Senarai Harga Roadtax Kereta (Wajib Tahu)

Harga roadtax kereta. Jika anda kurang pasti berapakah harga roadtax kereta anda bagi 1 tahun mahupun 6 bulan, anda boleh rujuk senarai di bawah mengikut jenis kereta yang anda gunakan.

Harga-harga di bawah membantu anda untuk mengira semula budget yang bakal anda keluarkan. Lebih-lebih lagi anda baru sahaja membeli kereta dan ia merupakan tahun pertama anda hidupkan roadtax kereta.

Ikuti senarai harga roadtax kereta berikut mengikut kenderaan anda. Berapa harga renew roadtax kereta anda yang telah ditetapkan ?

1. Harga roadtax kereta alza

Harga roadtax kereta alza bagi tempoh setahun atau 12 bulan adalah sebanyak rm90 sahaja. Namun begitu, jika anda ingin mengurangkan sedikit harganya, anda boleh memilih tempoh masa 6 bulan cukai jalan iaitu dengan harga rm45 sahaja.

Anda dapat jimat sebanyak separuh dari harga penuh roadtax kereta alza anda.

harga roadtax kereta

2. Harga renew roadtax kereta axia

Kereta axia antara kereta yang mempunyai majoriti penggunanya di dalam Malaysia. Kereta axia yang terkenal dengan penjimatan minyaknya adalah popular dikala pengguna grab dan juga pengguna ke tempat kerja harian tidak mengira jauh mahupun dekat.

Jadi, harga roadtax kereta axia ini pun sangat membantu dalam penjimatan tahunan anda dengan hanya rm20 sahaja bagi setahun. Manakala, harga roadtax kereta 6 bulan axia hanyalah rm10 sahaja.

Kebanyakkan pemilik akan memilih terus membuat roadtax bagi setahun. Kecuali terpaksa membuat roadtax 6 bulan atas faktor-faktor tertentu.

3. Harga roadtax kereta bezza

Kereta keluarga sederhana seperti perodua bezza juga merupakan pilihan ramai rakyat di Malaysia. Tak kira bangsa, ia sangat sesuai dan selesa bagi penggunaan jarak dekat mahupun nak ke tempat yang jauh. Kelebihan mempunyai ruang bonet belakang yang besar memberi keutamaan kepada faktor pemilihannya.

Jadi, bagi anda yang ingin menghidupkan roadtax kereta ini, harga cukai jalan kereta bezza hanyalah sebanyak rm70 sahaja untuk 1 tahun. Tak kira model bezza 2019 mahupun model bezza 2020 harga roadtax kereta bezza ini tetap sama.

Begitu juga, harga bagi 6 bulan roadtax kereta bezza ini adalah sebanyak rm35 sahaja. Satu tahun atau 6 bulan ia tetap berbaloi.

4. Harga roadtax kereta exora

Sebuah lagi kereta keluarga iaitu kereta exora adalah sebuah kereta milik proton. Kereta exora tidaklah terlalu ramai yang menggunakannya tetapi ia merupakan pilihan terbaik untuk pemiliknya memikirkan keluasan sebagai keutamaan.

Selain dari boleh membawa ahli keluarga, segala barangan yang bersaiz medium pun turut boleh diangkut dari satu tempat lain. Tak perlu anda nak sewa kenderaan lain bagi kegunaan mengangkat barangan.

Berbalik kepada harga roadtax kereta exora ini adalah hanya rm90 sahaja. Murah bukan? Dapat kereta yang besar tapi roadtaxnya berpatutatan. Untuk anda yang ingin buat roadtax kereta exora 6 bulan sahaja, harga yang perlu anda keluarkan adalah rm45 sahaja.

5. Harga roadtax kereta gen 2

Bagi anda yang membeli kereta proton gen 2 ini, ia masihlah berbaloi. Hal ini kerana, bagi kereta-kereta proton ini, bab penghawa dingin atau aircond memang tip-top tak kira kereta baru mahupun lama.

Harga roadtax kereta gen 2 ini adalah sebanyak rm70 bagi 1.3cc dan rm90 bagi 1.6cc. Nak tahu cc enjin anda berapa, rujuk semula pada geran kereta yang anda beli itu.

Pada geran itu tertulis berapa cc enjin kereta anda. Di atas tadi adalah harga untuk satu tahun roadtax. Manakala, bagi harga roadtax kereta gen 2 ini, setengah tahun atau 6 bulan merupakan rm35 dan juga rm45 mengikut turutan cc enjin 1.3 dan juga 1.6.

6. Harga renew roadtax kereta honda city

Kebanyakkan kita satu buah rumah mempunyai paling kurang 2 biji kereta. Satu kereta jimat minyak, satu lagi kereta untuk pemanduan jarak jauh sesuai dengan 1.5cc atau 1500cc enjinnya.

Bagi anda yang mempunyai kereta honda city tak kira model lama ataupun paling terbaru, harga roadtax kereta honda city untuk setahun adalah sebanyak rm90. Begitu juga bagi beberapa faktor yang mewajibkan anda hidupkan roadtax hanya untuk 6 bulan.

Jadi, berapa harga roadtax kereta honda city ini? Ia adalah hanya rm45 sahaja.

7. Harga roadtax kereta inspira

Kepada anda yang minat kepada kereta proton inspira ini, sebelum nak beli, ataupun dah beli, anda boleh budgetkan harga roadtax kereta anda lebih sedikit dibandingkan kereta biasa yang lain.

Yang membezakan harga roadtax kereta inspira dengan kereta lain adalah kebesaran cc enjin. Terdapat dua jenis saiz iaitu 1.8cc dan juga 2.0cc. Enjin besar nak bawa dalam pemanduan jarak jauh pun best.

Jadi, untuk harga roadtax 1 tahun 1.8cc adalah rm279.50 dan 2.0cc adalah rm379.00 sahaja. Harga yang agak tinggi ini menyebabkan ada pemilik yang memilih buat roadtax bagi setiap 6 bulan.

Separuh dari harga roadtax di atas yang perlu anda bayar iaitu sebanyak rm140 untuk 1.8cc dan rm190 untuk 2.0cc.

8. Harga roadtax kereta iriz

Kereta iriz merupakan model hatchback keluaran tempatan. Produk jenama tempatan dari proton ini menghasilkan 2 jenis variasi kereta iriz.

Dua jenis varian kereta kompak ini adalah proton iriz 1.3 dan juga 1.6. Kebanyakkan pembelinya adalah terdiri dari orang muda dan juga keluarga kecil.

Berapakah kedua harga roadtax kereta iriz ini? Harga roadtax kereta iriz 1.3 adalah sebanyak rm70, dan manakala harga roadtax kereta iriz 1.6cc berjumlah rm90 sahaja untuk 1 tahun.

Baca juga : Harga roadtax kereta 1.3 cc

9. Harga roadtax kereta jazz

Pemilik bagi kereta jenis honda jazz tentunya nak tahu berapa harga roadtax kereta jazz ini. Dengan keupayaan enjin 1.5cc manakala jenis body hatchbacknya yang cantik dan menawan.

Harga roadtax kereta jazz ini hanyalah sebanyak rm90. ada orang cakap harga tinggi dengan kereta yang kecil. Tetapi lihat semula pada jentera besar enjinnya.

Modelnya yang terkenal dari dulu hingga sekarang boleh membuat roadtax bagi 6 bulan dengan harga hanya rm45 sahaja.

10. Harga roadtax kereta kancil dan roadtax kereta kelisa

Kedua buah kereta yang dikira masih gagah berada di jalan raya ini merupakan kereta yang sangat jimat dari segi penggunaan minyakknya. Nak maintain pun harga sangat murah dan barang sparepartnya mudah didapati buat masa ini.

Harga bagi roadtax kereta kancil dan juga harga roadtax kereta kelisa ini adalah rm20 untuk 1 tahun. Sesiapa nak buat untuk 6 bulan boleh sahaja atas sebab-sebab tertentu contohnya kes pemilik meninggal.

Jika roadtax anda perlu buat 6 bulan, perlu diingatkan supaya peka (alert) dengan tarikh tamat roadtax. Kalau sudah melebihi 2 minggu dari waktu roadtax 6 bulan tamat, akan adalah masalah untuk hidupkan roadtax 6 bulan yang seterusnya.

Walaupun harga roadtax 6 bulan kancil dan kelisa ini hanya rm10, anda diwajibkan untuk membuat extend insurans jika berlaku perkara ini.

Baca juga : Harga roadtax dan insurans kereta kancil

11. Harga roadtax kereta myvi baru

Bagi anda yang baru saja nak buat roadtax myvi baru, ia mempunyai pilihan sama ada kapasiti enjin kereta anda 1.3cc atau 1.5cc. Tak kira myvi anda model lama mahupun model baru ia adalah sama.

Harga roadtax kereta myvi untuk 1.3cc adalah rm70 manakala 1.5cc adalah rm90. Ia masih dalam harga mampu milik anda untuk menghidupkan roadtax ini.

Jika ia diluar budget anda kerana harga insurans kereta myvi anda tinggi, anda boleh saja buat roadtax untuk 6 bulan sekali, kemudian buat 6 bulan seterusnya dengan harga rm35 untuk 1.3cc dan rm45 untuk 1.5cc.

harga roadtax kereta myvi baru

12. Harga roadtax kereta viva

Bagi seseorang pemilik kepada kereta perodua viva tentunya nak tahu berapakah harga roadtax kereta viva ini.

Ada 3 jenis model kereta viva yang anda perlu ketahui. Iaitu model viva 1000cc, 850 dan juga 660cc. Tiada sebarang perbezaan dari segi ketiga harga roadtax viva.

Harga roadtax viva 1000cc, roadtax viva 850cc dan juga 600cc bagi setahun adalah sebanyak hanya rm20 sahaja.

Biasanya bila berbeza cc enjin, harga roadtax dah lain-lain kan?Tetapi tidak untuk model viva ini. Kerana ia masih di bawah 1.0cc atau 1000cc dimana harga masih rm20 untuk setahun roadtax manakala rm10 bagi 6 bulan.

13. Harga roadtax kereta vios

Sesiapa yang menggunakan kereta toyota vios pastinya telah tahu bahawa kuasa enjinnya berkapasiti 1500cc atau singkatannya 1.5cc.

Bila mana-mana kereta yang berkuasa 1.5cc ini tentu harga roadtax kereta vios adalah sama dengan kereta jenama lain.

Jadi, harga bagi 12 bulan atau 1 tahun untuk roadtax kereta vios adalah sebanyak rm90 sahaja. Manakala, bagi kes-kes tertentu, anda mempunyai pilihan membuat roadtax 6 bulan.

Harga bagi 6 bulan pula adalah sebanyak separuh dari harga tadi iaitu sebanyak rm45 sahaja. Walaupun toyota vios merupakan kereta import jenama luar, namun harga roadtaxnya masih berbaloi untuk kita renew setiap tahun.

Baca juga : Harga roadtax kereta toyota

14. Harga roadtax kereta nissan almera

Kereta sedan jenis nissan almera merupakan antara pilihan ketua keluarga yang sederhana lebih-lebih lagi bagi perjalanan yang jauh.

Kereta nissan almera ini sangat selesa juga untuk penggunaan jarak dekat. Dari segi penggunaan minyak ia sangat jimat walaupun interior dalamannya tampak mudah dan simple.

Namun, berapakah harga roadtax kereta nissan almera ini? Model keluaran untuk nissan almera hanyalah satu sahaja iaitu 1.5cc sahaja.

Jadi, harga roadtax kereta nissan almera ini hanyalah rm45. Itu adalah untuk 6 bulan dan manakala untuk 1 tahun berharga rm90 sahaja.

15. Harga roadtax kereta proton saga

Sejak dari dahulu model kereta proton saga mendapat sambutan yang baik dari segenap penduduk negara. Pelbagai variasi model telah dilahirkan dari lama hinggalah saga baru.

Harga roadtax kereta saga 1.3 dari dahulu hingga sekarang adalah sama iaitu berjumlah rm70 untuk 1 tahun. Manakala, harga roadtax kereta saga 1.5 pula sebanyak rm90 sahaja.

Dari model saga lama, saga blm, saga flx hinggalah ke kereta saga model paling baru, pihak proton banyak mengeluarkan model 1300cc.

Jadi, agak mudah untuk anda tahu berapakah harga untuk kereta saga 1.3cc ini iaitu hanyalah sebanyak rm70 sahaja.

16. Harga roadtax kereta grand livina

Nissan Grand Livina merupakan kereta Mpv yang sesuai digunakan kepada keluarga sederhana. Terdapat dua jenis model grand livina iaitu 1.6cc dan juga 1.8cc.

Harga roadtax kereta grand livina bagi 1.6cc adalah RM90 manakala bagi harga roadtax kereta grand livina 1.8cc berjumlah RM279 sahaja.

17. Harga roadtax kereta toyota Rush

Kereta toyota Rush merupakan kereta jenis SUV yang dari model lama hingga model terbarunya merupakan berenjin 1.5cc.

Harga roadtax kereta toyota rush merupakan antara kereta SUV besar tetapi dengan harga roadtax yang hanya RM90 sahaja untuk 12 bulan.

Nak ikutkan ada saja pilihan serupa dengannya. Tetapi jenama toyota ini membawa keyakinan kepada pemilik barunya.

18. Harga roadtax kereta proton preve

Harga roadtax preve 1.6cc bagi 1 tahun atau 12 bulan hanyalah RM90 sahaja. Namun, andai kata anda nak buat 6 bulan atau perlu buat roadtax kereta preve untuk 6 bulan, maka harga daripada RM90 itu perlu dibahagi kepada 2.

Jadi, jumlah harga roadtax kereta proton preve untuk 6 bulan adalah sebanyak RM45 sahaja.

19. Harga roadtax kereta Brv

Apa yang kita perlu tahu terlebih dahulu adalah kereta honda Brv ini adalah berenjin 1500cc. Ianya merupakan kereta jenis mpv antara keluaran jenama honda di negara kita.

Harga roadtax Brv ini adalah berbaloi sama seperti memilikinya iaitu hanyalah RM90 sahaja untuk 1 tahun dan Rm45 bagi tempoh 6 bulan.

20. Harga roadtax kereta wira

Harga roadtax kereta wira boleh anda ketahui bila anda sudah tahu berapakah kapasiti enjin kereta wira yang anda gunakan.

Dapatkan harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5 disini untuk anda ketahuinya lebih lengkap.

Harga roadtax kereta bergantung kepada cc

Mana-mana kereta yang telah membuat pengubah suaian pada enjin kereta anda, harga roadtax akan berubah sebaik sahaja puspakom telah dibuat.

Contohnya jika dulu kereta anda berenjin 1.5cc, kemudian telah membuat endorsement penukaran enjin, kepada 1.8cc, maka harga akan naik dari rm90 menjadi rm279.50 atau rm280 jika dipuratakan.

Baca juga : Senarai harga roadtax kereta mengikut cc

Harga roadtax kereta 1.5cc

Ada beberapa contoh kereta di atas yang mempunyai enjin 1500cc. Bila melihat pada harga roadtax kereta 1.5cc ini adalah sama iaitu RM90.

Harga roadtax kereta 1.5cc ini adalah sama bagi kereta jenis hatchback dan juga sedan. Namun, terdapat juga kereta SUV berenjin 1.5cc dikenakan harga RM120.

Harga roadtax kereta 1.8cc

Terdapat banyak model kereta yang mempunyai cc enjin 1800cc. Bila mana memiliki kereta yang dikira besar ini bermakna harga roadtax 1.8cc ini juga turut agak tinggi dibandingkan enjin cc yang rendah.

Anda tak perlu risau kerena harga roadtax 1.8cc ini tidaklah begitu mahal. Lagipun, anda dibenarkan untuk hidupkan roadtax kereta 1.8cc ini setiap 6 bulan sekali.

Jadi, dalam 1 tahun, anda perlu hidupkan roadtax untuk 2 kali. Harga roadtax kereta 1.8cc ini juga akan dibahagi kepada 2 jika anda buat 6 bulan sekali.

Harga roadtax kereta 2.0cc

Semakin tinggi keupayaan enjin, semakin tinggi kadar cukai jalan raya dikenakan oleh JPJ. Bagi keluaran model kereta yang mempunyai 2000cc ini tentunya juga berkuasa di atas jalan raya.

Namun, harga roadtax 2.0cc ini juga agak tinggi, tetapi ianya masih di bawah RM500 untuk model hatchback dan juga sedan.

Baca juga : Harga roadtax kereta 2.4 cc

Adakah ada perubahan kepada senarai harga roadtax kereta ini?

Buat masa ini, harga-harga yang diberikan adalah tetap. Segala perubahan akan kita update sebaik saja perubahan telah dibuat oleh pihak JPJ itu sendiri.

Setiap harga roadtax kereta tidak diubah dalam tempoh masa yang singkat. Jika ianya dipindah kepada harga roadtax kereta baru, pasti memberi ruang dan masa kepada pemilik-pemilik kereta.

Baca juga : Harga roadtax kereta 2.5 cc

Adakah harga roadtax kereta di pejabat pos sama dengan tempat lain ?

Harga roadtax kereta di pejabat pos adalah mengikut kepada perubahan yang dilakukan pihak JPJ itu sendiri.

Jadi, anda tidak perlu risau tentang perbezaan harga roadtax kereta di pejabat pos dengan tempat buat roadtax lain.

Namun anda boleh rujuk maklumat lebih lengkap tentang harga roadtax kereta di pejabat pos disini.

Namun, buat masa kita renew roadtax di pejabat pos tidak boleh dibuat sehingga ianya diberitahu.

Baca juga : Cara semak harga roadtax kereta


Posted

in

by

Tags:

Comments

18 responses to “Senarai Harga Roadtax Kereta (Wajib Tahu)”

  1. […] adakah harga roadtax kereta ini turut juga ekonomi bagi setiap tahun […]

  2. […] adakah pilihan kereta bezza ini tepat bertepatan dengan harga roadtax kereta perodua bezza ini? Adakah harga roadtax bezza ini mahal? Atau ia sangat berpatutan […]

  3. […] kita teruskan pembacaan bagi mengetahui harga roadtax kereta myvi […]

  4. […] penting ada keinginan untuk tahu secara awal supaya anda boleh membuat budget terperinci berkaitan harga roadtax kereta […]

  5. […] apakah harga roadtax kereta tahunannya juga berbaloi seiring dengan […]

  6. […] roadtax kereta vios. Adakah terdapat beza harga roadtax kereta untuk beberapa buah model keluaran toyota vios yang telah dipasang dan diimport masuk ke dalam […]

  7. […] bagaimanakah dengan harga roadtax kereta untuk nissan almera […]

  8. […] harga roadtax kereta sama seperti di tempat lain ? Atau ianya berbeza kerana ia merupakan roadtax yang diprint dari […]

  9. […] roadtax kereta saga 1.3 . Perkongsian ini adalah khas tentang harga roadtax kereta yang ditujukan kepada pemilik kereta proton saga 1.3 yang dari dulu menjadi kebanggaan […]

  10. […] roadtax kereta toyota. berapakah bagi harga roadtax kereta yang perlu anda bayar atau keluarkan sekiranya anda menggunakan kereta toyota ini […]

  11. […] roadtax kereta 2.4 cc . Berapakah sepatutnya harga roadtax kereta yang perlu anda belanjakan setiap tahun bagi kereta 2400cc atau 2.4cc ini […]

  12. […] roadtax kereta 2.5 cc. Berikut merupakan harga roadtax kereta terutamanya kepada roadtax kereta 2.5 cc yang anda gunakan atau bakal anda miliki akan […]

  13. […] roadtax dan insurans kereta wira 1.5 . Berapakah kadar harga roadtax kereta yang sepatutnya anda wajib bayar bagi tempoh tertentu terutamanya jika anda menggunakan kereta […]

  14. […] roadtax kereta 1.3 cc .Apakah harga roadtax kereta untuk enjin yang mempunyai cc berjumlah 1300cc atau dikenali sebagai 1.3cc yang sedang atau bakal […]

  15. […] roadtax dan insurans kereta kancil. Berapakah bagi sesebuah harga roadtax kereta serta harga insuran kereta untuk kereta kancil yang bakal atau baru anda miliki sekarang […]

  16. […] harga renew roadtax kereta. Kebiasaannya anda pasti akan membuat sedikit rujukan tentang harga roadtax kereta anda sebelum nak renew roadtax […]

  17. […] anda boleh ke sini harga roadtax kereta dan kemudian anda boleh mencari harga roadtax kereta mengikut model […]

  18. […] kereta mengikut cc. Apakah panduan paling ringkas dan mudah untuk anda buat rujukan bagi mengetahui harga roadtax kereta anda […]