Insurans kereta cover kematian

Insurans kereta cover kematian. Dalam kata mudah kalau jadi apa-apa pada pemilik kereta, maka siapa yang akan terus membayar loan kereta yang masih lagi tertunggak?

Apakah ada jaminan apabila berlaku kematian pada keluarga mangsa?

Bagaimana jika isteri hanya suri rumah dan tidak bekerja perlu menanggung segala kos pembayaran loan kereta ini?

Istilah lain kepada insurans ini

Untuk pengetahuan anda, insurans kereta cover kematian ini juga dikenali sebagai autolife insurans. Istilah lain juga ini dikenali lebih kepada kewajipan semasa membeli rumah.

Kali ini adalah lebih kepada isu apakah jaminan kepada waris keluarga pemilik kereta.

Cover kematian

Maksud disini adalah diutamakan kepada kematian pemilik kereta bukan sahaja terlibat dalam kemalangan. Malah, jika berlaku segala apa yang terlibat mengenai kematian adalah dibolehkan.

insurans kereta cover kematian

Kelebihan insurans kereta cover kematian

Seratus peratus produk yang di sediakan ini disambut baik oleh pemilik kereta. Namun, hanya segelintir sahaja yang tahu mengenai produk ini.

Percaya atau tidak, hanya lebih kurang 1-2% sahaja yang mengambil insurans ini.

Yang selebihnya adalah tidak tahu, manakala mereka yang baru saja tahu, tidak menambah produk insurans ini di sebabkan tidak tahu jika ia boleh diambil walaupun selepas 4 tahun pembelian kereta dibuat.

Apakah syarikat loan selain bank menyediakan insurans kereta cover kematian ini?

Produk insurans ini hanya disediakan kepada pemilik kereta yang membuat loan bersama bank sahaja. Selain dari pihak bank, setakat ini tiada lagi yang menyediakan produk ini.

Ia adalah tertakluk kepada perubahan yang disediakan kepada pemilik kereta dari semasa ke semasa.

Bagaimana nak buat jika loan kereta sudah lama?

Caranya sangat mudah, luangkan waktu anda dengan menghadirkan diri ke bank terdekat. Bank itu hendaklah bank yang sama anda buat loan kereta itu.

Ia tidak kisah mana-mana branch bank. Namun ia perlulah sama. Tak kan beli loan kereta dengan Maybank, dan nak pergi ke Hong Leong bank pula kan? Mesti lah anda perlu datang ke branch Maybank terdekat dengan kawasan anda.

Ikuti cara detailnya di sini https://roadtaxkeretaanda.blog/2020/10/10/autolife-insurance-maybank/

Leave a Reply