

Jenis denda lambat renew lesen p dan lambat renew lesen cdl (full) dan lambat renew lesen l

Jenis lambat renew lesenTempoh maximum akan dikenakan denda
Lambat renew lesen PMelebihi 1 tahun selepas lesen P dikeluarkan
Lambat renew lesen CDLMelebihi 3 tahun dari tarikh akhir renew lesen
Lambat renew lesen LMelebihi 2 tahun tempoh masa LDL

Tindakan denda diambil bukan dari segi bayaran yang perlu dibayar. Ia adalah pembatalan pemilikan lesen memandu seseorang itu.

Jadi, untuk mengelakkan lesen memandu ditarik balik, anda wajib membuat renew lesen mengikut tempoh waktu denda lambat renew lesen ini ditetapkan.

Atau lebih buruk, anda perlu menjalani semula ujian latihan memandu sama seperti dahulu kala.

denda lambat renew lesen memandu
Contoh lesen memandu CDL

Hidupkan lesen kereta online

Kebanyakkan tempat untuk anda nak hidupkan lesen kereta online mempunyai ciri-ciri tertentu. Antaranya adalah membuat lesen memandu di awal waktu.

Namun, ada juga tempat yang boleh anda rujuk untuk hidupkan lesen kereta online. Anda cuma perlu rajin merujuk portal dan membuat survey secara online.

Salah satu cara untuk anda hidupkan lesen kereta online adalah dengan menggunakan portal myeg dan juga di portal JPJ.

Lesen memandu hilang

Bagaimanakah jika anda mengalami lesen memandu hilang ? Apa yang sewajarnya cara renew lesen memandu hilang yang perlu anda lakukan? Berapakah denda yang perlu dibayar sekiranya lesen memandu anda hilang ?

Ikuti cara buat lesen memandu hilang bagi memudahkan untuk anda merujuk secara lebih mendalam.

Lesen P tamat tempoh

Berikut merupakan jadual yang boleh anda rujuk adakah lesen P anda masih boleh diperbaharui ataupun tidak.

Mari kita lihati lesen p tamat tempoh berapa lama :

Jangka masa Lesen P tamat tempohMasih boleh diperbaharui/tidak
Lesen P tamat tempoh lebih sebulanMasih boleh diperbaharui
Lesen P tamat tempoh setahunMasih boleh diperbaharui jika
masih dalam tempoh setahun dari
tarikh tamat lesen P
Lesen memandu P tamat tempoh lebih setahunTidak boleh diperbaharui
Lesen P tamat tempoh lebih 2 tahunTidak boleh diperbaharui
Lesen P tamat tempoh lebih 3 tahunTidak boleh diperbaharui
Lesen P motor tamat tempoh lebih setahunTidak boleh diperbaharui

Lesen L tamat tempoh

Bagi yang sedang memegang lesen L atau dikenali sebagai Lesen Belajar Memandu (LDL), berapa lama untuk lesen L tamat tempoh jika tidak diperbaharui ?

Rujuk jadual di bawah bagi memudahkan anda untuk faham.

Jangka Masa Lesen L tamat tempohMasih boleh diperbaharui/tidak
Lesen L tamat tempoh 3 bulanMasih boleh diperbaharui
Lesen L tamat lebih setahunMasih boleh diperbaharui sekiranya
di bawah 2 tahun dari tarikh mula
Lesen L tamat lebih 2 tahunTidak boleh diperbaharui dan
perlu mengikuti kelas lesen LDL semula

Jika anda mengalami masalah tidak boleh perbaharui lesen memandu, maka anda adalah wajib untuk menduduki semula soalan peperiksaan lesen memandu.

Lesen L boleh renew berapa kali ?

Bagi sesiapa yang ingin tahu lesen L boleh renew berapa kali. Sebenarnya lesen L anda perlulah dihidupkan 3 bulan sekali dalam jangka masa 2 tahun ianya hidup.

Kata mudahnya, dapat saja lesen L, maka bermula lah tempoh lesen L anda sehingga 2 tahun ianya tamat. Dalam tempoh itulah setiap 3 bulan perlu anda renew lesen L tersebut.

Jadi, dalam tempoh 2 tahun tersebut, walaupun anda terlewat nak hidupkan lesen L yang telah tamat setiap 3 bulan itu, anda masih boleh renew lagi lesen L.

Jika anda setiap 3 bulan menghidupkan lesen L, dalam 2 tahun tersebut, maka 8 kali lesen L anda boleh dihidupkan sehingga ianya tamat dalam masa 2 tahun.

Namun, tidak semestinya perlu lesen L boleh renew berapa kali untuk 8 kali. Bergantung juga kepada diri anda sendiri.

Hal ini kerana, jika anda dah lulus lesen P, walaupun baru 3 bulan gunakan lesen L, maka anda tak perlukan lagi lesen L tersebut.

Selain itu, lesen l tamat tempoh sebelum test jpj juga adalah tidak dibenarkan untuk anda meneruskan test jpj tersebut. Sebaiknya, anda merancang bagi melakukan ujian jpj sebelum ianya mencapai tempoh tamat 2 tahun.

Lesen memandu tamat tempoh melebihi mengikut tahun

Bagi anda yang memegang lesen full atau cdl juga tidak terlepas dengan perkara seperti lewat menghidupkan lesen memandu.

Berikut merupakan tindakan yang dikenakan kepada anda sekiranya lesen memandu tamat tempoh lebih 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun dan juga 10 tahun.

TahunTindakan
Lesen memandu tamat tempoh lebih 1 tahunMasih boleh diperbaharui
Lesen memandu tamat tempoh lebih 2 tahunMasih boleh diperbaharui
Lesen memandu tamat tempoh lebih 3 tahunTidak boleh diperbaharui
Lesen memandu tamat tempoh lebih 5 tahunTidak boleh diperbaharui
Lesen memandu tamat tempoh lebih 10 tahunTidak boleh diperbaharui

Posted

in

by

Tags:

Comments

4 responses to “Denda lewat renew lesen memandu”

  1. […] Bayar kompaun / denda lewat renew lesen memandu. […]

  2. […] P tamat tempoh. Adakah terdapat denda lewat renew lesen memandu sekiranya lesen p tamat tempoh melebihi jangka waktu yang ditetapkan […]

  3. […] tempoh anda lambat renew lesen p ke full, denda lewat renew lesen memandu tidak akan dikenakan kepada […]

  4. […] Bacaan berkait : Denda lewat renew lesen memandu […]