Cara tukar nama motor myeg. Terdapat beberapa cara untuk anda membuat penukaran nama motor sekarang ini.
Kalau dulunya anda perlu membuat tukar nama secara terus di JPJ berdekatan. Kadang-kadang JPJ utc tidak boleh buat tukar nama, jadi perlu ke JPJ branch negeri atau daerah yang paling hampir.
Pengalaman tukar nama motor secara online
Tetapi sekarang zaman semakin maju. Anda sudah boleh membuat pilihan sama ada nak buat tukar nama secara terus di JPJ ataupun secara online.
Terdapat dua jenis tukar nama motor secara online iaitu :
- Tukar nama motor guna myeg
- Gunakan MySikap secara online yang disediakn oleh pihak JPJ.
Kali ini aku sendiri berpengalaman dan ingin membuat tukar nama menggunakan khidmat myeg. Namun, anda perlu tahu beberapa perkara terlebih dahulu.
Myeg tukar nama bergerak
Di sini anda perlu tahu bahawa proses dan cara tukar nama motor myeg merupakan antara cara yang mudah dan ringkas.
Anda hanya perlu mengetahui agent-agent myeg yang berdaftar bagi membuat urusan tukar nama motor ini.
Mudah sahaja nak tahu. Selalu anda buat roadtax dan insurans motor pada sesebuah agent. Anda boleh bertanyakan adakah ia membuat khidmat tukar nama guna mesin myeg.
Jika tidak, tanyakan mereka kenalan yang mereka kenal membuat myeg tukar nama bergerak. Ini bukan pergi ke myeg branch ya, kita terus ke agent berdaftar di bawah myeg itu sendiri.
Macam aku, tempat selalu aku buat roadtax dan insuran ada sediakan servis tukar nama motor ini. Lebih mudah kerja dan aku boleh selesaikan secepat mungkin.
Syarat untuk tukar nama motor myeg
Sebelum aku datang ke kedai agent tersebut, aku mesej dulu untuk bertanyakan apa yang perlu dibawa semasa hadir ke kedai tersebut.
Berikut merupakan senarai yang perlu anda ketahui :
- Pemilik lama dan pemilik baru hadir pada waktu yang sama di kedai agent tersebut.
- Keduanya merupakan warganegara Malaysia.
- Memiliki lesen memandu bagi kedua pemilik asal dan pemilik baru.
- Bawa geran original.
Jika kesemua di atas tidak lengkap, ia tidak boleh diteruskan. Semasa aku nak tukar nama tu, nasib baik juga pemilik baru duduk di sekitar kawasan dalam satu daerah aku.
Jadi, kedua-dua kami boleh hadir pada waktu yang sama dan selesaikan terus bagi tukar milik motor ini. Sebelum aku terlupa, untuk tukar nama motor ini tidak perlu membuat puspakom.
Kecuali bagi motor yang cukai jalan tidak renew 3 tahun ke atas boleh mengikuti tukar nama motor roadtax mati.
p/s : Cuma perlu berhati-hati jika ia sudah melebihi 3 tahun jika tidak hidupkan roadtax (LKM). Kalau situasi begini caranya adalah tukar nama dulu, kemudian buat inspection lebih 3 tahun di puspakom kemudian dapatkan terus roadtax motor anda di puspakom.
Roadtax motor masih hidup semasa tukar nama motor myeg
Pada situasi aku, masa tu roadtax dan insurans masih lagi hidup dan berbaki 4 bulan sebelum tamat.
Kata agent tersebut, roadtax dan insurans anda akan terus terbatal jika anda buat tukar nama motor melalui sistem myeg ini.
Jadi, sebaik sahaja selesai buat tukar nama kepada pemilik baru, pemilik baru terus hidupkan insurans serta roadtax yang baru pada agent tersebut tanpa berlengah.
Bezanya roadtax dan insuran tersebut merupakan di atas nama pemilik baru, bukan lagi atas nama aku sebagai pemilik lama.
Bagaimana dengan geran baru motor tukar nama tersebut ?
Di sini urusan aku dengan agent dan pemilik baru telah selesai. Hanya tinggal urusan agent dan pemilik baru sahaja berkenaan geran motor baru.
Selesai sahaja proses tukar nama, pihak agent akan memberikan resit yang dikeluarkan oleh pihak myeg sendiri.
Resit tersebut merupakan resit sementara untuk kegunaan pihak pemilik baru jika bertembung roadblock atau ditahan pihak JPJ atau PDRM.
Geran sebetulnya perlu mengambil masa untuk agent ambil di JPJ dan akan diberikan kepada pemilik baru sebaik sahaja ianya siap.
Renew insurans motor myeg sebaik sahaja tukar nama
Cara lain jika anda tidak buat pada agent tersebut, anda boleh renew insurans motor myeg sebaik sahaja proses tukar nama selesai.
Segalanya semua online jika anda renew insurans secara online anda boleh dapatkan terus polisi insurans dan kemudian tunggu roadtax di hantar ke rumah.
Proses renew insurans motor myeg anda boleh lakukan sendiri. Cuma untuk tukar nama motor myeg sahaja perlu anda mencari pada agent.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.