Maksimum Ncd Motosikal

Maksimum ncd motosikal. Berapakah sepatutnya ncd motosikal dalam peratusan yang perlu diketahui oleh anda supaya mendapat discount atau potongan harga insurans sepenuhnya ?

Apakah kegunaan ncd motosikal sebenarnya? Apakah kepentingan disebalik ncd motosikal dan ncd kereta kepada setiap pemilik kereta?

Semak ncd motosikal

Perkataan ncd iaitu No claim discount bermaksud potongan harga insurans terhadap tiada sebarang claim yang dibuat pada tahun sebelumnya.

Proses semak ncd motorsikal boleh anda ketahui sebaik sahaja anda ingin mengetahui harga insurans motor.

Tempat buat insurans seperti pihak syarikat insuran atau agent insurans atau pejabat pos atau insurans online akan bantu anda untuk check ncd motosikal disamping memberikan harga insurans motor pada anda.

Pindah ncd motosikal ke motosikal lain

Jika anda membeli motor baru, anda boleh memindahkan ncd motosikal ke motosikal baru. Hal ini demikian, dengan syarat pemilik motor lama dan baru diwajibkan adalah orang yang sama.

Kemudian, barulah proses pindah ncd motosikal ini boleh dilakukan. Sebaik sahaja ncd motosikal dipindahkan, ncd motosikal pada motor lama akan menjadi kepada 0%.

Boleh ke pindahkan ncd kereta kepada motor?

Alih ncd kereta ke motor? Bolehkah No Claim Discount kereta di bawa bersama untuk di alihkan kepada ncd motor?

Adakah ncd motosikal anda mempunyai peratusan yang sama nilainya dengan ncd kereta? Seperti yang kita tahu, ncd ini sangat penting bagi kita sebagai pemilik kereta mahupun motor semasa nak hidupkan insurans.

Jadual ncd kereta vs maksimum ncd motosikal

Jadual ini merupakan perbezaan dari segi peratusan yang diberikan oleh syarikat insurans.

maksimum ncd motosikal
Maksimum ncd motosikal

Nilai peratusan 0% adalah untuk permulaan bagi pemilik kenderaan ncd kereta mahupun ncd motor yang baru saja mendaftar nama.

Peratus akan meningkat secara sedikit demi sedikit iaitu 25% untuk kereta, 10% untuk motosikal. Seterusnya akan meningkat jika tiada sebarang claim insurans dibuat.

Semak ncd insurans kereta anda sebelum teruskan dengan menyetujui harga quotation.

Kita boleh lihat peratus insurans kereta adalah lebih tinggi. Hal ini kereta harga insurans kereta adalah tinggi dibandingkan motor.

Nilai maximum ncd motosikal akan dicapai oleh pemilik motor seawal tahun ke 3. Manakala, pemilik kereta agak lewat sedikit dengan mencapai tahap peratus maximum pada tahun ke 6 dari tahun pembelian kereta dibeli.

Kelebihan ncd kepada pemilik kenderaan

Ncd memainkan peranan dalam memberi penjimatan sebelum anda membeli insurans kenderaan. Tinggi peratus ncd kereta anda, maka berkurangkan wang yang akan keluar dari poket anda.

Namun, diingatkan supaya kelebihan ncd ini hanya diberikan kepada kenderaan berbeza tetapi sama pemiliknya.

Kenderaan berbeza bermaksud dari kereta lain ke kereta lain. Manakala, ncd motor untuk motor yang lain.

Jadi nak alihkan ncd kereta ke motor tidak boleh?

Jenis peratus ncd kereta tidak sama dengan peratus ncd motosikal. Maka, jika situasi ini berlaku walaupun mempunyai sama pemilik dalam kad pengenalan, ianya tidak boleh dilakukan atau tidak boleh ditransfer sama sekali.

Setiap syarat ini dilakukan sudah diatur. Jika anda boleh membuat transfer ncd kereta kepada ncd motor, urusan pengiraan insurans akan jadi sangat murah kepada insurans motor.

Hal ini demikian, tidak logik alih ncd kereta ke motor ini dilakukan kerana akan merumitkan lagi keadaan lagi-lagi semasa anda ingin membuat insurans pada masa akan datang.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Maksimum Ncd Motosikal”

  1. […] Baca juga : Maksimum ncd motosikal […]