Cara motor lama buat insurans 1st party?

Cara motor lama buat insurans 1st party. Mengapakah perkara ini terjadi? Adakah terdapat resist antara motor baru dan motor lama? Adakah pihak syarikat insurans sendiri memilih untuk tidak membuat cover 1st party terhadap motor lama ini?

Apakah disebabkan terdapat beza motor lama dan baru?

Kedua motosikal baru dan lama mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun, ada juga motor baru yang berisiko dan syarikat insurans tidak mahu memberikannya insurans 1st party.

Jangan terkejut. Hal ini bukan sahaja motor. Ada beberapa faktor yang dinilai oleh pihak syarikat insurans untuk melepasi kriteria insurans cover 1st party.

Hebat mana pun motor anda, kalau tidak dilindungi insuran motosikal first party, nak konvoi pun rasa tak selamat. Bahkan, nak bawa ke kedai pun takut sebab tak dicover bagi kehilangan atau kecurian.

Adakah syarikat insurans memilih untuk tidak membuat cover 1st party terhadap motor lama?

Untuk pengetahuan semua, segala perubahan mengikut polisi baru yang di buat oleh setiap syarikat insurans adalah berbeza-beza. Disini kita boleh melihat tawaran yang diberikan oleh pelbagai syarikat insurans yang ada di Malaysia.

Perubahan ini akan bertukar-tukar setiap tahun. Tak semestinya syarikat insurans yang sama akan mencover 1st party motor anda untuk tahun hadapan.

Perkara ini tertakluk kepada perubahan polisi syarikat insurans yang saban bulan mengkaji statistik keuntungan dan kerugian syarikat mereka.

Cara motor lama buat insurans 1st party

Cara senang motor lama buat 1st party insurans adalah

Siapa yang tak nak perbaharui insuran motosikal 1st party kan? Lebih-lebih lagi bagi peminat motor seperti yamaha rxz. Motor-motor jenis ini jarang dibuka untuk cover insurans 1st party. Cara senang untuk anda menghidupkan insurans ini adalah dengan rajin membuat survey.

Nak survey banyak insurans sekali gus kat mana senang?

Jawapannya adlaah rujuk kepada agent insurans. Agent insurans yang berpengalaman akan mempunyai lebih dari 1 insurans. Kemungkinan besar untuk anda dapatkan harga 1st party insurans ini adalah tinggi.

Jika dibandingkan di pejabat pos, anda mungkin segan untuk membuat perbandingan harga disitu. Lebih-lebih lagi ramai yang menunggu giliran.

Post ini bukan untuk melebihkan agent insurans, ia merupakan kelebihan dan kemudahan bagi anda jika berlaku perkara yang tidak diingini. Mudah bagi anda untuk merujuk dan bertanya mereka semula.

Kesimpulan

Kesimpulannya, cara ini tidak mudah dan juga tidak susah. Harga mungkin akan lebih tinggi sedikit tetapi ia berbaloi bagi peminat motor yang tidak makan zaman.

One comment

Leave a Reply