Bolehkah lambat renew insurans kereta ?

Lambat renew insurans kereta. Persoalan ini mungkin dinantikan-nantikan oleh mereka yang mungkin agak kekurangan budget untuk membeli insuran kereta.

Malah, kereta tersebut hanya parking sahaja di rumah tanpa dibawa ke mana-mana. Pergi ke tempat kerja hanya menggunakan kereta lain atau motosikal.

Bila masa memerlukan, baru aku survey harga insurans kereta dan beli insurans kereta online di website etiqa car insurans.

Beli insurans online merupakan antara pilihan aku selain beli pada agent insurans bila tibanya waktu nanti. Proses renew insurans kereta cepat sekiranya kita tahu caranya lebih-lebih lagi tiba-tiba nak guna kereta tersebut secara dalam keadaan terdesak.

Terus saja buat insurans kereta online dan bayar insurans kereta online bila memerlukan kereta tersebut.

Adakah menjadi satu kesalahan jika anda lambat renew insurans kereta?

Jawapannya adalah tidak menjadi satu kesalahan jika anda sengaja atau tidak sengaja terlewat menghidupkan insuran kereta anda.

Dengan beberapa syarat yang anda ikuti, anda pasti tidak akan dikenakan sebarang saman dari pihak PDRM atau JPJ atau denda oleh pihak syarikat insurans sendiri.

Syarat elak kena saman jika lambat renew insuran kereta

  1. Kereta tidak dipandu di jalan raya selama insurans kereta belum dihidupkan.
  2. Tidak terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya tidak kira melibatkan kereta lain atau pun tidak melibatkan kereta lain.
  3. Melalui kawasan bukan terlibat dalam operasi PDRM atau JPJ contohnya bawa hanya dalam kawasan taman bagi tujuan panaskan enjin.

lambat renew insurans kereta
lambat renew insurans kereta

Betulkah tiada denda akan dikenakan kepada anda jika lewat renew insurans kereta ?

Betul dan benar. Jika anda lambat renew insurans kereta, tiada sebarang cas tambahan akan dikenakan kepada anda.

Malah, mungkin akan akan mendapat diskaun jika membuat insuran pada syarikat insurans yang menawarkan diskaun pada waktu-waktu tertentu dan bulan tertentu.

Tetapi terdapat juga syarikat insuran tidak boleh anda buat insurans pada mereka.

Cara untuk anda boleh renew insurans kereta dengan mereka adalah dengan mengikuti beberapa penetapan salah satunya adalah memberikan gambar kereta 4 sisi sebelum boleh menghidupkan insurans kereta.

Mengapa perlu memberi gambar 4 sisi kereta sebelum dapat hidupkan insurans kereta ?

Gambar setiap penjuru kereta perlu diberikan terlebih dahulu adalah kerana terdapat banyak kes membuat claim sebaik sahaja menghidupkan insurans kereta yang dah lama tak renew insurans.

Jadi, syarikat insurans mengambil langkah berjaga-jaga dengan taktik ini supaya mengurangkan kadar kerugian dari pihak mereka.

Dari satu sudut juga kita boleh lihat bahawa pihak syarikat insurans mengambil sikap serius mengenai perkara renew insurans kereta lambat.

Adakah NCD kereta akan berubah jika lewat renew insuran kereta ?

Ncd kereta anda akan berkurang sedikit demi sedikit mengikut tahun anda tidak membuat insuran kereta. Contohnya, jika sebelum ini ncd kereta anda 55%, setelah setahun tidak menghidupkan insurans, maka ncd akan turun kepada 45%.

Begitu juga tahun kedua, ketiga dan keempat dan seterusnya sehinggalah menjadi 0%. Jadi jangan hairan jika ncd kereta anda berbaki no claim discount (ncd) 0% jika sudah lama tidak hidupkan insurans.


Posted

in

by

Tags: