Ciri-Ciri Insurans Kereta Terbaik Yang Perlu Ada

Insurans kereta terbaik boleh dikategorikan dengan beberapa fakta yang perlu korang ketahui.

Setelah korang tahu fakta ini baru korang boleh kenalpasti apa faktor dan fakta yang boleh dikatakan sebagai insurans kereta terbaik.

Ada orang hanya dengar cakap orang syarikat itu ini terbaik. Tapi bila dah guna korang sendiri yang rasai pengalaman adakah ia masih insurance kereta terbaik atau tidak.

Insuran kereta terbaik bukan setakat anugerah

Kalau nak bandingkan anugerah tahunan dan jumlah berapa banyak syarikat itu menang award belum tentu syarikat itu boleh buat yang terbaik tahun yang sama.

Walaupun award dari luar negara sekalipun, kita sebagai pelanggan sendiri yang boleh tahu adakah ia insurans kereta terbaik.

Lebih-lebih lagi ramai sangat orang complaint bab nak claim bila berlaku kemalangan.

Tapi itu kena lihat juga macam mana kita bekerjasama untuk menyediakan dokumen yang diminta.

Harga murah sebab dikatakan insurans yang terbaik?

Faktor harga juga kadang ramai yang sudah terkena.

Murah memang murah. Tapi korang kena tahu kenapa harganya murah.

Ada risiko di setiap harga yang murah itu.

Bandingkan dulu harga minima 2 syarikat baru boleh anda buat keputusan.

insurans kereta terbaik

Terma dan syarat

Fakta ini anda wajib tahu sebelum mengatakan ia adalah insuran yang terbaik.

Setiap tahun syarikat insurans berlumba-lumba memberikan servis yang bagus.

Contoh syarikat A memberikan servis percuma towing sebanyak 50km.

Manakala syarikat B memberikan 100km.

Contoh terma dan syarat dua syarikat di atas adalah pada tahun 2020.

Pada tahun depan berkemungkinan besar syarikat A akan bersaing dengan cara meningkatkan servis percuma towing sebanyak 150km.

Adakah syarikat B korang akan katakan pada tahun hadapan masih insurans kereta terbaik?

Tentunya tidak.

Rajin buat survey

Survey bukan saja harga. Harga ini sebolehnya korang letakkan sebagai nombor dua.

Faktor servis yang syarikat berikan korang patut beri keutamaan.

Harga tidak jauh beza tapi servis bagai langit dan bumi.

Ambil tahu dan nilaikan sendiri adakah ia insurans yang bagus dan terbaik dengan cara:

  1. Customer service yang sangat membantu (hotline senang berurusan).
  2. Towing percuma yang diberikan (untuk kemalangan sahaja atau kerosakan sahaja atau keduanya).
  3. Harga sudah termasuk all driver coverage.
  4. Tiada excess sebelum claim kemalangan dibuat.

Kini korang dah tahu insurans kereta terbaik

Penilaian insuran kenderaan terbaik adalah perkara yang subjektif.

Lain orang lain pendapatnya.

Sebenarnya bergantung kepada ilmu kita terhadap servis-servis yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

Ada orang dah selesa dengan satu syarikat sampaikan dia tertinggal dengan kelebihan syarikat lain yang lebih bagus.

Ingat. Syarikat-syarikat insuran terbaik ini akan bersaing setiap tahun untuk kemudahan dan kelebihan yang mereka boleh berikan kepada kita.

Mana-mana syarikat yang anda survey itu melepasi penilaian kelebihan yang bagus itulah boleh dikatakan sebagai insurans kereta terbaik.

One comment

Leave a Reply