Cara betul tukar bateri kereta

Cara betul tukar bateri kereta. Di sini aku nak kongsikan pengalaman aku menukar bateri kereta. Bateri kereta yang sekarang dah menimbulkan tanda-tanda seperti dah lemah.

Tetapi kereta aku masih lagi boleh bergerak dari rumah nak ke pejabat. Dan juga sebaliknya. Memang sejak dari aku beli kereta dulu ia masih mengunakan bateri kilang.

Bateri kilang maksudnya bateri kereta aku memang tak pernah ditukar sejak dari beli. Jadi, dengan jangka masa yang baru saja masuk tahun ke 2 ini, aku memang dah ada niat dan budget untuk menukarnya yang baru.

Belajar cara tukar bateri kereta auto

Pengalaman sebelum ini aku tahu baik mana pun bateri kereta itu, masuk saja dua tahun, kita dah memang siap-siap kena bersedia untuk membeli bateri baru.

Ia adalah mindset aku, terpulang pada seseorang itu kalau nak guna bateri yang sama selagi boleh, guna saja. Tapi tidak bagi aku.

Lebih baik kita tukar dari awal. Nanti kita pun tak tahu kereta terus buat hal tak boleh nak start, dah susahkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi kereta aku tu kereta auto.

Kena pula masa waktu kurang budget atau tengah bulan atau semasa tengah terkejar-kejar dengan masa.

Semasa tukar bateri kereta auto, aku lihat orang kedai itu hanya bertindak dengan :

  1. Enjin kereta masih dihidupkan.
  2. Kedudukan gear auto pada Parking.
  3. Orang kedai minta untuk padamkan aircond dan radio buat sementara waktu.
  4. Bateri kereta lama dicabut.
  5. Bateri century baru dipasang.
  6. Setelah bateri siap dipasang, bacaan pada meter bateri ditunjukkan bermakna ianya bateri baru.
  7. Selesai.

Pengalaman sebenar cara betul tukar bateri kereta di kedai dan tips anda boleh ikuti

Pada satu hari aku pulang kerja awal. Aku terus ke kedai bateri kereta yang terletak di kawasan berdekatan pekan berhampiran rumah.

cara menukar bateri kereta
Cara menukar bateri kereta

Aku menggunakan jenis bateri kereta yang sebelum ini aku gunakan iaitu bateri century. Tips di sini.

Gunakan jenama bateri kereta yang pernah anda dengar dan terkemuka jenamanya.

tips cara betul tukar bateri kereta

Kalau anda datang kat sesebuah kedai bateri, perhatikan jenama-jenama yang sering kali anda terdengar tak kisah di radio atau di mana-mana saja.

Tips kedua adalah ketahuilah limit bagi setiap warrantly sesebuah bateri adalah 1 tahun atau 12 bulan. Anda boleh kemukakan soalan ini kepada penjual bateri kereta tersebut.

Aku memilih jenis bateri kereta jenama Century. Ia tidak asing lagi bagi pengguna kenderaan kereta. manakala warrantly yang disedikan adalah setahun.

Ada juga jenama bateri kereta yang memberi warrantly melebihi 1 tahun. Tetapi ingat, warrantly bukan penyebab kita untuk dapat tukar bateri yang baru jika bateri telah habis di bawah waktunya.

Ada juga kemungkinan kekerapan penggunaan kereta anda juga menjadi faktor bateri anda cepat kong atau habis.

Tentang bateri kereta dan tips mudah cara betul tukar bateri kereta

Tentang saiz bateri kereta, kata mudahnya biar orang kedai yang pasang saja yang tahu. Kerana kalau saiz bateri kereta anda jenis 60, ia tidak boleh menipu anda dengan menggunakan saiz 40 kerana ia memang tidak bersesuaian dengan kepala wayar bateri kereta anda.

Anda cuma perlu memilih jenis bateri kering atau pun basah sahaja. Secara am, bagi anda yang kurang tahu mengenai bateri, pilih bateri jenis kering. Ia memudahkan anda dibandingkan jika pilih basah perlukan anda maintain air bateri secara berkala.

Jangan risau harga dua bateri itu sama, yang membezakan adalah anda rajin atau tidak nak maintain air bateri itu.

Seterusnya, ketahuilah bateri kereta anda yang asal boleh mendapat refund semula dengan harga-harga tertentu. Tidaklah banyak, dalam rm10 sehingga rm20.

Pengalaman beli bateri kereta baru

Contoh, pengalaman aku beli bateri kereta rm190. Tolak harga bateri lama jadilah rm170 sahaja. Jadi, kat sini kira dapat la diskaun atau refund rm20 itu.

Ia tak dapat dalam nilai tunai, tetapi ia berbaloi sebab akan ditolak dari harga asal bateri baru kita tu.

cara tukar bateri
Cara tukar bateri kereta yang betul

Harga rm170 itu adalah termasuk upah mereka tukarkan bateri kita. Selepas selesai tukar bateri yang baru, anda boleh check sendiri kadar eletrik (voltmeter) semasa ia menguji menggunakan tools.

KeadaanBateri lamaBateri baru
Start kereta di waktu pagi
(kadar bacaan Voltmeter)
12V dan ke bawah12V dan maintain
Semasa enjin hidup (V)12V dan ke bawah14V +-
Cara tukar bateri kereta melalui bacaan meter setelah tukar bateri baru

Ada kedai akan uji, ada juga tidak perkara sedemikian. Kalau anda nak minta check pun boleh. Ia adalah bagi memastikan bateri baru anda itu adalah betul-betul berfungsi dengan baik.

Bagi kes yang telah mengikuti cara betul tukar bateri kereta yang baru, tetapi masih mempunyai masalah menghidupkan enjin kereta, ada kemungkinan besar ia bukan disebabkan bateri.

Ia adalah faktor dari alternator. Anda boleh rujuk kedai formen yang boleh dipercayai bagi membaikinya.


Posted

in

by

Tags: