Renew lesen memandu tanpa owner. Lesen memandu yang kita akan bentangkan di sini adalah bagi lesen jenis pemandu kereta dan pemandu motosikal.
Anda pasti akan tertanya bagaimankah prosedur jika nak melakukan renew lesen memandu tetapi pemilik tiada. Tiada itu bukan sudah meninggal, tetapi ia mengupah seseorang.
Wakil atau agent membuat lesen memandu bolehkah buatkan lesen memandu untuk anda? Anda mungkin tiada masa nak diluangkan kerana sangat sibuk dengan kerja.
Jadi, anda ingin mengupah rakan atau sesiapa yang anda percayai membuatkan lesen memandu anda.
Bolehkah lesen memandu dibuat oleh wakil selain dari pemilik ?
Lesen memandu yang sudah mati boleh dibuat oleh wakil anda. Tetapi dengan beberapa syarat perlu diikuti.
Anda perlu wajib memberikan dokumen original seperti :
- Kad pengenalan asal atau IC original.
- Lesen memandu asal tidak kira sudah tamat atau masih belum mati.
- Kad pengenalan original wakil bagi urusan thumbprint sebagai wakil membuat lesen memandu.
Syarat lain sebelum menghidupkan lesen memandu tanpa pemilik
- Pastikan tiada sebarang saman blacklist dikenakan terhadap nombor kad pengenalan anda.
- Bawa gambar berukuran passport sebagai dokumen sokongan jika gambar lama pada kad pengenalan owner tidak boleh dibaca.
Renew lesen memandu tanpa owner menggunakan khidmat agent
Agent-agent roadtax dan insurans biasanya memberikan khidmat menghidupkan lesen memandu ini. Anda boleh membuat renew lesen memandu kereta atau lesen motor sekaligus dengan mengupah agent.
Namun, pastikan anda mempercayai agent tersebut kerana dokumen untuk hidupkan lesen memandu perlu diserahkan kepada mereka.
Ini adalah mengenai soal kepercayaan pada pihak agent tersebut. Sebab dokumen yang diberi itu bukanlah salinan, ia merupakan dokumen original.
Pihak agent akan menguruskan renew lesen anda sama ada menggunakan runner ke JPJ atau ke pejabat pos.
Berapakah cas yang dikenakan oleh agent untuk renew lesen memandu tanpa owner?
Harga atau cas atau upah yang dikenakan kepada anda oleh agent renew lesen adalah bergantung kepada pihak agent itu sendiri.
Ada yang mengambbil upah rm10, rm20 malah ada yang rm30. Harga ini adalah upah sahaja tidak termasuk harga renew lesen memandu yang perlu dibayar pada pihak JPJ atau pejabat pos.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.