Kenapa NCD 0 % dan sebab ia terjadi

Kenapa ncd 0. Mengapa ncd anda tiba-tiba boleh bertukar menjadi 0%? Apakah sebab-sebab yang menjadikan No Claim Discount anda telah direset?

Sebenarnya NCD boleh bertukar menjadi 0 adalah disebabkan beberapa perkara yang anda wajib tahu. Mungkin ia diluar jangkaan anda, tetapi anda boleh pelajarinya disini.

Punca kenapa NCD jadi 0

1. Claim kemalangan telah dibuat oleh anda

NCD akan menjadi 0 kerana anda telah membuat claim terhadap syarikat insurans berkenaan dengan kemalangan sama ada kemalangan sendiri mahupun kemalangan melibatkan kenderaan lain.

Mana-mana syarikat insurans menggunakan konsep ncd ini sebagai diskaun yang diberikan kepada pelanggan mereka. Jika dah gunakan claim, maka automatik tahun akan datang ncd menjadi 0.

2. Claim kemalangan dibuat oleh pihak ketiga

Disini bukan sebarangan pihak syarikat insuran anda membenarkan pihak ketiga untuk membuat claim ke atas anda.

Syarat bagi kes kemalangan pihak ketiga adalah:

  • Laporan polis telah dibuat kedua belah pihak.
  • Keputusan laporan polis telah dibuat iaitu anda sebagai pihak ketiga didapati bersalah.
  • Insurans anda adalah jenis 1st party atau 3rd party atau 3rd party fire and theft.

Proses ini boleh dibuat tanpa anda sedar. Anda akan dapat tahu sebaik saja bila nak hidupkan insurans pada tahun berikutnya.

Atau anda boleh tahu sebaik sahaja selepas sebulan dari kejadian dengan membuat semakkan pada saman pdrm.

kenapa ncd 0

3. NCD dipegang oleh syarikat insurans sebelum ini

Apa maksudnya?Ia juga dipanggil sebagai ncd taken. Ncd anda telah dipegang (hold) oleh pihak syarikat insurans tahun sebelumnya.

Mengapakah ia boleh terjadi? Ini adalah kebiasaan jika anda tidak pernah alami tentu anda dah risau padahal kereta pun tak pernah berlaku kemalangan bahkan juga melibatkan dengan kenderaan lain.

Bila anda ketahui perkara ini adalah semasa anda ingin mendapatkan quotation harga insurans. Niat anda saja nak survey pada syarikat insuran lain malah menjadi masalah lain disebabkan ncd taken ini.

Cara nak selesaikan masalah ncd taken? Hanya dengan cara anda membuat panggilan pada syarikat insurans anda, ia boleh diselesaikan.

Agak leceh jika anda mengalami masalah seperti ini. Inilah satu-satunya jalan.

Cara untuk ambil semula ncd kereta hilang jadi 0

  • Buat panggilan kepada syarikat insurans anda (HQ atau branch).
  • Buat pengesahan pemilik.
  • Beritahu untuk release NCD yang diambil
  • Proses mengikut syarikat insuran itu juga. Ada cepat ada lewat sedikit.
  • Seterusnya anda boleh buat quotatation setelah ncd telah kembali kepada asal.

Adakah menjadi kesalahn jika minta semula ncd kereta yang hilang?

Jika ia tidak melibatkan sebarang claim kemalangan, anda layak untuk minta release semula ncd. Sebenarnya ncd itu tidak hilang, ia hanya dipegang oleh syarikat insurans sebelum ini.

Menjadi hak anda untuk kemukan perkara ini kepada syarikat insurans. Ada yang tak berapa kisah, ia hidupkan insurans dengan NCD 0 tanpa tahu bahawa ncd anda boleh didapatkan kembali.

Leave a Reply