Berapakah harga insuran motor 3rd party ?

Harga insuran motor 3rd party. Pertama kalinya jika anda ingin membuat insurans 3rd party motosikal, anda perlu tahu akan kelebihan dan kekurangannya. Adakah harga insuran motor 3rd party ini lebih berbaloi untuk dibeli berbanding 1st party ?

Jadi, jika terjadi apa-apa perkara ke atas motor anda, anda dah tahu perkara da situasi yang boleh claim atau pun tidak. Ikuti artikel ini sehingga selesai.

Situasi boleh claim jika motor anda buat insurans 3rd party

Kemalangan melibatkan anda dan kenderaan lain tetapi kesalahan adalah dari pihak selain anda.

Keadaan di atas adalah bergantung kepada keputusan balai polis. Jika anda mempunyai bukti yang kukuh, maka buktikan bahawa kemalangan bukan disebabkan anda.

Malah, jika anda kurang bukti, pihak polis akan membuat penilaian dari kedua belah pihak punya cerita dan bagaimana kemalangan boleh berlaku.

Keadaan jika anda buat insuran motor 3rd party yang tiada sebarang cover claim

1. Kemalangan sendiri

Jika anda menghadapi kemalangan sendiri seperti terjatuh, terlanggar pokok, anda tidak boleh membuat sebarang claim pada syarikat insurans.

2. Kemalangan dimana anda didapati bersalah atas kecuaian anda sendiri

Situasi ini hanya pihak yang betul sahaja boleh membuat claim ke atas anda walaupun motor anda buat insuran 3rd party.

Maka, untuk membaiki motor anda sendiri, anda perlu mengeluarkan wang saku dari poket anda sendiri tanpa boleh membuat claim.

3. Motor dicuri atau terlibat dalam kebakaran

Bagi kes kehilangan atau kecurian atau kebakaran pada motosikal, anda yang membuat insurans 3rd party tidak boleh berhasrat menggunakan claim insurans.

Jika motor masih dalam loan kedai atau loan aeon atau loan parkson, anda terpaksa lah meneruskan pembayaran motor tersebut sehingga habis walaupun motor sudah tiada.

harga insuran motor 3rd party

Cara nak anggarkan harga insuran motor 3rd party anda

Kenapa saya katakan anggaran?Kerana harga insurans third party motosikal anda bakal tidak sama sekali. Hal ini kerana banyak faktor penyebab harga insurans itu berbeza.

Tetapi, anda pasti boleh anggarkan jika sudah membaca artikel ini.

Mengikut pengalaman saya, harga insurans motor 3rd party anda boleh dianggarkan bermula dari RM68 sehingga RM130.

Jenis MotosikalHarga insurans 3rd party
Honda EX5RM68
Yamaha 125zRM88
Yamaha y15RM130

Merujuk jenis motor, tahun motor, dan ncd motor anda boleh dapati ianya semua berlainan. Jenis motor membezakan adalah dari seig cc enjin. Manakala, tahun motor, dari motor ex5 tahun 2008, yamaha 125z tahun 2011 dan juga yamaha y15 tahun 2018 turut berbeza.

Dan juga terdapat perbezaan ncd yang berturut bermula dari ncd 25% untuk ex5, yamaha 125z ncdnya adalah 10% manakala untuk motor yamaha y15 ncd adalah 0%.

Jadi di sini anda boleh anggarkan berapakah harga insuran motor 3rd party anda mengikut ketiga jenis motor ini.

Harga di atas merupakan contoh mudah berdasarkan pengalaman saya sendiri membuat quotation harga insurans untuk motorsikal 3rd party ini.

Manakala, ianya dibawah satu syarikat insuran yang paling murah pernah saya beri quotation. Jika anda dapati harga melebihi dari anggaran di atas, anda boleh membuat survey terlebih dahulu pada syarikat insuran lain. Tidak menjadi masalah.

Harga anggaran di atas ini adalah belum termasuk cas dan juga harga roadtax motor.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Berapakah harga insuran motor 3rd party ?”

  1. […] harga insuran motor bukanlah semudah yang anda sangka. Jangan disebabkan budget anda agak terikat, harga insuran motor 3rd party yang murah menjadi tumpuan utama anda dengan asalkan insuran motor anda […]