Kenapa Harga Insurans Kereta Berbeza

Kenapa harga insurans kereta berbeza. Bab mengenai harga insurans, anda tidak boleh teka berapakah kadar yang ditetapkan.

Setiap kadar insurans kereta adalah berbeza-beza. Tapi ia ada juga sama mengikut faktor-faktor tertentu.

Mengapa harga insurans kereta berbeza?

Ada orang bijak dalam merancang masa akan datang. Ia suka berjimat dalam pelbagai perkara.

Manakala, ada orang tidak begitu kisah mengenai berapa jumlah harga roadtax yang bakal dikeluarkan tiap tahun. Yang penting memiliki kereta idaman sudah memuaskan hati mereka.

Bagi yang mempunyai budget lebih tidak mengapa.

Di bawah ini merupakan sedikit faktor yang mempengaruhi kadar roadtax kereta yang anda bayar setiap tahun itu.

Perkara apa perkara yang membuatkan kadar insurans kereta kita berbeza?

1. Kuasa kuda enjin kereta

Lebih mudah dalam sebutan senangnya adalah CC enjin kereta. Di Malaysia ini, pihak berkuasa telah menetapkan senarai beberapa harga insurans mengikut CC enjin.

Siapa yang memiliki kereta yang bawah 1.8cc atau 1800cc ke bawah hanya perlu membayar dengan kadar rm90. Namun ia merupakan jumlah maximum bagi roadtax.

Ada juga harga di bawah rm90. Berikut merupakan contoh mudah kereta yang berbeza kadar harga roadtax bagi setahun :

Perodua Kancil 850cc : RM20

Proton Saga 1300cc : RM70

Proton Saga1600cc : RM90

Begitu juga bagi harga insurans kereta. Antara kereta myvi 1.3cc dengan myvi 1.5cc adalah berbeza harga insuransnya.

kenapa harga insurans kereta berbeza

2. Jenis pacuan beri kesan kepada harga insurans kereta berbeza

Jenis pacuan dalam erti sama wheel drive dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 2 wheel drive dan all wheel drive bagi kenderaan suv dan mpv.

Bagi kadar roadtax kereta yang mempunyai 2 wheel drive tidak sama dengan all wheel drive walaupun ianya sama CC enjin.

Adalah berbeza antara kereta yang mempunyai 2 wheek drive dengan 4 wheel drive. Jadi, harga insurans turut juga terkesan.

Nak repair kereta yang 2 wheel drive adalah lebih jimat daripada kereta 4 wheel drive. Maka, harga insurans adalah lebih rendah antara dua jenis pacuan ini.

3. Penama pemilik kereta

Harga bagi roadtax kereta di atas 1.8cc bagi pemilik individu dan pemilik syarikat adalah berbeza.

Pihak berkuasa menetapkan harga tersebut bagi sebab tertentu. Dalam bab insurans pula, kereta jenis di bawah nama syarikat dikenakan bayaran lain atas sebab bukan individu.

Jadi, pelbagai orang yang akan gunakan kereta tersebut akan memberi kesan kepada cara penggunaan sesebuah kereta itu.

Cara jimat bayar insurans dan roadtax

Bagi sesiapa yang menginginkan kuasa kuda yang lebih sudah tentunya tidak kisah membeli kereta walaupun 4000cc sekalipun.

Namun, bagi rakyat marhaen yang tidak mahu ketinggalan merasai kuasa kuda yang lebih dalam masa yang sama tidak mahu terbeban dengan harga roadtax yang tinggi setiap tahun, boleh mencuba contoh di bawah ini:

Pilih jenis kereta yang lengkap berserta turbo

Market kereta sekarang berlumba-lumba menyediakan tambahan kuasa kuda dengan menambahkan turbo pada cc enjin yang kecil.

Harga insurans pada mulannya akan tinggi sedikit. Lama kelamaan harga insurans pasti akan jadi jauh lebih murah mengikut harga market tahunan anda.

Contohnya honda civic 1.5turbo

Kesimpulannya, persoalan kenapa harga insurans kereta dan roadtax anda berbeza dari dulu hingga sekarang akan berubah-ubah mengikut kajian dan arahan pihak berkuasa dan juga syarikat insurans dalam mengenakan cas dan juga cukai kepada pengguna jalanraya.

One comment

Leave a Reply