Autolife Insurance Maybank Di Malaysia

Autolife insurance maybank ni aku beri singkatan supaya korang faham ini adalah sekadar perkongsian aku. Minggu lepas aku terpanggil untuk membuat autolife insurance maybank.

Autolife insurance maybank dan Kenapa?

Memandangkan aku buat loan di bank itu, maka wajib bagi aku membuat aku membuat autolife insurance maybank, Bagi korang yang buat loan ikut bank masing-masing ya.

Sebelum ni aku tak tahu langsung apa itu autolife insurance maybank. Orang cakap-cakap sekali pandang saja aku buat.

Ingatkan tak penting. Rupanya sangat penting autolife insurance maybank ni.

Nak atau tak nak sahaja kita nak buat autolife insurance maybank. Semua tergantung kepada sejauh mana kesedaran kita tentang hutang dan keluarga.

Autolife insurance maybank bayar sebulan sekali?

Autolife insurance maybank bukan seperti bayar loan bulan-bulan kereta. Hanya sekali sahaja seumur hidup perlu dibayar.

Aku sebelum ni terfikir ada kawan bercakap autolife insurance maybank perlu dibayar semasa awal-awal beli kereta.

Silap. Kalau sebelum ni kita belum ambil autolife insurance maybank (bagi loan kereta dengan maybank), kita boleh saja buat tambahan ni di mana-mana branch.

Digalakkan juga korang call dulu tempat loan kereta maybank anda itu atau branch maybank lain sebelum hadirkan diri. Lebih baik buat autolife insurance maybank di tempat kita sign loan.

Pengalaman buat autolife insurance maybank

Aku datang ke branch untuk buat autolife insurance maybank ni waktu aku cuti di hari bekerja. Jadi kalau lama prosesnya aku tak terkejar-kejar dengan waktu kerja aku yang sibuk.

Datang saja aku terus bertanya dengan pegawai di pintu hadapan ambil nombor. Aku tanya macam mana nak buat urusan autolife insurance maybank.

Dia terus cakap naik ke tingkat atas. Maksudnya terus ke bahagian pejabat untuk urusan ni.

Aku berjumpa dengan Mr Leong. Aku terangkan yang sebelum ni aku tak ambil autolife insurance maybank semasa sign loan.

Dia terus faham dan minta kad pengenalan aku sebagai pemilik kenderaan.

Mr Leong beri aku harga jumlah yang perlu aku bayar (sekali sahaja).

Harga autolife insurance maybank

Katanya harga mengikut market semasa kenderaan aku.

Kalau kita beli masa tahun pertama market rm50K harga lain. Sekarang kereta aku sudah masuk tahun ketiga.

Ikut market dalam rm39k tahun ini. Jumlah yang aku perlu bayar dalam rm400 lebih,

Selesai saja urusan Mr Leong beri aku satu kertas menandakan aku sudah buat autolife insurance maybank.

Surat tu macam resit saja.

Penting untuk kita terangkan kepada waris tentang autolife insurance maybank ni. Jika terjadi kematian diri kita, mereka tak perlu lagi membuat pembayaran bulanan baki loan kereta kita itu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Autolife Insurance Maybank Di Malaysia”