Bateri kereta kong tak sampai setahun ?

Bateri kereta kong tak sampai setahun. Hal ini kita akan lihat pada beberapa situasi bukan saja dari aspek kereta baru atau lama, bahkan ada faktor lain yang menjadikannya sebegitu.

Anda baru saja membeli kereta di sebuah kedai kereta yang berjenama tidak usah dikatakan lagi. Nampak saja dari kejauhan semua orang sudah kenal.

Adakah sebab bateri sudah kong tetapi kereta masih baru tak sampai setahun ?

Bateri kereta pada kereta baru ada juga yang menggunakan jenis bukan dari saiznya. Jika anda lihat pada kereta tersebut kebanyakkan menggunakan jenis saiz 60L namun bateri kilang hanya menggunakan bateri jenis saiz 40L.

Antara faktor kereta baru bateri cepat kong inilah sebabnya. Kuasa yang diperlukan adalah tidak mencukupi untuk sesuatu jangka masa,.

Tempoh masa yang kebiasaan kita gunakan kereta iaitu 1 tahun setengah hingga 2 tahun penggunaan setaip sebiji bateri kereta.

Bateri kereta rosak tak sampai setahun kereta keluar kilang ?

Baru sahaja menggunakan kereta baru tersebut, dalam lebih kurang tidak sampai satu tahun penggunaan, bateri kereta sudah rosak.

Rosak bermakna sudah mula ada tanda susah untuk menghidupkan enjin kereta. Ianya juga akan berlaku kepda kereta baru.

Namun, jarang sekali berlaku bateri kereta kong tak sampai setahun ini.

Tanda susah untuk start enjin kereta

Mari kita bincangkan beberapa faktor yang berkaitan dengan bateri kereta. Tanda susah untuk start enjin kereta ini ada kemungkinan kereta sudah lama tidak dihidupkan enjin.

Kadang-kadang kereta baru sayang untuk kita gunakan. Pergi kerja sanggup guna kereta lama atau guna ja motor.

Dengan alasan motor lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi.

Faktor yang lain adalah jika anda menggunakan bateri jenis basah (wet), anda tidak membuat maintain pada takat air bateri.

bateri kereta kong tak sampai setahun

Ini antara kemungkinan kecil kepada pengguna kereta baru yang mungkin tidak tahu jenis bateri apa yang digunakan. Yelah, kereta baru mesti semuanya akan baik-baik saja.

Betul. Namun, jika nasib kurang baik ada juga pemilik menghadapi masalah sedemikian.

Seterusnya adalah tidak membuat service berkala mengikut jadual yang ditetapkan.

Anda akan diberikan 2 pilihan bagi membuat service kereta iaitu, setiap 5,000km atau 6 bulan dari tarikh akhir service. Mana-mana yang sampai dulu perlu diambil kira sudah sampai waktu untuk service.

Apa kesan service kereta pada ketahanan bateri?

Servis tukar bateri kereta adalah terkait terhadap kadar penggunaan harian pada minyak enjin. Jika anda tidak mengikut jadual penukaran minyak enjin dengan betul, bukan saja bateri kereta, performance kereta juga akan menjadi menurun.

Kadar penggunaan elektrik dalam aliran kereta anda akan digunakan sepenuhnya. Ternyata akan memberi kesan kepada kecepatan bateri untuk habis adalah tinggi.

Panduan menjaga ketahanan bateri kereta supaya tak cepat kong

1. Hidupkan enjin kereta minima 2 hari sekali

Jika anda jarang menggunakan kereta, hidupkan enjin kereta secara berkala bagi memastikan ia dicas semula bateri ke dalam body kereta.

2. Menjaga jadual servis kereta dengan baik

Servis kereta anda dengan mengikut jadual dengan betul. Ia tidak mengira kereta baru atau lama, jika anda servis dengan baik, ia akan terjaga dalamannya.

3. Jika bukan faktor di atas

Bagi pemilik kereta baru, anda boleh membuat claim pada pusat servis kereta anda yang berdekatan jika menepati syarat ini :

Milage per km adalah 100,000km dan di bawah

atau

Kereta belum mencapat 2 tahun (24 bulan) dari tarikh keluar kereta.

Namun, 2 syarat ini adalah tertakluk kepada kedai kereta atau jenama kereta yang anda tawarkan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, kereta baru beli bateri sudah lemah dan habis adalah mengikut kepada beberapa yang tertentu. Ia tidak akan berlaku jika cara pengunaan anda mengikut jadual yang baik.

One comment

Leave a Reply