Renew roadtax motor yang masih dalam loan

Renew roadtax motor loan. Para pemilik dan pembeli motor yang masih lagi mempunyai loan motor tak kira di bawah mana-mana syarikat pinjaman ini khas untuk anda.

Semestinya anda tertanya-tanya adakah boleh jika motor anda menghidupkan roadtax motor jika masih lagi dalam loan ?

Renew roadtax motor loan kedai

Pinjaman loan kedai motor anda masih lagi berbaki. Jadi, sebelum ini roadtax motor anda akan disiapkan oleh kedai motor itu sendiri.

Cukup setahun anda akan dapat quotation/ anggaran harga insurans serta roadtax motor dari pihak kedai yang menghantar harga secara mesej.

Kita pun setuju dan bila tiba masa roadtax tamat, automatik pihak kedai dah buatkan roadtax tunggu untuk kita ambil dan bayar sahaja jumlah tadi.

renew roadtax motor loan

Persoalan disini bolehkan anda buat roadtax motor di tempat lain jika anda rasa quotation di kedai motor itu mahal?

Ya boleh. Kebebasan anda untuk hidupkan insuran dan roadtax motor anda terletak atas pilihan anda. Jika pihak kedai beri harga terlampau mahal, memang patut anda buat insuran dan roadtax sendiri.

Jika anda jenis ada budget dan tak kisah asalkan roadtax motor itu siap, boleh sahaja teruskan untuk pihak kedai urusan roadtax motor anda walaupun loan sudah selesai di kedai tersebut.

Renew roadtax motor loan aeon

Pihak peminjam seperti loan aeon memberikan loan kepada anda yang ingin memiliki motor dengan kadar deposit yang rendah.

Contohnya sebelum ini aku membeli motor Honda RS150 dengan hanya deposit rm1,000 sahaja. Kelebihan lain pihak aeon memberi pinjaman bayaran balik sehingga 5 tahun maximum.

Deposit rendah manakala bulanan pun rendah. Tetapi ingat kadar interestnya juga tinggi sedikit atas faktor pinjaman bayaran balik yang lama dan panjang itu.

Alang-alang kalau nak buat insuran dan roadtax motor pada pihak aeon, boleh sahaja pihak aeon menguruskan. Tetapi adakah pihak aeon membenarkan anda membuat roadtax motor aeon di luar semasa masih dalam loan ? Sila klik renew roadtax motor aeon bagi maklumat lanjut.

Renew roadtax motor loan parkson

Jika dahulu dan sekarangnya terdapat juga loan motor parkson yang disediakan oleh setiap kedai motor. Akan tetapi sudah berkurang loan ini disediakan oleh kedai-kedai motor.

Memang tiada sebarang masalah bagi anda membuat renew roadtax motor yang masih dalam loan parkson di tempat lain. Namun, anda harus mengurusnya sendiri dari insuran hinggalah roadtax motor itu siap dibuat.

Leave a Reply