Apa itu insurans kereta third party?

Insurans kereta 3rd party. Atau orang biasa panggil sebagai 3rd party. Ia menjadi satu pelan insurans kereta yang paling rendah dari aspek harga.

Majoriti memilih 3rd party sebagai pilihan lain selain insurans 1st party yang harganya jauh lebih tinggi.

3rd party insurance pos Malaysia

Kat pejabat pos boleh ke buat insurans 3rd party? Siapa kata tidak boleh. Datang pejabat pos dan anda boleh minta kirakan harga insurans 3rd party.

Bawa sekali dokumen yang menandakan maklumat mengenai kereta atau motor yang anda ingin dapatkan harga quotation.

Tapi ia bergantung pada kesesuaian kenderaan anda. Contohnya kalau kereta baru, memang tidak digalakkan untuk membuat insurans 3rd party ini.

insurans kereta 3rd party

Siapa pihak ketiga dalam insurans kenderaan

Pihak ketiga atau 3rd party ini merupakan orang yang terlibat semasa berlakunya kemalangan. Dalam kata mudah, ia penglibatan kenderaan lain selain dari pihak yang mengalami kemalangan.

Contoh pihak ketiga :

  • Pihak Kereta A (bersalah)
  • Pihak Syarikat Insurans
  • Pihak Kereta B (tidak bersalah)

Di atas merupakan contoh mudah dimana pihak kereta B merupakan pihak ketiga dalam situasi sesuatu kemalangan.

Cara claim insuran kereta third party

Jika anda sudah menggunakan insurans 3rd party, maka segala claim insurans tidak boleh dibuat.

Kecuali dengan beberapa faktor dan situasi yang berlaku semasa kemalangan, iaitu :

1. Kemalangan jika melanggar kereta di hadapan anda

Sebaiknya adalah anda cuba nego dulu jika kemalangan tersebut tidak teruk dan hanya melibatkan kerosakan kecil.

Hal ini, adalah bagi menyelamatkan NCD kereta anda.

Melainkan, jika berlaku sebuah kemalangan besar yang menyebabkan pihak anda bersalah. Maka pihak yang terlibat boleh claim insurans ke atas anda.

Tak perlu anda keluarkan duit. Anda cuma akan dikenakan tindakan saman atas sebab kecuaian berdasarkan kes yang berlaku.

Manakala, NCD anda pada tahun hadapan akan menjadi 0%, maka harga insurans akan menjadi tinggi walaupun anda buat insurans 3rd party.

2. Kemalangan jika kereta anda dilanggar dari belakang anda

Hal disini bukan sahaja bagi kes jika anda didapati dilanggar dari belakang, malah jika kes kemalangan yang melibatkan anda tidak bersalah juga.

Dengan syarat yang melanggar anda itu adalah kereta dan anda mempunyai nombor plat kereta tersebut.

Jika berlaku langgar lari, maka anda tidak boleh membuat claim ke atas syarikat insurans kereta yang melanggar kereta anda kerana tiada sebarang bukti nombor plat.

Pastikan nombor plat kereta tersebut adalah betul. Jika tidak, orang lain pula jadi mangsa keadaan nanti.

Jadi disini, NCD anda masih kekal atau meningkat pada tahun hadapan kerana claim dibuat keatas insurans kereta yang melanggar anda itu.

Disitu sedikit kelebihan disaat anda mengambil minima insurans 3rd party.

Harga insurans kereta 3rd party

Harga jika mengikut kenderaan adalah berbeza. Namun jika anda membuat insurans 3rd party,ia sedikit sebanyak membantu anda dalam pembelanjaan.

Minimum kadar harga bagi kereta tahun 2005 dan disertakan bersama NCD 55% adalah rm209.

Namun harga akan berubah-ubah bergantung kepada syarikat insurans. Ia tidak semestinya syarikat yang sama setiap tahun akan beri harga yang sangat minimum.

Ini kerana jika terlalu ramai membeli insurans 3rd party, dan kadar kemalangan meningkat, maka sesebuah syarikat insurans itu akan kerugian besar.

Total loss car untuk 3rd party car insurance

Bagi kereta yang masih mempunyai loan tapi menghadapi kemalangan total loss, tiada cara lain selain tetap membayar baki loan tersebut.

Kat sini nampak sangat berisiko jika berlaku kemalangan. Malah sekalipun berlaku kebakaran pada kereta atau kereta itu hilang dicuri.

Third party insurance cover

Jadi apa kelebihan insurans 3rd party ni selain harganya murah?

Kelebihan lain adalah roadtax kereta. Anda sudah boleh dibuat walaupun anda membeli insurans 3rd party.

Kiranya anda sudah melepasi syarat minimum untuk keluarkan roadtax kereta yang baru.

Insurans kereta paling murah

Pilihan bagi insurans kereta yang kita ada untuk insurans yang paling murah adalah insurans kereta 3rd party ini.

Namun, pilihan yang kita boleh ambil ini bukan macam dulu. Kalau dulu kita kurang budget, boleh je terus buat insurans kereta 3rd party.

Nama lainnya insurans kereta 3rd party 0 (dalam sebutan kosong) kerana ia tidak melindungi apa-apa melainkan melindungi kereta lain yang terlibat dalam kemalangan bersama anda.

Itu pun jika anda dikira bersalah. Automatik kereta mangsa (pihak tidak bersalah) boleh membuat claim ke atas insurans kereta anda.

Kalau anda yang tidak bersalah, anda boleh la buat claim ke atas kereta yang bersalah itu. Jadi tak salah nak buat insurans third party ni, cuma anda kena elak dari kelalaian yang boleh akibatkan pelanggaran dengan kereta lain.

Untuk sekarang, pilihan untuk membuat insurans 3rd party ini agak terhad dan tertentu sahaja.

Majoriti syarikat insurans tidak lagi menyediakan insurans 3rd party kepada semua kereta. Hal ini kerana terjadi terlalu banyak kerugian yang di alami mereka.

Malah ada juga sanggup hanya buat insurans 3rd party ini selepas saja berlaku kemalangan. Memang mereka tidak boleh buat claim pun.

Ia adalah bagi mengurangkan kadar saman yang boleh dikenakan terhadap mereka disebabkan tiada cukai jalan. Cerita akan jadi lebih panjang kalau begini.

Apa tambahan insurans yang tidak boleh buat jika ambil 3rd party

1. 3rd party untuk tambah cover windscreen/ cermin kereta

Jika anda memilih dan membeli insurans 3rd party, anda tidak boleh membuat tambahan insurans yang disediakan oleh pihak syarikat insurans.

Jika berlaku kemalangan yang hanya melibatkan cermin kereta anda tak kiralah cermin cepan, cermin belakang ataupun cermin sisi, anda perlu mengeluarkan duit anda sendiri.

Buat masa ini, hanya pemilik polisi 1st party sahaja yang boleh membeli tambahan insurans cermin ini.

2. PA atau perlindungan kemalangan untuk 3rd party

Kelebihan PA ini adalah memberikan nilai pampasan mengikut jumlah yang dibeli semasa menghidupkan insurans.

Namun, bagi pembeli insurans third party, pihak syarikat tidak menyediakan kelebihan ini kepada anda.

Tambahan juga, terdapat beberapa syarikat insurans mewajibkan pemilik kereta mengambil PA ini jika anda membeli insurans 3rd party.

Harganya tidaklah terlalu mahal, tapi jika dibandingkkan dengan 1st party, nak dekat dah harganya. Adalah lebih baik ambil saja 1st party insurans.

3. Perlindungan bencana alam bagi pemilik insurans 3rd party

Jika anda pemilik insurans 1st party, tetapi tidak mengambil insurans tambahan bencana alam, adalah sama saja jika anda membeli insurans 3rd party. Mengapa?

Kerana claim tidak boleh diteruskan jika anda tidak mengambil tambahan ini.

Maka, bagi pembeli insurans 3rd party pun tidak boleh membuat tambahan ini kerana antara faktor untuk mengambil insurans tambahan adalah jika anda pembeli insurans 1st party.

Insurans bencana alam

Cara claim insurans kereta kena langgar dari belakang walaupun kereta itu guna 3rd party

1. Semasa di tempat kejadian kemalangan

Jika anda dilanggar, tak kira dari belakang yang penting bukan dari kesalahan yang anda buat, pastikan perkara pertama anda bertenang.

Pastikan dulu jika diri anda mengalami sebarang kecederaan.

Jika keadaan tak teruk dan enjin kereta masih hidup, pastikan anda bawa kereta ke bahu jalan dengan menghidupkan lampu kecemasan (hazard light).

Keluar dari kereta dengan berhati-hati dengan melihat dulu keadaan keliling sebelum membuka pintu.

Pastikan anda mengambil gambar atau setidak-tidaknya mengingati nombor plat kereta yang telah melanggar anda.

Jika keadaan kereta tidak teruk, cuba berbincang dengan orang yang melanggar anda untuk selesai di luar balai polis.

2. Selepas berlaku kemalangan

Jika anda tidak dapat kerjasama, anda wajib buat report polis di balai mengikut daerah dalam masa 24jam.

Nombor plat kereta yang melanggar anda itu sangat penting. Ini adalah bagi tujuan membuat claim ke atas insurans kereta tersebut walaupun ianya hanya cover insurans 3rd party.

Kumpul dokumen laporan polis dan tunggu sehingga pihak polis siasat dan beri keputusan siapa yang bersalah.

Bawa keputusan tersebut ke branch insurans kereta yang melanggar anda tersebut untuk urusan claim.

Hantar kereta anda ke bengkel menggunakan claim insurans anda terlebih dahulu. Jika nak tunggu insurans yang melanggar anda itu, akan mengambil sedikit masa.

Jangan risau, bagi perkara ini, NCD kereta anda tidak akan terjejas kereta anda sudah buat claim ke atas kereta tersebut.

Kereta siap dibaiki, insurans pihak yang melanggar akan berurusan dengan insurans kereta anda bagi membuat claim ini sehingga selesai.

Boleh ke buat insurans 3rd party ehailing ?

Disini bermaksud bolehkah anda nak buat insurans kereta menggunakan 3rd party 0 atau 3rd party fire n theft?

Dengan banyak lagi kos perlu dikeluarkan, anda sebagai pemandu ehailing tak kiralah pemandu grab atau mycar ataupun lain-lain servis pemandu ehailing adalah wajib menghidupkan insurans kereta anda menggunakan 1st party sahaja.

Insurans 3rd party adalah tidak dibolehkan sama sekali.

Hal ini adalah bagi memberi perlindungan kepada penumpang yang bakal anda bawa, bahkan juga melindungi anda sebagai pemilik kereta tersebut.

Awal-awal lagi anda akan tersangkut sebelum nak hidupkan insurans. Kenapa?

Kerana dalam sistem insurans hanya boleh dimasukkan nama pemandu yang membuat ehailing jika ia mempunyai insurans komprehensif 1st party sahaja.

Dalam sistem 3rd party, sama sekali tidak boleh dimasukkan penama bagi ehailing ini.

Bukan kita tak nak bantu, cuma memang tak boleh nak adjust sistem insurans yang telah diatur begitu.

3rd party insuran motor paling murah

Mengikut kajian sebelum nak hidupkan insuran motor ni menggunakan 3rd party 0, survey telah dibuat di beberapa syarikat insurans. Motor ini adalah motor honda ex5 tahun 2008 dengan NCD 25% (maximum)

Am General
Insurans
Liberty InsuransZurich Takaful
RM72RM88RM121

Harga di atas adalah mengikut sesebuah motor yang telah dikira dan masuk ke dalam sistem bagi tujuan survey harga.

Harga ini juga boleh berubah atas faktor umur pemilik, peratus NCD, jenis motor, cc enjin motor dan juga tahun keluaran motor.

Anda boleh bandingkan mana harga yang lebih murah mengikut perbezaan syarikat insurans tawarkan.

Kalau anda rajin nak buat survey begini, nescara anda akan dapat harga 3rd party insurans motor paling murah.

Lagi satu, tak semestinya syarikat yang sama akan menawarkan harga yang murah pada tahun depan, kerana setiap syarikat insurans itu berubah-ubah terma dan syaratnya.

Kesimpulannya, ada sisi baik dan ada juga sisi kurang baik terhadap third party car insurance ini. Risiko yang sangat besar semasa anda memandu. Jadi berhati-hati jika berada di jalan raya.


Posted

in

by

Comments

4 responses to “Apa itu insurans kereta third party?”

  1. […] Kadang-kadang ramai yang tersepit dengan kehidupan harian. Lebih-lebih lagi diwaktu tengah bulan Roadtax dan insurans pula sudah tamat. Nak buat 1st party atau insurans 3rd party? […]

  2. […] 1st party atau dikenali sebagai komprehensif mempunyai kelebihan berbanding insurans 3rd party. Ikuti di link tersebut bagi mengetahui makna yang lebih […]

  3. […] minimum 3rd party insurans pun boleh di claim oleh orang yang tidak bersalah, apakan lagi bagi kes […]

  4. […] beli Pa insurans adalah dengan membeli insurans 1st party (komprehensif). Kepada anda yang membeli insurans 3rd party, anda tidak boleh membeli tambahan […]