Cara tukar nama motor jarak jauh. Terdapat beberapa cara untuk menukar nama pemilik motor dalam geran. Antaranya ialah dengan cara jarak jauh pun boleh kita uruskan pendaftaran tukar nama.
Situasi tukar nama motor dari jarak jauh
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku beli motor secondhand kepada seseorang ini. Duit telah pun aku buat secara transfer, manakala motor sudah diserahkan kepada aku.
Namun, nama belum pun ditukar dalam geran dan urusan Jpj aku teruskan tak lama selepas itu. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara diluar jangkaan berlaku sebab motor masih nama owner lama.
Owner motor lama telah berhijrah ke Kelantan lalu aku membeli motor tersebut. Jadi, urusan untuk buat thumbprint akan diselesaikan dari jauh.

Owner lama hadir ke Jpj
Pemilik yang asal datang ke Jpj di kota bharu bagi membuat urusan membuat thumbprint tukar nama. Dia sebagai pemilik asal wajib membuat thumbprint dulu sebelum aku membuat thumbprint sebagai owner baru.
Proses ini perlu diselesaikan dalam masa 7 hari valid dari tarikh owner asal buat cap jari sebagai tanda pemula untuk mengalih nama atau transfer owner.
Sebelum terlupa, pastikan owner lama tak hidupkan roadtax dan dah batalkan insuran yang lama jika masih hidup.
Pemilik baru hadir ke Jpj buat thumbprint
Langkah seterusnya, aku sebagai pemilik yang baru perlu datang ke Jpj di bukit katil untuk mendaftar thumbprint.
Bagi urusan tukar nama ini ia berasingan dari kaunter buat roadtax. Aku perlu ke tingkat 2 untuk urusan thumbprint ini.
Sampai saja di kaunter, aku perlu memberikan kad pengenalan dan juga butiran nombor plat motor yang ingin aku daftarkan yang telah ditulis dalam borang tukar milik.
Proses ini sangat mudah dan cepat. Sebaik sahaja urusan daftar cap jari selesai, aku tunggu sebentar untuk proses print geran baru.
Jadi, urusan aku dan pemilik lama sudah selesai dan motor tersebut sepenuhnya menjadi milikku.
Terma dan syarat JPJ tukar milik motor jarak jauh
Pembaikkan dan teknologi sistem yang diperbaharui oleh pihak Jpj ini sangat memudahkan urusan jual-beli pemilik lama kepada pemilik baru motor.
Pada dulunya, pemilik asal dan pemilik baru perlu hadirkan diri di Jpj yang sama. Jadi urusan jual beli jarak jauh adalah sangat susah dibuat.
Namun, dengan upgrade sistem yang membantu ramai orang ini memudahkan urusan tukar nama dan sangat menjimatkan kos dan masa.
Kesimpulannya, aku berharap orang lain dapat manfaat dan jawapan dari perkongsian cara tukar nama motor jarak jauh yang diberikan ini.
Comments
24 responses to “Cara tukar nama motor jarak jauh”
Boleh sya bertanya kalau geran tu perlu ke penjual pos kepada pemilik baru
Pemilik baru akan terus dapat geran baru sebaik sahaja membuat thumbprint di JPJ. Jadi, geran lama pada penjual sudah tidak lagi valid dan telah dipulangkan kepada pihak JPJ semasa penjual membuat thumbprint dari awal lagi.
Perlu ke puspakom seperti kereta sebelum thumb?
Untuk tukar nama kereta, wajib puspakom barulah boleh thumbprint
Motor ni xperlu puspakom seperti kereta ke?
Untuk tukar nama motor, tidak perlu buat puspakom
Kalau geran photostat hantar dengan puspakom boleh tak,pemilik
Wajib bawa geran original untuk urusan puspakom ya
Motor ni perlu ke puspakom seperti kereta sebelum tukar nama/thumbprint?
Puspakom hanya untuk tukar nama kereta sahaja, motor tidak perlu..motor terus buat thumbprint tukar nama ya.
Kalau geran ori ada dengan pembeli mcm mana penjual nak bawa geran ori pigi puspakom,maksudnya boleh ke penjual bawa photostat geran pigi puspakom
Wajib bawa geran original untuk urusan puspakom ya
Kalau tukar nama motor,semasa pergi ke jpj document apa yg perlu di bawa?
Dokumen perlu bawa untuk tukar nama motor :
1. Pemilik lama berserta kad pengenalan original
2. Pemilik baru berserta kad pengenalan original
3. Geran motor original
kalau tukar nama jarak jauh. kena ada jgak ka ic origin pemilik baru. atau cuma salinan ic pemilik baru ja?
Wajib kad pengenalan original pemilik baru.
Apa jadi kalau kita terlepas 7 hari untuk thumb print as owner baru
Owner lama perlu thumbprint sekali lagi.
Klu jarak jauh..geran ori owner lama atau owner baru yg perlu bawa ke jpj?
Owner lama ya
Kalau geran ori ade dekat pembeli macam mne..
Owner lama boleh thumbprint tanpa geran tak
Datang Jpj bawa kad pengenalan original dan cakap anda sebagai penjual kepada kereta/motor tu nak buat thumbprint. Lepastu nanti akan dapat surat menyatakan sudah buat thumbprint. Nanti suruh owner baru bawa geran ke Jpj bila dia nak buat thumbprint sebagai owner baru.
Klau tukar nama, owner lama kena isi borang sekali ke untuk pemilik baru atau isi untuk owner saja?
Pemilik lama perlu isi borang juga. Kemudian baru boleh buat thumbprint tukar nama.