Kereta terbakar boleh claim insurans tak ?

Kereta terbakar boleh claim insurans tak? Mari kita lihat dulu beberapa faktor yang mungkin anda terlibat menyebabkan kereta anda berlaku kebakaran.

Terdapat beberapa garis panduan yang perlu dikategorikan oleh pihak insurans supaya kereta anda boleh membuat claim untuk faktor kebakaran.

Faktor boleh terjadi kereta mengalami kebakaran

1. Berlaku litar pintas pada wiring kenderaan

Pengubahsuaian pada wiring boleh menyebabkan pergerakan dalaman elektrik menjadi tidak sempurna. Padahal wiring kalau kita lihat memang tidak memberi kesan apa-apa kepada sesebuah kereta itu sendiri.

Namun, pengubah suaian ini merujuk kepada terlampau atau heavy overhaul kepada kereta anda. Jadi, aliran elektrik yang tidak seragam membuatkan litar pintas terjadi.

2. Kereta terkena kilat

Perkara ini sangatlah jarang berlaku kerana sesebuah kereta itu jika terkena kilat sekali pun akan mengalir cas-cas daripada kilat ke permukaan bumi mengikuti tayar.

Jadi, jika berlaku kepada anda berkemungkinan nasib anda kurang baik mengikut situasi.

3. Terbakar terjadi disebabkan kereta lain

Malang tidak berbau, ada juga situasi berlaku kebakaran bila parking kereta secara rapat di kawasan parkir seperti di flat, apartment mahupun kondominium.

Secara tidak segajanya membawa kereta anda turut terlibat sekali dalam kebakaran.

Banyak lagi punca dan faktor yang menyebabkan kebakaran yang boleh dikategorikan sebagai sengaja atau tidak sengaja. Apa-apa pun ikuti jawapan kepada persoalan yang anda ingin ketahui di bawah ini.

kereta terbakar boleh claim insurans tak

Adakah kereta anda boleh membuat claim kebakaran?

Jawapannya adalah YA boleh. Akan tetapi mengikut beberapa keadaan yang perlu anda tersedia ada iaitu :

1. Cover insurans kereta anda adalah 1st party

Anda boleh menggunakan claim insurans kereta anda sendiri jika ia di cover secara 1st party. Selain boleh melakukan claim kemalangan, claim kebakaran juga boleh dibuat jika ianya berlaku.

Siapa jangka perlu ini boleh berlaku?Jadi, setiap syarikat insuran telah menyediakan claim kebakaran ini dalam cover komprehensif 1st party anda.

2. Perlindungan 3rd party fire anda theft (kebakaran dan kecurian kereta)

Untuk anda yang mempunyai perlindungan kereta 3rd party fire and theft atau orang panggil 2nd party ini, anda boleh juga membuat claim kebakaran.

Pihak syarikat insuran telah menyediakan kelebihan ini kepada kereta-kereta yang walaupun telah berusia tetap mempunyai perlindungan kebakaran dan jika berlaku kecurian.

Perlindungan insurans 3rd party biasa boleh claim kebakaran?

Claim kita bincang disini adalah 3rd party 0. Insurans 3rd party 0 ini tidak boleh membuat claim untuk kebakaran sama sekali.

Jadi, kereta jika dah dijilat api, memang anda tidak boleh berbuat apa-apa. Rugi sebegitu sahaja. Sewaktu beli insurans dulu memang lah murah, tetapi bila dah terjadi sesuatu baru menyesal.

Sebab itu, syarikat-syarikat insurans sangat kurang menawarkan 3rd party 0 ini kepada pemilik-pemilik kereta sekarang dibandingkan dulu.

Syarat untuk membuat 3rd party 0 adalah sangat ketat. Contohnya, kereta anda perlulah 20 tahun ke atas manakala NCD anda perlulah 0%.

Jika ncd selain 0% maka anda diwajibkan mengambil insurans 3rd party kebakaran dan kecurian.

Bolehkah kes kereta terbakar yang melibatkan kereta lain claim ke atas mereka ?

Bagi kes yang berpunca dari kebakaran kereta lain, bergantung kepada keputusan pihak syarikat insurans. Kebanyakkan kes yang terlibat, mereka akan menggunakan claim kereta sendiri yang lebih cepat prosesnya berbanding claim ke atas syarikat insurans pihak bersalah.

Segala siasatan perlu dibuat pihak syarikat insurans terlebih dahulu mengikut laporan polis dan laporan dari balai bomba.

Jadi kalau nak tunggu akan mengambil proses yang lama dibandingkan kita claim guna insurans sendiri lebih-lebih lagi kereta dah menjadi rentung.

Leave a Reply