Beza agreed value vs market value

Beza agreed value vs market value. Di sini anda mungkin kelru tentang maksud disebalik kedua jenis beza antara agreed value dan juga market value.

Mari kita lihat dan kupas dengan cara yang mudah anda fahami.

Apa itu market value kereta ?

Market value kereta adalah dikenali sebagai nilai harga semasa kereta. Ini bermaksud berapakah harga kereta tersebut pada tahun itu jika ia berada di pasaran.

Harga pasaran kereta akan jatuh dari tahun ke tahun. Yang membezakan nilai itu jatuh banyak atau sikit antaranya adalah jenama kereta.

Ada juga orang sebut sebagai sum insured kereta, ini adalah sama maksud dengan market value tetapi berbeza terma sebutannya saja.

Apa itu agreed value kereta ?

Agreed value kereta adalah harga yang ditetapkan dan dinilai oleh syarikat insurans tentang harga keseluruhan kereta tersebut mengikut tahun.

Kebanyakkannya orang ramai tidak diberikan harga agreed value kereta ini kerana harganya yang agak tinggi.

Namun, ramai yang lebih bertindak memilih harga market value yang rendah dan sekadar hanya membaiki kereta jika berlaku kemalangan.

Apa beza agreed value vs market value bagi insurans kereta ini ?

Ikuti jadual di bawah perbezaan antara dua jenis market value dan agreed value :

Market Value KeretaAgreed Value Kereta
Harga market mengikut pasaran
semasa
Harga mengikut pasaran tetapi mempunyai
tambahan (10% +/-) dari market value
Jika total loss, hanya cover nilai
kereta sahaja
Jika total loss, akan cover nilai
kereta serta baki loan di bank
Perlu bayar baki loan saja di
bank
Anda dikira terlepas dari sebarang
hutang loan bank
Harga insurans berbaloi tak begitu
mahal
Perlu keluar lebih untuk bayar harga insurans
yang sedikit mahal

beza agreed value vs market value

Bolehkah buat cover insurans dengan market yang tinggi melebihi agreed value yang disarankan ?

Contohnya seperti di bawah :

Market valueAgreed valueOver market value /
Over insured
RM20,000RM25,000RM30,000

Jadual dia atas kita boleh lihat beza antara 3 jenis market. Ada juga orang yang berkemampuan, berhajat untuk membuat cover atau perlindungan yang lebih seperti yang tertulis pada Over market value.

Anda sebagai pengguna tidak disarankan untuk membuat over insured ini. Ianya boleh dibuat, namun akhirnya akan merugikan anda.

Mengapa? Jika berlaku total loss terhadap kereta anda, pihak syarikat insurans hanya akan melayan claim mengikut agreed value pada tahun itu sahaja.

Maka, rugilah anda membayar insurans mahal. Padahal, nilai yang anda dapat adalah di tahap market value atau di agreed value sahaja.

Jadi, anda sudah 80% faham tentang beza agreed value vs market value yang membawa maksud berlainan antara satu sama lainnya.

Mengapa ada insurans sediakan agreed value, manakala ada juga tidak ?

Terdapat beberapa faktor yang syarikat insurans tidak menyediakan agreed value market kepada kereta anda. Antaranya adalah :

1. Jenis kereta /motor

Pihak insurans hanya menyediakan market value kepada anda sekiranya anda membuat insurans bagi kereta atau motor yang berisiko.

Risiko disini adalah kenderaan-kenderaan yang berkelajuan tinggi. Bagi pihak insurans, kenderaan tersebut adalah high-risk dan berpotensi untuk kemalangan adalah tinggi.

Antara contoh-contoh kereta yang high-risk adalah Nissan Gtr R35, Lamborghini Aventador, Ferrari.

Tak banyak syarikat insuran yang sanggup melindungi kereta-kereta ini lebih-lebih lagi untuk agreed value.

Dibandingkan kereta kebanyakkan di jalan raya seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Honda City, Toyota Vios yang kurang risikonya boleh dibenarkan pihak insurans untuk mengambil agreed value.

2. Statistik claim yang dibuat oleh pengguna insurans

Setiap syarikat insurans mempunyai statistik mengenai kadar berapakah kekerapan sesebuah model kereta atau motor itu membuat claim dalam masa setahun.

Lain syarikat insurans, lain statistiknya. Ada yang mula untuk tidak memberikan agreed value market kepada contohnya Perodua Myvi kerana mempunyai senarai terbanyak membuat claim kemalangan total loss dibandingkan dengan jumlah penggunanya yang mendatar.

Bermaksud, hampir 80% pengguna-pengguna myvi membuat agreed value market dan berakhir dengan membuat claim kemalangan total loss.

Contoh di atas adalah jelas merugikan pihak syarikat insurans itu sendiri.

Lama kelamaan, syarikat tersebut tidak menawarkan agreed value dan hanya menawarkan market value sahja kepada pengguna insurans.

Leave a Reply