Roadtax mati lebih dari 30 hari

Roadtax mati lebih 30 hari. Terdapat beberapa kesan yang berpunca dari sengaja atau tidak sengaja membuat roadtax yang telah mati lebih dari 30 hari.

Kita lihat dahulu antara punca mengapa perkara ini berlaku. Kemungkinan sebab besar adalah faktor kewangan seseorang yang ingin menangguhkan seketika membuat roadtax kereta atau roadtax motor.

Namun, kita boleh lihat beberapa kesan terhadap penangguhan ini adakah ia beri kesan buruk kecil atau pun besar kepada pemilik kereta atau motosikal.

roadtax mati lebih 30 hari

Insurans hidup dah buat tetapi roadtax mati melebihi 30 hari dari waktu insurans dihidupkan

Klasifikasi permasalahan ini adalah kemungkinan anda terlupa nak hidupkan roadtax kereta. Padahal, sebelum ini anda telah hidupkan insurans kereta yang baru.

Di sini akan memberi kesan kepada tempoh masa insurans dan roadtax anda. Mengapa ?

Disebabkan waktu tempoh insurans anda tinggal berbaki 11 bulan, tempoh roadtax anda hanya boleh dihidupkan selama 6 bulan sahaja.

Untuk 6 bulan pada masa akan datang roadtax anda telah pun tamat, maka, insurans anda berbaki hanya 5 bulan sahaja.

Baki 5 bulan insurans itu adalah tidak membolehkan anda menghidupkan roadtax seterusnya kerana baki insurans tidak melengkapi 6 bulan.

Syarat hidupkan roadtax 6 bulan adalah insurans anda juga wajib mencukupi 6 bulan.

Jadi, jalan penyelesaiaanya adalah dengan membuat penambahan insurans atau extend insurans.

Insurans dan roadtax mati melebihi 30 hari

Untuk keadaan ini, anda berkemungkinan sudah terlupa akan tempoh waktu roadtax anda telah tamat. Bila semak semula pada roadtax, dah melebihi 30 hari dari waktu ianya tamat.

Ada beberapa kesan yang akan dihadapi oleh anda. Antaranya adalah semasa nak hidupkan insurans kereta atau insurans motor, anda perlu menyediakan gambar kenderaan untuk ia di semak oleh pihak syarikat insurans.

Lampiran 4 penjuru gambar kenderaan anda digunakan bagi mengelakkan beberapa permasalahan kepada pihak syarikat insuran itu sendiri.

Terdapat juga syarikat-syarikat insurans tidak perlu anda lampirakan gambar kenderaan sebelum ianya boleh dihidupkan insurans. Namun, anda perlu rajin membuat pencarian dan survey.

Mengikut pengalaman, aku terlupa nak hidupkan insurans dan roadtax, jadi akan hidupkan pada Am General Insurans kerana prosesnya mudah tidak perlu membuat lampiran gambar.

Roadtax mati lebih dari 30 hari tidak perlu inspection puspakom

Bagi anda yang ragu-ragu jika sudah terlebih 30 hari tidak hidupkan roadtax kereta atau roadtax motor, usah risau.

Tiada sebarang inspection puspakom perlu dibuat jika hanya melebihi dari 30 hari tidak buat roadtax. Namun ia mempunyai had maximum iaitu selama 3 tahun.

Jika sudah melebihi 3 tahun tidak buat roadtax, maka inspection puspakom wajib dibuat, kemudian barulah roadtax boleh dihidupkan.

Adakah terdapat denda jika membuat roadtax yang tamat lebih 30 hari ?

Tiada sebarang denda dan anda tidak perlu membayar lebih. Harga bagi roadtax setahun kereta atau motor anda adalah masih sama.

Contohnya kereta alza roadtax setahun rm90. Maka, harga tetap adalah rm90 untuk setahun. Tetapi anda jangan keliru dengan servis cas tambahan.

Servis cas tambahan adalah terasing dari harga roadtax. Ia merupakan kos yang pihak pejabat pos, agent atau lain-lain perkhidmatan print roadtax kenakan sebagai upah mereka.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Roadtax mati lebih dari 30 hari”

  1. […] Menjadi tanda tanya bagi anda adakah ada cas tambahan perlu dibayar jika lambat buat roadtax contohnya roadtax mati lebih 30 hari. […]