Harga repair cermin tingkap kereta

Harga repair cermin tingkap kereta. Pengalaman cermin tingkap bermasalah ini bukan satu masalah yang kecil bagi kita yang selalu menggunakan kereta ke sana ke mari.

Kadang-kadang kita turunkan cermin tingkap sebab nak ambil tiket kupon bayar parking. Atau nak bayar kat tol secara touch & go.

Dalam mindset bila dah tahu cermin tingkap kereta sangkut bila diturunkan dan kemudian tak boleh naik semula untuk tutup, kita dah siap sedia untuk buka pintu semasa buat pembayaran mana-mana tempat yang perlukan scan kad.

Cermin tingkap kereta tak boleh naik

Teringat bila berlaku satu kejadian, aku dah terlewat untuk menaiki bas ke satu destinasi jauh. Jadi, aku parking kereta aku di kawasan tempat letak kereta berbayar di stesen bas berikut.

Lihat pada jam tangan, aku hanya ada masa 5 minit sahaja lagi sebelum bas bergerak. Masuk sahaja kawasan parking aku turunkan cermin tingkap kereta separuh untuk ambil kad parking.

Dalam fikiran aku dah kelam kabut berharap cermin tu boleh naik semula sebab memang terlupa dari awal lagi sebab cermin tingkap kereta aku bermasalah.

Aku dapatkan parking kemudian aku naikkan tingkap kereta tersebut. Tarik pada power window untuk naikkan cermin, tak respon langsung. Dalam hati aku, alamak habis la tertinggal bas.

Dalam masa sama terfikir nak biarkan saja kereta tingkap terbuka begitu tetapi kawasan parking tu tidak berbumbung pula. Sudahh..

Aku cuba juga sedaya upaya pelahan-pelahan tarik power window itu sampai berdoa dalam hati. Akhirnya dapat juga ia beri respon dan terus aku kunci kereta dan bergegas naik bas. Nasib baik sempat.

Maklumlah, kereta pun dah lama. Sebelum ini power window kereta aku yang original dah memang problem, jadi aku beli lah yang local sahaja.

Bila pakai local ni rasa dia macam tak boleh tahan lama. Masih lagi jadi masalah pada waktu aku nak naik bas itu.

harga cermin tingkap kereta

Berapa harga repair cermin tingkap kereta sangkut itu?

Harga aku beli 1 set power window untuk myvi lama kereta aku tu dalam rm40. Kalau original lagi mahal la. Sebab cermin tingkap kereta aku tu sangkut kerana masalah pada power window yang utama.

Kalau yang kat 3 pintu kereta lain tu dia cuma guna power window yang kecil. Ia murah sikit nak bandingkan power window utama.

Rm90 itu tak termasuk upah lagi. Aku beli sendiri di kedai sparepart dan pasang sendiri. Mudah sahaja nak ganti sebab ia fuse yang power window lama boleh ditanggalkan dan gantikan kepada fuse power window baru. Macam plug and play terus.

Harga repair cermin tingkap kereta berbunyi

Kes cermin tingkap berbunyi ni pun aku pernah berlaku pada kereta myvi aku tu. Kereta myvi itu aku beli sebelum ini secondhand.

Orang di kedai kereta tersebut nak cepat jadi dia tanggalkan tinted lama secara tak kemas. Jadi, terdapat gam tinted berbaki terkena pada cermin.

Bila cermin tingkap kereta kerap naik dan turun, jadi getah cermin tingkap kereta itu telah melekat pada gam tinted.

Kadang-kadang ia menghasilkan bunyi yang kurang enak. Lebih teruk boleh merosakkan getah pada cermin tingkap kereta anda. Lebih baik bersihkan gam tinted itu sebaiknya sebelum memberi kesan buruk lain.

Berapa harga nak baiki untuk tingkap kereta berbunyi ini di kedai ? Ia mengikut kepada jenis kerosakan pada cermin kereta anda.

Macam aku, bayar 1 tingkap kereta dalam rm80 juga sebab dia akan bersihkan cermin tu semula dan gantikan getah tepi tingkap kereta dengan yang baru.

Leave a Reply