Sum insured kereta yang perlu diketahui

Sum insured kereta. Apakah itu sum insured kereta yang wajib anda ketahui sebagai pemilik sesebuah kereta dan juga pemandu ?

Dan di sini anda mungkin keliru tentang maksud disebalik kedua jenis beza antara agreed value dan juga market value.

Mari kita lihat dan kupas dengan cara yang mudah anda fahami.

Apa itu market value kereta ?

Market value kereta adalah dikenali sebagai nilai harga semasa kereta. Ini bermaksud berapakah harga kereta tersebut pada tahun itu jika ia berada di pasaran.

Harga pasaran kereta akan jatuh dari tahun ke tahun. Yang membezakan nilai itu jatuh banyak atau sikit antaranya adalah jenama kereta.

Ada juga orang sebut sebagai sum insured kereta, ini adalah sama maksud dengan market value tetapi berbeza terma sebutannya saja.

Apa itu agreed value kereta ?

Agreed value kereta adalah harga yang ditetapkan dan dinilai oleh syarikat insurans tentang harga keseluruhan kereta tersebut mengikut tahun.

Kebanyakkannya orang ramai tidak diberikan harga agreed value kereta ini kerana harganya yang agak tinggi.

Namun, ramai yang lebih bertindak memilih harga market value yang rendah dan sekadar hanya membaiki kereta jika berlaku kemalangan.

Apa beza agreed value vs market value bagi insurans kereta ini ?

Ikuti jadual di bawah perbezaan antara dua jenis sum insured kereta iaitu market value dan agreed value :

Market Value KeretaAgreed Value Kereta
Harga market mengikut pasaran
semasa
Harga mengikut pasaran tetapi mempunyai
tambahan (10% +/-) dari market value
Jika total loss, hanya cover nilai
kereta sahaja
Jika total loss, akan cover nilai
kereta serta baki loan di bank
Perlu bayar baki loan saja di
bank
Anda dikira terlepas dari sebarang
hutang loan bank
Harga insurans berbaloi tak begitu
mahal
Perlu keluar lebih untuk bayar harga insurans
yang sedikit mahal
Beza market value and agreed value

sum insured kereta
Sum insured kereta

Bolehkah buat cover insurans dengan market yang tinggi melebihi agreed value yang disarankan ?

Contohnya seperti di bawah :

Market valueAgreed valueOver market value /
Over insured
RM20,000RM25,000RM30,000
Sum Insured kereta

Jadual dia atas kita boleh lihat beza antara 3 jenis market. Ada juga orang yang berkemampuan, berhajat untuk membuat cover atau perlindungan yang lebih seperti yang tertulis pada Over market value.

Anda sebagai pengguna tidak disarankan untuk membuat over insured ini. Ianya boleh dibuat, namun akhirnya akan merugikan anda.

Mengapa? Jika berlaku total loss terhadap kereta anda, pihak syarikat insurans hanya akan melayan claim mengikut agreed value pada tahun itu sahaja.

Maka, rugilah anda membayar insurans mahal. Padahal, nilai yang anda dapat adalah di tahap market value atau di agreed value sahaja.

Jadi, anda sudah 80% faham tentang beza agreed value dan market value yang membawa maksud berlainan antara satu sama lainnya.

Mengapa ada insurans sediakan agreed value, manakala ada juga tidak dalam sum insured kereta ?

Terdapat beberapa faktor yang syarikat insurans tidak menyediakan agreed value market kepada kereta anda. Antaranya adalah :

1. Jenis kereta /motor

Pihak insurans hanya menyediakan market value kepada anda sekiranya anda membuat insurans bagi kereta atau motor yang berisiko.

Risiko disini adalah kenderaan-kenderaan yang berkelajuan tinggi. Bagi pihak insurans, kenderaan tersebut adalah high-risk dan berpotensi untuk kemalangan adalah tinggi.

Antara contoh-contoh kereta yang high-risk adalah Nissan Gtr R35, Lamborghini Aventador, Ferrari.

Tak banyak syarikat insuran yang sanggup melindungi kereta-kereta ini lebih-lebih lagi untuk agreed value.

Dibandingkan kereta kebanyakkan di jalan raya seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Honda City, Toyota Vios yang kurang risikonya boleh dibenarkan pihak insurans untuk mengambil agreed value.

2. Statistik claim yang dibuat oleh pengguna insurans

Setiap syarikat insurans mempunyai statistik mengenai kadar berapakah kekerapan sesebuah model kereta atau motor itu membuat claim dalam masa setahun.

Lain syarikat insurans, lain statistiknya. Ada yang mula untuk tidak memberikan agreed value market kepada contohnya Perodua Myvi kerana mempunyai senarai terbanyak membuat claim kemalangan total loss dibandingkan dengan jumlah penggunanya yang mendatar.

Bermaksud, hampir 80% pengguna-pengguna myvi membuat agreed value market dan berakhir dengan membuat claim kemalangan total loss.

Contoh di atas adalah jelas merugikan pihak syarikat insurans itu sendiri.

Lama kelamaan, syarikat tersebut tidak menawarkan agreed value dan hanya menawarkan market value sahaja kepada pengguna insurans.

Apakah itu under insured kereta atau undervalue market ?

Apakah itu sebenarnya cover under insured atau undervalue market? Adakah ia dalam kategori insurans market yang tidak dipersetujui oleh syarikat insurans? Bagaimana dengan kelebihan dan kekurangan jika anda buat cover insurans undervalue market ini?

Disebalik cover under insured / undervalue market insurans

Ternyata jika anda membuat pencarian dan kajian mengenai undervalue market bagi menghidupkan insurans kereta adalah merupakan suatu keperluan bagi anda dalam mendapatkan harga yang muhasabah dalam masa yang sama ia berbaloi mengikut budget yang rendah.

Ianya juga dikenali sebagai insurans bawah market. Dan sebenarnya cover under insured ini adalah termasuk dan dikira dalam sum insured kereta.

Jika anda hanya mempunyai beberapa budget dalam kewangan bulanan dan tiba masanya untuk menghidupkan insurans roadtax, ia tentu satu kewajipan bagi anda membuat beberapa pertanyaan salah satunya adalah mengenai undervalue market mengenai insurans.

Adakah insurans under insured / undervalue market satu kesalahan?

Bercakap mengenai kesalahan, ia juga akan melibatkan peraturan yang wajib diikuti oleh sesebuah institusi. Jika anda buat insurans undervalue market menjadi satu kesalahan disisi undang-undang. Maka tiada satu pun syarikat insurans akan menawarkan jenis insurans ini.

Secara terus, jenis insurans undervalue market ini sudah menjadi pilihan orang ramai bagi sesiapa yang tahu sahaja.

Tawaran ini diberikan agar anda melindungi kereta anda daripada kemalangan walaupun ia hanya minimum cover.

Kenapa insurans under insured / undervalue market menjadi pilihan?

Dibandingkan harga yang lebih murah dari anda boleh memilih antara insurans 3rd party atau 3rd party fire and theft, sum insured kereta untuk undervalue market lebih untung lebih-lebih lagi dalam perlindungan kemalangan.

Begitu juga, pilihan ini mengikut kepada market kereta yang masih tinggi terutamanya kereta-kereta baru keluar di pasaran.

Market value yang optimum memberi pilihan kepada pemilik kereta menggunakan kesempatan ini dan boleh menjimatkan duit yang keluar dari poket hampir separuh dari harga insurans mengikut market tahunan.

Perkara yang patut diberi perhatian mengenai undervalue market / under insured

Harga yang agak murah untuk 1st party insurans ini perlu anda berjaga-jaga. Hal ini kerana ia mempunyai had maximum.

Rujuk gambar rajah di bawah :

under insured

Jika anda sudah memilih untuk buat insurans undervalue market dengan nilai RM10,000, had maximum untuk claim kemalangan kereta anda adalah RM10,000 sahaja.

Manakala, jika sesebuah kemalangan kereta anda mencapai rm15,000, maka baki rm5,000 perlu ditambah oleh anda sendiri.

Bak kata pepatah,

Ukur baju di badan sendiri. Boleh kita buat undervalue market insurans kereta, tetapi haruslah berpada-pada dan beringat.

Kes yang lebih serius boleh terjadi jika melibatkan kemalangan total loss. Claim total loss perlu diselesaikan dengan nilai kereta yang masih dalam loan anda perlu membayar baki tersebut hinggalah habis waktunya walaupun kereta itu sudah tiada lagi.

Jika anda berkemampuan, pilih lah insurans agreed value market supaya jika berlaku kemalangan total loss, claim keseluruhan kereta dapat dibuat.

Kesan kemalangan kereta tiada cover insuran terhadap under market

Undervalue market mungkin menjadi antara pilihan bagi anda selain membuat insuran 3rd party. Namun, sebaik-baik kereta yang berada di atas jalan raya adalah mempunyai perlindungan.

Perlindungan atau cover ini akan menguntungkan pihak anda atau pun melindungi mangsa yang tidak bersalah.

Kita dikira bertanggungjawab walaupun buat insurans hanya 3rd party kerana ia akan melindungi orang lain yang dalam masa yang sama terlibat dalam kecelakaan.

Minta dijauhkan jika anda memandu di jalan raya dan terlibat dalam kemalangan kereta yang tiada insuran.

Kes ini sangat dititik berat oleh pihak berkuasa kerana jika berlaku perkara tidak sepatutnya, sekurang-kurangnya umpana tidak mati katak.

Kos baiki kereta kemalangan under insured market

1. Kemalangan kecil

Kemalangan kecil yang di bawah rm3,000 masih boleh lagi mengeluarkan kos sendiri jika berkemampuan.

Daripada anda kehilangan Ncd pada tahun hadapan, lebih baik guna wang simpanan. Perkara ini tergantung juga pada seseorang. Jika tak berbaloi keluarkan cash, baik buat claim pada insurans.

2. Kemalangan di atas Rm3k

Kemalangan begini agak besar juga kos untuk dibaiki. Namun, anda perlu bijak semasa membeli insurans undervalue. Tak semestinya anda mengambil market undervalue yang paling rendah iaitu Rm10,000.

Anda boleh juga ambil cover undervalue contohnya Rm20,000 jika harga dengan minimum beza hanya RM100 ke RM300.

Dengan harga cover RM20,000 itu agak mencukupi untuk melindungi kereta anda jika jenis kereta anda senang untuk mendapatkan barangan sparepart.

Untuk kereta yang kebanyakkan pula boleh anda dapatkan harga yang jauh lebih murah.

Dibandingkan jika anda membeli model kereta conti yang rare sehingga perlu tempah parts barang dari luar negara.

Itu agak tidak sesuai untuk cover undervalue RM20,000.

Ambilah mungkin paling minima RM50,000 cover undervalue jika market kereta anda sedang mencecah RM100,000 dan keatas.

Kesan kemalangan tanpa cukai jalan terhadap under insured

Tanpa cukai jalan jika anda mengalami kemalangan di jalan raya masih boleh dipertimbangkan lagi jika anda mempunyai cover insuran.

Apa yang penting adalah insurans. Tak kira insurans anda undervalue, walaupun 3rd party 0 sekalipun, ia masih tidak merugikan pihak lain yang terlibat.

Jika anda membuat insurans undervalue, tapi dalam perjalanan nak buat cukai jalan di Jpj, anda mengalami kemalangan, anda masih lagi boleh merasa lega.

Kerana insurans telah dihidupkan walaupun ianya hanya undervalue market cover.

Kesan kemalangan tanpa lesen memandu terhadap under insured

Bagi kes ini, jika anda membeli insurans under insured bersama dengan all driver adalah bagi tujuan mengelakkan cas tambahan yang perlu dibayar oleh pemandu selain yang ketika berlaku kemalangan.

Bagaimana pula jika pemandu tersebut tiada sebarang lesen memandu?

Claim insurans boleh diteruskan mengikut nilai maximum market yang anda bayar dan juga mengikut nilai untuk pembaikpulihan kereta tersebut.

Manakala, saman bakal dikenakan kepada pemandu yang tidak mempunyai lesen tersebut. Jadi anda sebagai pemilik kereta tidak perlu risau kerana saman tersebut adalah di atas penama kad pengenalan yang terlibat dalam kemalangan.

Bolehkah tahun ini buat under insured market, tahun depan tukar kepada market value yang asal ?

Jawapannya adalah boleh. Anda digalakkan menggunakan company insurans yang sama supaya anda mendapat kepercayaan dari mereka.

Syarikat-syarikat insurans di Malaysia sudah bijak dalam memilih siapa pelanggan mereka. Hal ini supaya mereka boleh memberikan servis yang bagus dalam masa yang sama mengurangkan peratusan kerugian.

Jika anda kerap kali setiap tahun menukar-nukar syarikat insurans, ada potensi anda akan dapat harga insurans yang agak tinggi untuk sama sum insured kereta.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply