Cara beli insurans windscreen kereta

Cara beli insurans cermin kereta. Ramai di antara kita semasa menghidupkan insurans kereta dengan hanya mendapatkan dan mengutamakan harga yang murah.

Tetapi kemudian baru nak beli insurans cermin kereta. Itu dikira bagus sebab masih lagi beringat. Kalau tiba-tiba cermin kereta retak, pening juga kepala nak fikir keluarkan duit lebih banyak.

Rajin buat survey

Bab membuat survey untuk mendapatkan harga yang rendah sudah semestinya menjadi amalan majoriti kita sebelum menghidupkan insurans roadtax.

Macam-macam syarikat insurans kita rujuk dan buat perbandingan. Mana yang harga tinggi terus kita tolak bulat-bulat tanpa unsur periksa kelebihan yang diberikan.

Buat insurans tanpa beli insurans cermin

Harga insurans kereta setiap tahun iaitu dikira sebagai harga premium. Ia tidak termasuk harga tambah insurans cermin kereta mahupun menambah personal accident dalam kata lain PA insurans.

Untuk pengetahuan, harga yang diberikan oleh agent insurans atau pun harga yang pihak pejabat pos berikan adalah tidak termasuk cover cermin.

Mengapa harga terasing bagi insurans cermin kereta ini?

Sememangnya ia merupakan penambahan yang boleh atau tidak mengikut selera pemilik kereta sebelum menghidupkan insurans itu sendiri.

Siapa yang tak ambil, maka claim insurans cermin kereta tak boleh dibuat.

Ada orang tak kisah mengenai perkara ini. Namun, ia merupakan kesedaran dari diri pemilik kereta itu.

Tiada paksaan dalam keputusan pemilik kerana ia bergantung juga kepada budget tertentu seseorang.

tambah insurans cermin kereta

Bagaimana nak beli insurans cermin kereta?

Ada juga yang bertanyakan bolehkah membuat penambahan insurans cermin kereta bila dah cukup budget?

Jawapannya boleh. Dan ia sangat digalakkan.

Cara-cara beli insurans cermin :

  1. Bawa kereta ke branch insurans.
  2. Di setiap negeri mempunyai branch insurans tersendiri (jangan salah tempat, ia tidak sama dengan agent insurans)
  3. Boleh google saja branch insurans di setiap negeri anda.
  4. Pihak insurans branch akan melihat sendiri kondisi atau keadaan keseluruhan cermin kereta yang hendak di tambah insurans cermin kereta (wajib bawa kereta tersebut)
  5. Penambahan akan dibuat selepas branch insurans berpuas hati dengan keadaan kereta (cermin lengkap tidak retak atau pecah)
  6. Pembayaran dibuat.
  7. Anda akan diberi surat daftar tambah insuran cermin kereta.
  8. Selesai.

Kelebihan menambah insurans cermin kereta

Anda hanya melindungi cermin kereta tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menggantikan yang baru.

Malah, ncd (no claim discount) anda tidak akan diganggu atau tidak akan reset kepada 0% selepas claim insurans cermin dibuat.

Kesimpulannya, beli insurans cermin kereta anda merupakan suatu kepentingan disaat berlaku perkara yang tidak diingini.

One comment

Leave a Reply