Cara ambil ncd kereta lama

Cara ambil ncd kereta lama. Ncd atau dikenali sebagai No Claim Discount adalah diskaun yang diberikan pihak insurans kepada pemilik kereta.

Nilai Ncd ini akan meningkat jika tahun seterusnya kita tidak gunakan untuk claim. Cara yang digunakan dengan sistem ini adalah menggunakan peratus (%).

Kadar peratus adalah berbeza bagi kenderaan motor dan kiraan ncd kereta.

Sistem penggunaan Ncd kereta

Sistem ini digunakan bagi memberi reward kepada pengguna insurans. Anda akan mendapat harga insurans yang lebih murah dibandingkan semasa membeli kereta baru pada waktu dahulu.

Selain itu, sistem ini membawa kepada sikap disiplin pemilik kereta dalam cermat menggunakan jalan raya.

Disamping itu, ia boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dikala sikap berhati-hati setiap pemilik kereta.

Kereta baru guna ncd kereta lama

Jika anda membeli sebuah kereta baru, semestinya Ncd akan bermula dengan 0%. Maka harga insurans pada permulaan tersebut akan melambung tinggi disamping harga market kereta baru yang optimum.

Namun, anda boleh menjimatkan duit dengan dengan cara alihkan ncd kereta baru beli itu.

Ikuti cara tukar ncd kereta lengkap dan mudah di bawah :

1. Ncd kereta lama

Pastikan ncd kereta lama anda mempunyai baki minimum sebanyak 25% hingga maximum sebanyak 55%. Kereta lama ini bukan bermakna ia sudah lama, ia bermakna kereta sebelum ini yang anda gunakan yang mempunyai ncdnya tersendiri.

Semak ncd kenderaan anda dengan merujuk agent insurans atau secara online.

Selain itu, pastikan roadtax dan insurans kereta ini tidak dihidupkan terlebih dahulu. Hal ini supaya Ncd kereta akan ditransferkan kepada kereta baru.

2. Ncd kereta baru

Pastikan anda memaklumkan kepada pembuat insurans kereta anda untuk membuat “pick-up” Ncd kereta. Berikan nombor plat kereta lama anda untuk sistem mengesan baki Ncd anda pada kereta lama.

Selain itu, anda akan dapati pada covernote insurans kereta baru anda supaya mempunyai Ncd peratus yang sama pada kereta lama sebelum ini.

cara ambil ncd kereta lama
cara ambil ncd kereta lama

3. Kad pengenalan yang sama

Penting. Tujuan mengalihkan Ncd kereta ini akan berjaya sekiranya nombor kad pengenalan pada kereta lama dan kereta baru sama.

Ncd kereta tidak boleh dialihkan sesuka hati kepada pemilik kereta lain. Walaupun dengan kebenaran pemilik lain, ianya adalah tidak sah di dalam sistem insurans.

Apa jadi pada Ncd kereta lama?

Ncd kereta lama akan kembali kepada peratusan 0% sebaik saja urusan alih Ncd berjaya dilakukan. Harga insurans kereta lama akan naik tinggi sedikit mengikut harga market ia pada tahun itu.

Kelebihan kepada anda jika kedua kereta lama dan baru mempunyai 55% pada masa akan datang mudah untuk di alihkan kepada kereta lain.

Kesimpulannya, cara ambil ncd kereta lama adalah tidak susah. Urusan ini perlu dilakukan mengikut step berikut dan perlu alert dengan beberapa perkara penting seperti di atas.

Ncd boleh simpan berapa lama

No claim diskaun kereta atau motor mempunyai jangka masa yang tertentu untuk ia kekal pada kadar maximum.

Jika kereta maximum ncd adalah 55% manakala motor 25%. Oleh itu, jika tidak digunakan ncd tersebut sebaiknya, ia akan menurun mengikut susunan ncd selepas masuk 2 tahun.

Contohnya, ncd kereta A akan menjadi 45% setelah 2 tahun tidak menghidupkan LKM atau roadtax. Ia adalah mengikut kadar waktu cukai jalan.

Jadi, potensi ncd yang tidak digunakan ke atas penama yang sama kepada kereta lain adalah berkurang tahun demi tahun.

Oleh itu, ada dua perkara penting.

  • Tidak menghidupkan roadtax melebihi 2 tahun (menangguhkan membuat roadtax)
  • Tidak menggunakan ncd ke atas kereta lain (ncd sudah beralih ke kereta baru)

Baca juga : Maksimum ncd motosikal

Refund ncd kereta

Terdapat beberapa kes pemilik telah membeli kereta baru. Malangnya ia tidak membuat refund ncd kereta lama.

Sewaktu membeli kereta baru, ia tidak menyatakan untuk mengalihkan ncd daripada kereta yang hendak dijual (trade-in).

Kemungkinan ia tidak tahu mengenai refund ncd yang boleh dipindah antara kereta lain kepada kereta lain jika ia masih dibawah satu nombor kad pengenalan.

Agak rugi bagi pemilik kereta tersebut kerana melepaskan ncd yang telah dikumpul sepanjang tempoh menggunakan kereta lama.

Kenapa NCD 0

Kenapa ncd 0. Mengapa ncd anda tiba-tiba boleh bertukar menjadi 0%? Apakah sebab-sebab yang menjadikan No Claim Discount anda telah direset?

Sebenarnya NCD boleh bertukar menjadi 0 adalah disebabkan beberapa perkara yang anda wajib tahu. Mungkin ia diluar jangkaan anda, tetapi anda boleh pelajarinya disini.

Punca kenapa NCD jadi 0

1. Claim kemalangan telah dibuat oleh anda

NCD akan menjadi 0 kerana anda telah membuat claim terhadap syarikat insurans berkenaan dengan kemalangan sama ada kemalangan sendiri mahupun kemalangan melibatkan kenderaan lain.

Mana-mana syarikat insurans menggunakan konsep ncd ini sebagai diskaun yang diberikan kepada pelanggan mereka. Jika dah gunakan claim, maka automatik tahun akan datang ncd menjadi 0.

2. Claim kemalangan dibuat oleh pihak ketiga

Disini bukan sebarangan pihak syarikat insuran anda membenarkan pihak ketiga untuk membuat claim ke atas anda.

Syarat bagi kes kemalangan pihak ketiga adalah:

  • Laporan polis telah dibuat kedua belah pihak.
  • Keputusan laporan polis telah dibuat iaitu anda sebagai pihak ketiga didapati bersalah.
  • Insurans anda adalah jenis 1st party atau 3rd party atau 3rd party fire and theft.

Proses ini boleh dibuat tanpa anda sedar. Anda akan dapat tahu sebaik saja bila nak hidupkan insurans pada tahun berikutnya.

Atau anda boleh tahu sebaik sahaja selepas sebulan dari kejadian dengan membuat semakkan pada saman pdrm.

kenapa ncd 0
kenapa ncd 0

3. NCD dipegang oleh syarikat insurans sebelum ini

Apa maksudnya?Ia juga dipanggil sebagai ncd taken. Ncd anda telah dipegang (hold) oleh pihak syarikat insurans tahun sebelumnya.

Mengapakah ia boleh terjadi? Ini adalah kebiasaan jika anda tidak pernah alami tentu anda dah risau padahal kereta pun tak pernah berlaku kemalangan bahkan juga melibatkan dengan kenderaan lain.

Bila anda ketahui perkara ini adalah semasa anda ingin mendapatkan quotation harga insurans. Niat anda saja nak survey pada syarikat insuran lain malah menjadi masalah lain disebabkan ncd taken ini.

Cara nak selesaikan masalah ncd taken? Hanya dengan cara anda membuat panggilan pada syarikat insurans anda, ia boleh diselesaikan.

Agak leceh jika anda mengalami masalah seperti ini. Inilah satu-satunya jalan.

Cara untuk ambil semula ncd kereta hilang jadi 0

  • Buat panggilan kepada syarikat insurans anda (HQ atau branch).
  • Buat pengesahan pemilik.
  • Beritahu untuk release NCD yang diambil
  • Proses mengikut syarikat insuran itu juga. Ada cepat ada lewat sedikit.
  • Seterusnya anda boleh buat quotatation setelah ncd telah kembali kepada asal.

Adakah menjadi kesalahn jika minta semula ncd kereta yang hilang?

Jika ia tidak melibatkan sebarang claim kemalangan, anda layak untuk minta release semula ncd. Sebenarnya ncd itu tidak hilang, ia hanya dipegang oleh syarikat insurans sebelum ini.

Menjadi hak anda untuk kemukan perkara ini kepada syarikat insurans. Ada yang tak berapa kisah, ia hidupkan insurans dengan NCD 0 tanpa tahu bahawa ncd anda boleh didapatkan kembali.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cara ambil ncd kereta lama”

  1. […] ncd kereta ke motor. Bolehkah No Claim Discount kereta di bawa bersama untuk di alihkan kepada ncd […]