Cara Renew Roadtax Motor Aeon

Cara renew roadtax motor aeon. Terdapat tanda tanya di mana adakah anda yang mempunyai pinjaman atau loan semasa membeli motor perlu membuat roadtax motor di aeon juga?

Lebih-lebih lagi motor anda masih lagi mempunyai hutang bersama pihak aeon itu sendiri. Adakah menjadi kesalahan jika anda renew roadtax motor di luar ?

Pihak aeon memegang geran motor anda

Zaman sekarang sudah boleh membuat roadtax motor tanpa geran. Tidak kisah sama ada geran anda ada ataupun tidak, anda masih boleh membuat roadtax motor.

Sewaktu baru membeli motor tersebut, pihak aeon akan memberi geran salinan kepada anda. Simpan seeloknya di tempat yang mudah anda cari bagi urusan nak renew roadtax motor nanti.

Adakah nak renew roadtax motor dibawah loan Aeon menjadi masalah ?

Tidak. Tidak sama sekali. Selain geran motor, anda boleh membuat renew insuran motor menggunakan polisi insurans motor tahun sebelum ini. Ini bagi membuat insuran bukan roadtax motor.

Maklumat yang terdapat dalam geran dan polisi insurans motor anda adalah sangat penting. Anda patut hairan mengapa orang lain boleh mendapatkan maklumat geran motor anda itu.

Jika sebelum nak hidupkan roadtax motor, pihak agent akan meminta antara geran atau polisi insurans ini bagi membuat pengiraan insuran dengan cara key in maklumat motor anda.

Setelah key in telah siap dibuat, barulah pihak syarikat insurans akan memberikan harga quotatioan insurans.

renew roadtax motor aeon

Renew insurans dulu kemudian renew roadtax motor boleh dibuat

Tiada sebarang halang oleh pihak aeon untuk anda membuat roadtax motor di luar. Anda boleh saja membuat roadtax di JPJ, pejabat pos mahupun pada agent-agent insurans.

Malah, wakil seperti agent roadtax turut boleh membuat insurans serta roadtax motor dengan cara yang betul. Jangan salah anggap, ianya bukan satu kesalahan.

Ia merupakan satu kelonggaran yang diberikan bagi tujuan memudahkan semua pihak membuat roadtax motor.

  • Hidupkan insuran motor pada pihak aeon, atau tempat lain yang menyediakan khidmat insurans motor.
  • Buat roadtax motor anda di JPJ secara terus atau upah agent roadtax.
  • Anda boleh saja membuat roadtax pada syarikat aeon. Lebih baik biar mereka urusan dari insurans hingga siap terus roadtax motor anda.

Proses renew roadtax motor di bawah loan aeon tiada gangguan

Perjalanan menghidupkan roadtax motor anda tidak akan mempunyai sebarang masalah. Walaupun motor anda mempunyai kelewatan dalam bayaran bulanan loan.

Ataupun motor anda sudah dalam senarai blacklist sekalipun ia tidak menjejaskan proses menghidupkan roadtax motor anda.

One comment

Leave a Reply