Insuran hidup roadtax mati

Insuran hidup roadtax mati. Terdapat beberapa perkara mengenai kejadian dan keadaan apabila insuran hidup, namun roadtax mati.

Kita boleh lihat beberapa situasi yang boleh malah sedang berlaku kepada anda sekarang. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah risiko dan kesannya terhadap anda sendiri.

Ada yang kisah manakala ada yang tidak begitu kisah jika menghadapi situasi ini. Mari kita lihat punca dan kesan jangka panjang jika anda mengalami seperti keadaan di atas.

Punca dan kesan berlakunya insuran hidup roadtax mati

insuran hidup roadtax mati

Tidak kiralah kenderaan anda motosikal atau kereta, pasti anda mencari jalan penyelesaian terhadap perkara di atas.

Situasi atau keadaan yang boleh berlaku kepada anda ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain juga supaya tidak terbeban dengan masalah yang sama.

Berikut merupakan punca insurans hidup, tetapi roadtax mati :

1. Mempunyai saman senarai hitam atau blacklist (BL).

Saman senarai hitam boleh menganggu anda untuk hidupkan roadtax sebaik sahaja menghidupkan insuran.

Jika ditangguhkan, anda boleh melebihi waktu tempoh renew roadtax kereta atau roadtax motor anda mengikut anggaran masa yang telah ditetapkan.

Jadi anda perlulah menyelesaikan saman blacklist tersebut secepatnya sebelum anda tidak dibenarkan menghidupkan roadtax.

2. Tidak mempunyai masa hidupkan roadtax kereta atau roadtax motor setelah hidupkan insuran.

Sikap menangguh hidupkan roadtax ini kerap terjadi kepada seseorang yang membuat insuran di tempat lain manakala roadtax di tempat berbeza.

Jadi, bila sudah melebihi tempoh buat roadtax, walaupun insuran dah dihidupkan boleh menjejaskan tarikh insuran dan tarikh roadtax berlainan waktu.

Malah, dinasihatkan kepada anda jika anda renew roadtax insurans online, pastikan urusan anda adalah jelas.

3. Terlupa hidup roadtax bagi situasi hidupkan roadtax yang mati 6 bulan sekali.

Bagi pemilik yang menghadapi situasi ini tentunya bagi kereta-kereta cc enjin besar yang membuat roadtax mereka 6 bulan sekali.

Begitu juga jika bagi situasi menghidupkan roadtax kereta pemilik yang sudah meninggal dunia. Waris terlewat nak hidupkan roadtax pada kali kedua atau 6 bulan yang seterusnya.

Jadi, tempoh waktu insurans adalah berkurangan untuk melengkapi roadtax 6 bulan.

4. Pihak JPJ telah memberi kelonggaran untuk tidak membuat roadtax buat sementara waktu atas sebab beberapa sebab.

Terdapat beberapa kes yang dialami penduduk Malaysia yang menyebabkan roadtax tidak dapat dikeluarkan oleh pihak JPJ buat sementara.

Pihak JPJ dan PDRM tidak akan saman mana-mana kenderaan yang tidak menghidupakan roadtax tetapi insuran wajib telah dibuat.

Situasi ini adalah tertakluk kepada perubahan sesuatu peraturan yang jarang sekali berlaku. Namun, ia bukan tiket untuk anda tidak langsung menghidupkan roadtax.

Roadtax anda boleh dihidupkan setahun walaupun ianya telah terlewat dibuat dari tarikh insurans.

Masa dan kelonggaran yang diberikan bukanlah waktu untuk tidak buat roadtax langsung, ia merupakan masa yang diberikan agak panjang berbanding peraturan sedia ada maximum 2 minggu dari tarikh insuran hidup roadtax mati itu perlu diperbaharui.

Cara selesaikan insuran hidup roadtax mati

Menurut situasi-situasi di atas kecuali bagi kes pihak JPJ memberi kelonggaran untuk hidupkan roadtax lewat, anda wajib membuat tambahan insurans.

Iainya juga dikenali sebagai extend insurans. Anda perlu membuat tambahan insurans bagi melengkapi tempoh masa 6 bulan roadtax minimum yang telah ditetapkan.

Jangan risau, harga untuk extend insuran tidaklah mahal. Ia akan dikira mengikut harian yang terkurang.

Contohnya anda terkurang 25 hari. Jadi 25 hari akan dikira sebagai tambahan insurans. Sebaik sahaja sudah membuat perkara tersebut, segeralah ke JPJ atau pejabat pos untuk menghidupkan roadtax seperti biasa.


Posted

in

by

Tags:

Comments

10 responses to “Insuran hidup roadtax mati”

  1. Mohd Sapuri bin Ayob Sapuri avatar
    Mohd Sapuri bin Ayob Sapuri

    Extend Insurans. Kena Insurans yang sama atau boleh yang berlainan

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Extend insurans kena under sama syarikat insurans. Contohnya sebelum ni ambil etiqa takaful insurans, jadi perlu ambil extend insurans di bawah etiqa takaful insurans dan dibolehkan berbeza branch nk extend etiqa takaful. Berbeza branch bermaksud boleh ke etiqa takaful branch seluruh negara.

  2. ABDUL RAHMAN avatar
    ABDUL RAHMAN

    Bolehkah claim insurance kemalangan jika insuran hidup tetapi rotex mati

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Kemungkinan besar claim insurans kemalangan tidak boleh dibuat atas sebab :
      1. Syarikat insurans perlukan dokumen untuk claim yang salah satunya adalah roadtax
      2. Pemilik perlu buat report di balai. Jika report dibuat dan didapati tiada roadtax, menjadi satu kesalahan memandu di atas jalan raya tanpa roadtax.

  3. Mus avatar
    Mus

    Saya insuran hidup tapi roadtax tak buat lagi , kena tahan jpj kena saman naik mahkamah.

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Dah selesai saman baru buat roadtax secepat mungkin ya.

  4. Shahrul avatar
    Shahrul

    Klau terjadi kemalangan boleh claim insurans ke kalau roadtax mati insurans hidup

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Tidak boleh..proses claim insurans memerlukan roadtax itu hidup.

  5. fieqa avatar
    fieqa

    biasa brpe lama masa untuk buat roadtax slps insuran dh beli

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Sebaiknya lepas insurans dah beli, terus buat roadtax..paling lewat 5 hari bekerja bagi mengelakkan masalah lain berlaku.