Dokumen untuk renew roadtax kereta

Dokumen untuk renew roadtax kereta. Bila tiba masa roadtax kereta dah tamat, apa dokumen untuk renew roadtax kereta yang kita perlu sediakan?

Kepentingan dokumen untuk renew roadtax kereta

Perkara ini merupakan asas yang perlu di titik beratkan. Ia sangatlah penting supaya anda tidak membuat kesalahan atau membuat kesilapan kecil yang akan membuat anda kerugian masa.

Dokumen diperlukan untuk renew roadtax ini tidak begitu banyak. Malah, merupakan antara barang yang kita bawa setiap hari sewaktu keluar rumah.

Sesiapa yang dah berpengalaman membuat roadtax, pasti dah tahu dokumen yang diperlukan ini adalah wajib diberikan kepada pihak berkuasa sebelum proses renew roadtax kereta dilakukan.

Senarai dokumen renew roadtax kereta

Berikut merupakan senarai dokumen perlu bawa untuk renew roadtax sebelum anda hadirkan diri ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya (Jpj) dan pejabat pos berdekatan rumah anda.

Ada orang suka terus berurusan ke Jpj, manakala ada orang juga suka renew roadtax kereta di pejabat pos kerana berdekatan dengan rumah.

1. Bawa kad pengenalan

Setiap orang yang ingin membuat roadtax di kaunter Jpj mahupun pejabat pos, perlu membawa Ic atau kad pengenalan.

Tak kisah anda hadir sebagai pemilik kereta atau pun wakil kepada pemilik kereta, wajib bagi anda yang datang untuk memberikan kad pengenalan.

Hal ini adalah sebagai tanda rekod pihak Jpj atau pejabat pos untuk menyimpan maklumat siapa yang membuat roadtax tersebut.

dokumen untuk renew roadtax kereta
Gambar contoh

2. Insurans kereta sudah hidup

Dokumen untuk hidupkan roadtax seterusnya adalah pastikan insurans kereta yang ingin anda renew roadtax telah dihidupkan terlebih dahulu.

Pihak kaunter akan dapat kenalpasti jika insurans anda belum di hidupkan dengan membuat semakan secara online.

3. Pastikan nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik

Kedua maklumat nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik kereta anda beri dengan tepat.

Jika ia tidak sama seperti apa yang ada dalam polisi insurans dan dalam geran, maka roadtax tidak boleh di proses pada waktu itu.

4. Bawa polisi insurans

Polisi insurans atau covernote insurans yang telah anda hidupkan itu lebih baik dibawa sekali.

Ianya tidak wajib, tetapi jika berlaku sebarang masalah, anda boleh tunjukkan bukti bahawa insurans anda telah dibuat.

Dokumen apa perlu bawa untuk hidupkan insurans kereta

Insurans kereta amat perlu dihidupkan sebelum anda meneruskan hasrat untuk renew roadtax kereta. Pelbagai syarikat insurans di Malaysia menawarkan harga yang mengikut kelebihan yang akan diberikan pada setiapnya.

Disini anda perlu tahu kelebihan dan kekurangan bergantung kepada harga insurans yang akan anda beli itu.

Tak semestinya murah, tetapi ia berbaloi.

Alah membeli menang memakai

Bak kata pepatah

Pepatah di atas sesuai digunakan berdasarkan jika harga insurans anda itu lebih mahal dari biasa. Contohnya, jika anda memilih takaful, harganya adalah lebih sedikit namun ia lebih berbaloi dalam pengurusan sistem dalamannya.

Jadi, apa dokumen yang diperlukan untuk anda menghidupkan insurans?

Jawapannya adalah geran original/ salinan atau covernote insurans pada tahun sebelum ini.

Apa senarai maklumat yang penting terdapat dalam geran atau polisi insurans kita itu?

  1. Nombor plat kereta
  2. Nama penuh anda sebagai pemilik
  3. Nombor kad pengenalan adalah sama berdasarkan nama pemilik
  4. Alamat surat menyurat
  5. Nombor Enjin kereta anda
  6. Nombor Chasis/rangka badan kereta anda
  7. Jenis kereta adalah sama seperti dalam sistem JPJ
  8. Cc enjin kereta anda (contoh 1495cc untuk kereta alza)
  9. Tahun kereta anda dibuat

Senarai di atas ini amatlah penting. Sekiranya ia tidak sama seperti yang didaftarkan dalam sistem JPJ, akan datang semasa nak renew roadtax boleh jadi masalah.

Walaupun silap 1 nombor kad pengenalan, sistem terus jadi Fault/Error tak dapat kesan maklumat anda sebagai pemilik.

Kesimpulannya, dokumen untuk renew roadtax kereta ini perlu anda siapkan sebaiknya. Ada orang tidak membawa dokumen semasa di kaunter, kesannya, dia perlu datang sekali lagi bagi menyelesaikan renew roadtax ini.


Posted

in

by

Comments

One response to “Dokumen untuk renew roadtax kereta”

  1. […] Dokumen renew roadtax kereta di pejabat pos. […]

Leave a Reply