Bolehkah renew lesen memandu tanpa ic ?

Renew lesen memandu tanpa ic. Berdasarkan beberapa pengalaman yang perlu dilalui oleh aku, aku nak kongsi sedikit pengetahuan yang mungkin membantu orang ramai dalam membuat lesen memandu.

Kebiasaannya orang ramai akan membuat renew lesen memandu di Jpj atau pejabat pos. Persoalan yang tertera adalah boleh untuk anda membuat renew lesen memandu jika anda tidak membawa atau terlupa membawa ic?

Adakah boleh renew lesen memandu motor dan lesen memandu kereta jika tidak bawa kad pengenalan?

Situasi disini, anda telah sampai di tempat nak renew lesen memandu. Malah nombor anda telah dipanggil setelah beberapa ketika menunggu giliran.

Bila tiba di kaunter pihak kaunter JPJ atau pihak kaunter di pejabat pos meminta anda sediakan kad pengenalan atau ic original.

Serta lesen yang telah expired perlu disediakan. Namun, anda hanya mempunyai lesen lama saja yang boleh membuktikan anda sebagai pemilik.

Lalu urusan anda tidak boleh diteruskan. Hal ini kerana kad pengenalan anda adalah benda wajib dibawa dan diperlukan bagi proses membuat renew lesen memandu.

Kegunaan ic bagi renew lesen memandu bagi tujuan pengesahan pemilik atau wakil

Tidak kira di JPJ atau pejabat pos, kedua pihak ini akan meminta kad pengenalan atau ic sebagai pengesahan untuk berurusan di kaunter.

Ic adalah sangat penting untuk pihak kaunter ketahui siapakah yang mereka berurusan. Malah terdapat beberapa isu sebelum ini, pihak lain telah menyalahgunakan kelonggaran tanpa ic ini bagi membuat lesen memandu orang lain.

Tanpa sengaja ia telah memberi kesen apabila pemilik sebenar nak hidupkan lesen memandu bila tiba waktunya.

renew lesen memandu tanpa ic

Bayangkan dalam sistem JPJ telah dikenalpasti bahawa lesen memandu anda telah dibuat di tempat lain. Jadi, anda perlu membuat laporan polis dan buat lesen memandu yang baru atas sebab kehilangan lesen memandu.

Sebab itu kad pengenalan atau ic digunakan sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas lesen memandu yang telah dibuat tersebut.

Kad pengenalan digunakan untuk ambil gambar untuk lesen memandu yang baru

Jika cip ic anda berfungsi dengan baik, pihak JPJ atau pejabat pos akan menggunakan gambar tersebut untuk dimasukkan ke dalam lesen memandu yang baru.

Jadi, ada orang yang cip ic mereka telah rosak perlu membawa gambar berukuran passport dan berlatar belakang (background) berwarna putih. Ini adalah untuk diberikan kepada pihak kaunter JPJ atau pejabat pos mengemaskini gambar yang terkini.

Oleh itu, tanpa Ic anda juga memberi kesukaran walaupun semasa nak renew lesen memandu. Bawalah kad pengenalan anda dimana sahaja.

Renew lesen memandu secara online tidak memerlukan ic

Selain itu, bagi anda yang menggunakan khidmat myeg dalam membuat renew lesen memandu online tidak memerlukan kad pengenalan semasa membuat renew.

Namun, semasa penghantaran lesen memandu dibuat kepada anda, anda adalah wajib memberikan kada pengenalan bagi membuat pengesahan penerimaan lesen memandu tersebut.

Hal ini adalah bagi tujuan yang sama iaitu melindungi anda sebagai pemilik kepada lesen memandu tersebut menerima dan mengesahkan lesen memandu dengan betul.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Bolehkah renew lesen memandu tanpa ic ?”

  1. Siti Zaidah avatar
    Siti Zaidah

    Boleh tak guna kad pengenalan lama untuk baharui lesen memandu? Maksud saya kad pengenalan plastik yang masih berciri lama yang belum upgrade.

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Boleh..selagi cip ic berkenaan boleh dibaca dan digunakan ya.