Dokumen untuk renew roadtax di pejabat pos

Dokumen untuk renew roadtax di pejabat pos. Bagi anda yang ingin membuat atau renew roadtax motor atau renew roadtax kereta di pejabat pos, anda perlu sertakan beberapa dokumen ini.

Tetapi sebelum itu boleh ke renew roadtax di pejabat pos ? Jawapannya tentulah boleh renew roadtax di pejabat pos.

Dokumen renew road tax di pejabat pos yang perlu anda sediakan adalah sangat penting bagi pihak kaunter pejabat pos mengenal pasti dan membuat semakkan terlebih dahulu sebelum proceed kepada print roadtax kenderaan anda.

Buat roadtax kereta di pejabat pos akan jadi lebih mudah sekiranya dokumen ini semua lengkap. Bagi yang bertanya renew roadtax perlu bawa apa boleh teruskan pembacaan di bawah.

Apakah dokumen yang diperlukan bagi renew roadtax di pejabat pos ?

1. Kad pengenalan atau IC

Kad pengenalan atau ic adalah sangat penting bagi pihak kaunter pejabat pos mengetahui siapakah yang buat roadtax motor atau roadtax motor anda itu.

Jika anda sebagai pemilik kenderaan memberi kad pengenalan tersebut, pihak kaunter boleh dapat tahu bahawa ia adalah sama dan tele bahawa andalah penama kepada pemilik kenderaan yang anda ingin buat roadtax.

Malah, jika kad pengenalan anda berbeza dengan nombor pemilik kenderaan atau anda sebagai wakil ingin membuat roadtax kenderaan, pihak kaunter akan menyimpan data sebagai penerima roadtax tersebut sebagai proses pembaharuan cukai jalan di pejabat pos telah direkod.

Hal ini adalah sangat penting kerana roadtax motor atau roadtax kereta hanya boleh diprint sekali sahaja dalam Malaysia.

Jika terdapat kes orang lain telah buat roadtax itu, pihak pejabat pos mempunyai data. Siapakah orang yang bertanggungjawab membuat roadtax anda sebelum ini tanpa pengetahuan anda sebagai pemilik kenderaan.

2. Geran motor atau geran kereta

Renew roadtax perlu bawa geran ke ? Geran kenderaan perlu dibawa oleh anda. Pihak pejabat pos akan meminta geran kenderaan anda bagi melihat maklumat serta nombor pendaftaran atau nombor plat.

Setelah merujuk geran anda, pihak pejabat pos akan menaip ke dalam sistem bagi membuat semakan adakah anda telah menghidupkan insurans atau belum.

Jika dah buat insurans, maka dalam sistem pejabat pos akan menulis JPJ status. Manakala, jika belum bertukar status tersebut, anda boleh telefon tempat anda membuat insuran untuk pastikan perkara ini.

Itu bagi anda yang sudah menghidupkan insurans di luar. Jika anda belum lagi buat insuran, anda boleh sahaja buat insuran di pejabat pos.

Pihak pejabat pos akan memberikan quotation harga dulu sebelum anda mempersetujui harga insurans tersebut.

Kemudian, anda boleh minta pihak kaunter pejabat pos untuk proceed harga insurans serta roadtax. Sebelum itu, anda boleh membuat pilihan sama ada ingin buat roadtax 6 bulan atau 12 bulan.

3. Polisi insurans atau covernote insurans

Bagaimana jika anda tidak memiliki sebarang geran motor atau geran kereta atau geran pada anda telah hilang? Adakah masih boleh hidupkan roadtax di pejabat pos ?

Jawapannya adalah boleh. Jika anda memiliki polisi insuran tahun sebelumnya atau tahun yang paling terbaru, anda masih boleh membuat roadtax kenderaan di pejabat pos.

Tidak semestinya geran sahaja. Covernote insuran memain peranan sebagai pengganti kepada geran kenderaan.

Akan tetapi bagi kes nak hidupkan roadtax sahaja. Untuk urusan lain pasti memerlukan geran kenderaan.

Dokumen wajib sebelum nak hidupkan roadtax di pejabat pos

Berikut merupakan 3 perkara penting perlu anda miliki sebelum datang ke pejabat pos bagi hidupkan roadtax kereta atau hidup roadtax motor. Jangan datang jika tidak lengkap 3 perkara ini.

Sebenarnya 2 perkara sahaja. Jika ada 3 dokumen ini, tentunya memudahkan lagi urusan anda untuk renew roadtax di pejabat pos.

  • Kad pengenalan atau ic.
  • Geran kereta atau geran motor.
  • Polisi insurans atau covernote insurans.

Bagaimana jika hanya bawa kad pengenalan salinan untuk renew roadtax di pejabat pos ?

Salinan ic adalah tidak dibolehkan untuk anda buat roadtax di pejabat pos. Usahakan untuk bawa kad pengenalan original untuk pihak pejabat pos membaca kad tersebut.

Jika anda membawa pasangan, boleh juga menggunakan ic pasangan sebagai wakil urusan menghidupkan roadtax kenderaan.

Adakah polisi insurans dalam telefon juga dibolehkan ?

Polisi insuran yang anda simpan dalam telefon sebagai softcopy adalah dibolehkan. Bila di kaunter boleh tunjukkan polisi insurans yang telah anda hidupkan itu.

Pihak pejabat pos cuma nak pastikan kad pengenalan dan nombor plat kenderaan pada covernote insuran tersebut adalah betul dan tele.

Lebih memudahkan, anda print sahaja polisi insuran di muka surat yang penting sahaja. Contoh seperti di bawah. Satu muka surat ini sudah memadai untuk pihak pejabat pos mengenal pasti kad pengenalan dan nombor plat anda.

dokumen untuk renew roadtax di pejabat pos
Dokumen untuk renew roadtax di pejabat pos

Pos laju boleh renew roadtax ?

Mengikut pengalaman di tempat aku, ada tempat yang hanya mempunyai papan tanda pos laju sahaja. Adakah pos laju renew roadtax menjadi persoalan aku pada waktu itu.

Aku pun cuba bertanyakan pada kaunter pos laju tersebut. Namun, responnya adalah tidak boleh. Hal ini kerana, pejabat pos laju hanya menyediakan khidmat dan urusan courier sahaja.


Posted

in

by

Tags: