Cara Buat Lesen Memandu Yang Hilang

Cara buat lesen memandu yang hilang. Lesen memandu merupakan antara perkara yang kita perlukan semasa kita keluar dari rumah memandu kereta ataupun membawa motor.

Selepas kad pengenalan, lesen memandu inilah menjadi nyawa bagi anda. Kalau tiba-tiba hadap roadblok, seram sejuk dibuatnya teringat bawa lesen ataupun tak.

Saman jika tiada lesen memandu

Nak atau tidak, jika anda seseorang pemandu tegar lebih-lebih lagi memandu hari-hari ke tempat bekerja sangat perlukan lesen memandu.

Saman boleh dikenakan terhadap anda. Sebab itu, lesen memandu ini diibaratkan sebagai nyawa semasa anda menggunakan kereta atau motor di jalan raya.

lesen memandu hilang

Cara buat lesen memandu yang hilang

Di bawah ini merupakan step-step yang perlu anda lalui bagi membuat lesen memandu yang baru :

  1. Lesen yang hilang wajib dibuat hanya di JPJ sahaja.
  2. Hadirkan diri ke JPJ berdekatan anda.
  3. Bawa kad pengenalan, salinan kad pengenalan.
  4. Pemilik wajib hadir ke JPJ.
  5. Agent atau wakil kawan atau saudara tidak boleh buatkan untuk anda.
  6. Isi borang berkenaan buat lesen baru disebabkan hilang.
  7. Anda tidak perlu membuat laporan polis jika lesen memandu hilang.
  8. Lesen baru dah siap.
  9. Bayar kompaun / denda lewat renew lesen memandu.

Lesen memandu hilang boleh buat di pejabat pos ?

Lesen memandu yang hilang tidak boleh sama sekali buat di pejabat pos. Walaupun sebelum ini anda membuat lesen di pejabat pos, bagi kes lesen hilang perlu diselesaikan hanya di JPJ.

Pihak JPJ akan merekod bagi kes kehilangan ini.

Bagaimana jika terus buat lesen baru jika sudah sampai tarikh expired ?

Malangnya. Semasa proses renew lesen yang baru anda perlu kemukakan lesen lama anda. Jika anda gagal kemukakan lesen lama, ia akan dikira sebagai hilang.

Maka, kompaun atau denda akan dikenakan sekali kepada anda.

Adakah renew lesen memandu 5 tahun adalah pilihan bijak bagi kes lesen hilang ini ?

Lesen memandu jika dibuat sampai 5 tahun ada kebaikan dan keburukannya. Jika dari segi kebaikan tak perlu kita selalu nak buat renew lesen setiap setahun atau 2 tahun.

Tapi bila dah berlaku kes lesen memandu hilang, kadang-kadang kita pun sampai tak perasan tarikh dah tamat manakala sampai tak tahu letak dimana lesen tersebut.

Sehinggakan bila bertemu roadblok, baru kita sedar lesen memandu dah tiada.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cara Buat Lesen Memandu Yang Hilang”

  1. […] cara buat lesen memandu hilang bagi memudahkan untuk anda merujuk secara lebih […]