Tukar nama motor roadtax mati. Bagi yang tertanya-tanya, adakah boleh bagi kita menjual motor kita kalau ianya dah lama tak hidupkan cukai jalan atau roadtax atau LKM ini?
Jawapannya adalah boleh. Motosikal lama kerap kali menjadi tanda tanya kepada persoalan ini. Motor dah lama tersadai, kita rasa nak jual atau nak beli.
Jadi, kita check dulu perkara penting sebelum nk jual atau beli sesebuah motor itu.
Senarai semakan sebelum beli sesebuah motor dan membuat proses tukar nama motor
1. Semak atau check jika ia mempunyai saman lampau
Saman merupakan perkara yang perlu di semak terlebih dahulu. Jika pemilik lama motor tersebut mempunyai saman senarai hitam (blacklist), akan menjadi masalah semasa penukaran nama hendak dibuat.
Jadi, pemilik lama motor tersebut perlu membayar saman blacklist terlebih dahulu. Kalau ada 10 saman, 5 daripadanya adalah blacklist, boleh selesaikan 5 saman senarai hitam itu sahaja dahulu.
Kemudian, barulah proses tukar nama boleh dibuat.
2. Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax telah tamat melebihi 3 tahun
Proses tukar nama tidak memerlukan inspection puspakom untuk kenderaan motosikal. Namun, wajib membuat dan menjalani inspection puspakom bagi sebab cukai jalan telah tamat lebih 3 tahun.
Jika ia masih di bawah 3 tahun, maka tak perlu buat inspection di puspakom atau JPJ. Teruskan saja proses untuk tukar nama.
Jika melebihi 3 tahun roadtax tamat, bawa saja motor itu ke JPJ negeri untuk buat inspection. Percuma sahaja. Datang ambil borang pg10 untuk daftar.
Kemudian, tunggu sehingga inspection yang dibuat selesai. Manakala, sekiranya roadtax tamat di bawah 3 tahun, maka anda boleh lakukan cara tukar nama motor jarak jauh sebagai initiatif kemudahan yang boleh anda gunakan.
Bolehkah gunakan runner untuk buat inspection motor di JPJ ?
Boleh tiada masalah. Anda perlu sediakan beberapa perkara sebelum memberikan runner sebagai wakil unutk buat inspection pg10 antaranya adalah :
- Pastikan motor telah siap sedia seperti tayar ada bunga, ada side mirror, lampu brek menyala, signal berfungsi dengan baik.
- Berikan salinan kad pengenalan anda
- Sediakan salinan geran
Langkah selepas buat inspection pg10 adalah tukar nama motor
Bila anda telah mendapat keputusan pg10 dan ianya lulus. Maka, proses seterusnya boleh diterusnya dengan membuat penukaran nama kepada pemilik baru.
Apa yang penting, perkara pertama sekali adalah hidupkan insurans ke atas nama penama baru sebagai transfer owner.
Transfer owner adalah semasa sebelum agent ingin menghidupkan insurans anda. Jadi, pihak agent insurans anda perlu dimaklumkan semasa anda beri maklumat pemilik baru sebab nak tukar nama.
Oleh itu, automatik pihak insurans akan tahu dalam sistem perlu menukar kepada transfer owner. Ini adalah maklumat tambahan sahaja, biar agent anda yang uruskan.
Kemudian, barulah pemilik lama membuat cap jari tukar hak milik di JPJ atau pada mana-mana agent seperti agent myeg atau mysikap yang berdaftar di bawah JPJ sebagai agent tukar hak milik.
Pemilik baru seterusnya membuat cap jari sebagai tanda setuju dan mendapatkan geran serta roadtax motor yang baru.
Disini yang mudahnya, insurans anda yang telah anda buat tadi telah mombolehkan anda menerima roadtax secara terus jika anda buat cap jari tadi di JPJ.
Kalau guna agent-agent berdaftar, perlukan sedikit masa. Dalam satu minggu geran dan roadtax anda boleh dapatkan dah. Yang penting proses tukar nama motor dan roadtax mati melebihi 3 tahun ini selesai dengan baik.
Tukar nama motor roadtax mati lebih setahun
Perkara di atas adalah tidak sama seperti kes roadtax yang mati lebih setahun. Anda jimat masa kerana tidak perlu buat urusan puspakom lagi jika sudah melepasi setahun LKM tamat.
Memandangkan perubahan telah dibuat dari 1 tahun kepada 3 tahun maximum had tahun LKM atau roadtax, ia sangat membantu memudahkan urusan anda untuk menukar nama.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.