cara buka bateri kereta

Cara Pasang Bateri Kereta Hanya Di Rumah

Cara pasang bateri kereta ini memang tampak mudah. Kalau kita bayangkan pun sudah nampak mudah. Tapi bila kita sendiri yang buat, baru tahu cara tukar bateri kereta ni agak sukar.

Sukar tu ada sebabnya. Bukanlah terlalu sukar sehinggakan cara pasang bateri kereta positif negatif dibandingkan dengan overhall enjin.

Fungsi bateri kereta

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita perlu tahu dulu apa fungsi sebenar bateri kereta. Bateri kereta merupakan agent jana kuasa yang menyimpan tenaga elektrik di dalamnya.

Bateri kereta merupakan punca utama kepada sesebuah kereta itu dapat dihidupkan enjinnya. Ia juga merupakan ibarat jantung kepada kereta.

Tanpa bateri kereta, tenaga yang cukup tidak dapat menggerakkan anda dari satu tempat ke tempat yang lain.

Fungsi bateri kereta juga tidak digunakan sepenuhnya semasa pemanduan. Ia amat penting semasa anda ingin start kereta.

Aliran daya elektrik akan mengalir ke dalam badan kereta ibarat mengepam darah ke seluruh anggota badan.

Perumpamaan

Saiz bateri kereta

Bateri kereta mempunyai saiznya tersendiri. Lain jenis kereta, lain saiznya. Macam mana nak tahu saiz sesebuah bateri mengikut kesesuaian kereta anda?

Lihat saja pada bateri lama anda. Pada kotak bateri tersebut akan menulis jenis saiz yang sedang anda gunapakai.

Contohnya NS40L. Ini bermaksud saiznya adalah kecil iaitu 40L. Kereta yang sesuai dengan bateri ini contohnya dalah perodua kancil dan perodua myvi.

Contoh lain adalah NS60L. Anda boleh melihat pada kod ini menulis 60L. Saiz ini adalah tidak sesuai untuk kereta-kereta yang saiz baterinya kecil.

Boleh digunakan tetapi bateri tersebut akan cepat habis dibanding menggunakan saiz asalnya. COntohnya kereta menggunakan saiz bateri ini adalah proton saga, honda city dan toyota vios.

Jangan pelik jika bateri cepat habis kereta baru beli pun boleh terjadi. Hal ini disebabkan pihak kilang memberikan saiz bateri yang kecil berbanding saiz asalnya.

cara pasang bateri kereta
Cara pasang bateri kereta

Gambar di atas merupakan bateri kereta jenama hitachi dengan tulisan code 40B19L. Cara nak tahu saianya adalah melalui nombor iaitu 40. Ini bermaksud bateri kereta ini adalah jenis kecil kerana minima bagi bateri kereta adalah bersaiz 40.

Code-code jenama bateri adalah tidak sama. Lain jenama lain cara bacaannya. Namun, kita tak perlu pening kepala bila lihat kod bateri kereta ini.

Dengan adanya ilmu sedikit tentang cara pasang beteri kereta, kita tak perlu buang masa atau kerja tidak tertangguh.

Kadang sebab spanar hidup tiada di rumah pun boleh tertangguh kerja.

Terpaksa la beli spanar hidup kat kedai hardware yang terdekat.

Itu baru satu perkara.

Malah, contoh lain jika kita tahu, bateri kereta persona dan bateri kereta saga flx adalah sama dari segi saiznya.

Berbeza pula dengan saiz bateri kereta viva yang diperlukan olehnya tidak sama. Ia adalah lebih kecil, maka harganya turut lebih murah.

cara pasang beteri kereta
Cara pasang beteri kereta

Cara tukar bateri kereta perlukan peralatan ini

Kalau nak buat guna kudrat diri agak sukar dan ambil masa.

Jadi gunakan peralatan yang akan mudahkan kerja kita.

Antara peralatan cara buka battery kereta ini seperti dibawah:

  1. Spanar hidup / mudah laras (kecil sudah memadai), bila ada spanar hidup, tak perlu kita tercari-cari saiz spanar buka bateri kereta tu.
  2. Sarung tangan (mengurangkan kekotoran dan memudahkan aktiviti buka skru pada bateri, dan elak dari terkena aliran elektrik)

Aturan cara buka dan cara pasang bateri kereta yang betul

1. Buka bonet hadapan kereta

Sekiranya alarm kereta tidak lagi berfungsi untuk membuka lock pintu, gunakan kunci manual untuk buka pintu pada bahagian pemandu dan buka bonet. Harus diingat selepas saja bateri baru dipasang, sediakan remote alarm kereta kerana alarm akan terus mengeluarkan bunyinya.

2. Cabut bateri lama

Terdapat dua wayar (kata mudah) iaitu wayar positif dan negatif. Anda boleh lihat pada tanda + dan – . Nak senang cabut kepala bateri kereta ni nanti kita ingat balik posisi tempat yang kita cabut tu dan pasang tempat yang sama.

Ada orang kata cara cabut bateri kereta wajib matikan enjin kereta dulu. Tapi tiada masalah pun nak lakukan semasa enjin hidup sebab aliran elektrik akan tetap mengalir pada badan kereta semasa cabut bateri lama (dengan syarat memakai sarung tangan).

Kedua cara ini memadai dengan cara buka bateri kereta yang betul.

Ikut langkah satu per satu sama ada nak cabut bateri kereta positif atau negatif dulu tiada masalah. Jangan pula anda cabut serentak.

3. Cara pasang bateri kereta iaitu bateri baru

Cara pemasangan bateri kereta dengan betul perlu didahului anda perlu pastikan bateri baru anda sudah ditanda tarikh anda beli. Senang nak rujuk tempoh berapa lama ia sudah digunakan.

Saranan bateri kereta anda tukar kepada baru antara jangka hayat bateri kereta setahun setengah ke dua tahun.

Kenal pasti wayar positif dan negatif bateri kereta anda dengan merujuk simbol tambah adalah positif, manakala tolak adalah negatif. Jangan risau, pada badan bateri telah ditandakan simbol tersebut.

Kalau nak lihat jenis wayar bateri kereta positif dan negatif bateri kereta tu lihat pada wayar warna hitam adalah negatif, dan wayar bateri kereta merah positif.

Pasangkan bateri baru anda pada wayar dengan melihat bateri kereta positif negatif sebetulnya. Ketatkan semula skru pengikat wayar ke bateri itu.

cara buka bateri kereta
Cara buka bateri kereta

Mudah cara pasang bateri kereta?

Yes. Memang mudah. Mudah sekiranya anda alert dengan beberapa perkara. Perkara itu merupakan pengalaman yang telah berlaku kepada orang yang sendiri lakukan di rumah.

Yang penting cara pasang bateri kereta ini mengikut aturan yang betul.

Tips tambahan cara memasang bateri kereta

  1. Pilih bateri mengikut saiz yang bersesuaian
  2. Pilih kapasiti bateri yang betul untuk mengelakkan dari ketidakcukupan daya elektrik pada kereta.
  3. Pastikan anda simpan warrantly card bateri
  4. Baca beberapa kali artikel cara pasang bateri kereta ini sebelum anda memulakannya.

Nak pasang bateri kereta positif atau negatif dulu?

Cara nak pasang tidak tergantung pada positif atau negatif dulu. Yang penting anda buat secara step by step.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan yang betul supaya bila kedua wayar bateri kereta sudah diletak pada pengikat bateri kereta, ia akan mengalirkan arus elektrik.

Kesimpulannya, cara buka bateri kereta ini sangat mudah jika kita sudah buat secara sendiri. Yang penting anda perlu pastikan kelengkapan semua disediakan sebelum bateri kereta dilakukan.

Apa beza bateri kereta amaron dan century ?

Memandangkan aku mempunyai berpengalaman menggunakan kedua buah bateri kereta ini, ia adalah pandangan dari sudut serperti di bawah :

Bateri kereta Jenama AmaronBateri kereta Jenama Century
Jenama ini adalah baru dan
meningkat naik
Jenama sudah lama digunakan
oleh orang ramai
Harga untuk saiz 60L RM250Harga bagi saiz 60L RM190
Warrantly selama 1 tahun 6 bulanWarrantly hanya 1 tahun (dari dulu lagi)
Tahan lasak dan lamaTahan lama mengikut cara guna kereta

Perbezaan di atas adalah hanya mengikut pengalaman selama penggunaan yang aku gunakan. Terpulang kepada anda yang nak membeli.

Kedua bateri kereta ini bagus. Harga bateri Amaron agak sedikit mahal. Tapi beri kelebihan pada warrantly yang mempunyai lebih 6 bulan dibandingkan bateri kereta Century.

Warrantly itu hanya laku jika berlaku gelembung pada bateri. Hal ini boleh menimbulkan perkara seperti bateri meletup.

Boleh ke claim warrantly bateri jika sudah kong dalam masa yang diberi?

Sejujurnya mengikut realitinya, warrantly ini bukanlah sesuatu perkara jika bateri sudah habis, kemudian boleh senang dapat tukar baru.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan bateri kereta anda cepat habis walaupun dalam masa ia dalam warrantly.

Ini mungkin kes kurang terjadi kepada anda yang mempunyai kereta baru. Tetapi ada juga kes kereta baru beli bateri cepat habis.

1. Bateri kereta cepat kong disebabkan alternator problem

Alternator problem adalah disebabkan kereta anda itu sendiri. Ia bukan datang dari masalah bateri kereta yang baru anda beli.

Tiba-tiba kereta tak boleh nak start, padahal baru 6 bulan beli bateri. Faktor besar adalah alternator anda mempunyai masalah.

2. Milage kereta

Kadar milage juga memberi faktor kepada bateri kereta cepat habis. Dalam masa 11 bulan kereta anda sudah bergerak sejauh 70,000km menggunakan bateri yang sama.

Padahal masih ada lagi warrantly yang disediakan selama 12 bulan. Namun, bagi kes ini, anda tetap tidak boleh menukar kepada bateri baru disebabkan faktor pergerakkan anda yang sudah melebihi milage yang biasa.

Jika bateri itu tahan, ia adalah bonus kepada anda.

3. Kesesuaian saiz bateri mengikut kereta

Saiz yang tidak sesuai akan mengakibatkan bateri kereta anda cepat habis digunakan. Bayangkan anda menggunakan kereta proton persona tapi menggunakan bateri kereta perodua myvi yang kecil.

Ya kereta masih saja boleh bergerak, cuma ketahanan dan masanya juga akan berkurang untuk menanggung kadar elektrik yang diperlukan oleh kereta anda itu.

Kalau bateri kereta habis, boleh ke panggil towing trak?

Bagi kes ini terdapat dua jenis situasi yang boleh kita lihat.

Situasi pertama adalah jika kereta tak boleh start disebabkan bateri dah kong di rumah atau kediaman anda, maka adalah cara terbaik adalah beli saja bateri baru.

Gunakan kenderaan lain bagi menuju ke kedai bateri terdekat dengan rumah anda.

Situasi kedua adalah jika berlaku di luar kawasan. Contohnya berlaku di RnR di highway dan di tempat kerja.

Anda boleh meminta pertolongan towing trak untuk menunda ke rumah anda sebelum anda membeli bateri kereta yang baru.

Boleh saja bawa terus ke kedai bateri kereta terdekat menggunakan khidmat towing ini. Tiada masalah pun.

Kalau bateri kereta kong, lagi baik cas dulu atau terus beli baru?

Bateri kereta merupakan antara bahan yang penting untuk menggerakkan sesebuah kereta. Bagi menjawab soalan ini kita perlu berbalik kepada seseorang itu juga sendiri.

Jika anda rasa bateri kereta tersebut terlalu awal sebelum tiba waktunya kong, anda boleh saja cas.

Contohnya bateri tersebut anda gunakan baru saja setahun satu bulan. Anda rasa nak cas bateri tersebut sebab ia mempunyai tanda-tanda lemah ketika ingin start di awal pagi.

Buka bateri kereta anda, dan hantar bateri tersebut ke kedai servis atau kedai bateri yang menyediakan khidmat cas ini.

Cas sekurang-kurangkan dari pagi hingga petang. Lagipun murah saja nak cas bateri kereta itu. Rm5 saja bagi setiap sesi.

Cara di atas adalah lebih jimat dan bergantung juga pada jangka waktu bateri kereta itu. Jika bateri kereta anda sudah mencapai 1 tahun dan ke atas sepatunya anda sudah boleh tukar bateri yang baru.

Lagi-lagi jika anda sering kali guna kereta tersebut untuk bekerja. Cara tukar kepada bateri baru adalah keputusan yang bagus.

Hal ini kerana, kemudian hari anda tak perlu risau dah jika nak kerja guna kereta. Ada orang tak suka pening-pening tukar saja bateri baru. Senang.

Cara pasang kepala bateri kereta

Tindakan bagi cara pasang kepala bateri kereta perlu dilakukan dengan cermat serta menggunakan peralatan yang betul.

Kepala bateri kereta yang telah dicabut perlu anda pasang semula sebaik sahaja menggantikan bateri kereta yang baru.

Berikut merupakan cara pasang kepala bateri kereta mengikut turutan :

  1. Pastikan terdapat 2 kepala bateri kereta.
  2. Kepala bateri kereta yang besar adalah untuk positif.
  3. Kepala bagi bateri kereta yang kecil untuk negatif.
  4. Masukkan kepala bateri kereta satu persatu dahulu pada terminal bateri kereta mengikut cas positif dan negatif yang betul.
  5. Pastikan kepala bateri kereta anda dimasukkan secara kemas.
  6. Jika tidak kemas atau tidak masuk dengan kemas kepala bateri kereta itu pada terminal. Ada kemungkinan kepala bateri tersebut mudah tercabut dan menyebabkan kereta terpadam lebih-lebih lagi jika melalui kawasan beralun dan tidak rata.

Posted

in

by

Tags: