Bolehkah renew roadtax motor tanpa puspakom ?

Renew roadtax motor tanpa puspakom. Bagi anda yang mempunyai motosikal yang telah melebihi tarikh 3 tahun LKM semestinya tertanya-tanya adakah ianya betul ?

Adakah pemeriksaan puspakom ini perkara yang remeh yang anda boleh skip bagi renew roadtax motor ? Apa akan terjadi jika inspection tidak dibuat kepada motor-motor lama dan kemudian berada di atas jalan raya ?

Ada ke cara boleh renew roadtax motor tanpa puspakom ?

Jawapannya adalah tiada. Bagi anda yang mempunyai motosikal yang telah lama tidak menghidupkan roadtax motor LKM wajib menjalani pemeriksaan di puspakom.

Malah, anda mempunyai cara kedua iaitu dengan membawa motosikal anda ke JPJ daerah yang menyediakan khidmat pg10.

renew roadtax motor tanpa puspakom
Renew roadtax motor tanpa puspakom

Pg10 merupakan pemeriksaan bagi kenderaan bermotor yang melebihi dari 3 tahun.

Yang sebelum ini adalah bagi motor yang melebihi 1 tahun,namun pihak JPJ telah memberi kelonggaran kepada pemilik motor sehingga 3 tahun dari tarikh roadtax motor tidak dihidupkan.

Apa kesan jika motor sudah lama tidak digunakan kemudian berada di atas jalan raya ?

Jika pemeriksaan puspakom tidak dikuatkuasakan pada pemilik motosikal, maka boleh terjadinya banyak kemalangan jalan raya.

Pemeriksaan puspakom bagi motor lama yang tidak digunakan adalah sangat penting. Bayangkan jika terdapat banyak motor di atas jalan raya tidak mempunyai lampu signal kiri dan kanan.

Malah, jika tiada lampu brek turut membahayakan nyawa penunggang dan juga kenderaan sekeliling.

Mengapakah saman dikenakan kepada motosikal yang tidak menghidupkan roadtax ?

Motor yang gagal menghadirkan diri untuk inspection puspakom, tentunya tidak boleh menghidupkan roadtax motor.

Saman yang berat dikenakan kepada penunggang motor ini kerana tidak menghidupkan roadtax motor akibat melebihi dari 3 tahun.

Saman juga diberikan adalah bagi memberi kesedaran kepada penunggang akan betapa bahayanya menggunakan motosikal tersebut tanpa membuat pemeriksaan puspakom terlebih dahulu.

Beza renew roadtax motor yang membuat pemeriksaan puspakom dan tidak membuat pemeriksaan puspakom

Memang ya terdapat segelintir pihak menggunakan jalan pintas bagi hanya sekadar nak melepaskan roadtax motor.

Namun, terdapat perbezaan antara roadtax motor yang menjalani pemeriksaan puspakom dan juga tidak menjalani pemeriksaan puspakom.

Pemeriksaan puspakom motor dibuatPemeriksaan puspakom motor tidak dibuat
Keadaan motor dari segi wiring seperti lampu
brek berada dalam keadaan baik
Berlaku pengguna motosikal di jalan raya yang
tidak ada lampu brek belakang
Potensi berlaku kemalangan disebabkan keadaan
motor adalah tiada
Kemalangan atas faktor keadaan motor
adalah sangat tinggi
Harga jauh lebih murahHarga mahal dan mempunyai risiko
atas kesalahan yang dilakukan
Urusan sangat mudah, jika ke JPJ,
pemeriksaan adalah percuma
Ambil masa dan cara tidak telus, malah
tiada sebarang jaminan
Renew roadtax motor tanpa puspakom


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Bolehkah renew roadtax motor tanpa puspakom ?”

  1. […] Persoalan mengenai renew roadtax motor tanpa puspakom […]

  2. […] Antara contohnya adalah disebabkan roadtax motor dah tamat melebihi 6 tahun. Untuk tahu lebih mendalam boleh rujuk di renew roadtax motor tanpa puspakom. […]

Leave a Reply