Benda perlu tahu sebelum buat insurans 3rd party

Roadtax kereta wajib dibuat bila tiba waktunya tamat. Ada juga yang kekurangan budget dengan membuat insurans dengan harga yang murah. Salah satu caranya memilih jenis insurans. Kalau pilih insurans 3rd party memang jauh lebih baik banding membeli 1st party dari segi harganya. Anda boleh guna cara ini untuk jimat.

Namun anda perlu ambil tahu dulu 3 perkara ini sebelum menghidupkan insurans 3rd party. Kemungkinan besar anda tidak berfikir semula sebelum membuat sesuatu keputusan. Keputusan ini juga mungkin tidak akan merugikan anda dikemudian hari.

insurans 3rd party

Risiko membaiki kenderaan insurans 3rd party

Kalau anda membuat 3rd party car insurance, jika berlaku sebarang kemalangan, anda sesekali tidak boleh membuat claim di syarikat insurans sama sekali. Anda hanya boleh membaiki kenderaan dengan menggunakan duit sendiri sahaja. Jadi, bersiap sedia untuk mengeluarkan duit dari poket anda.

Saranan aku supaya tidak terburu-buru membuat keputusan ini. Anda mungkin jimat sekarang, tapi risiko untuk keluar duit lebih banyak adalah tinggi. Siapa yang boleh beri jaminan dijauhkan dari perkara buruk?

Baca ini https://roadtaxkeretaanda.blog/2019/01/26/apa-itu-insurans-komprehensif-1st-party/

Tukar kepada 1st party tahun berikut

Untuk anda yang dah tahu risiko 3rd party ini sangat besar. bertukar kepada 1st party insurans pada tahun hadapan adalah digalakkan. Dari pengalaman aku tak sarankan langsung dan jangan berani teruskan buat 3rd party lebih-lebih lagi kereta baru.

Dapatkan dulu quotation car insurance. Buat survey jika ia dalam buget anda.

Dalam hati rasa sudah biasa buat 3rd party. Murah pun murah. Namun anda pasti akan rasa menyesal jika teruskan perkara ini. Orang kata dah terhantuk baru nak terngadah.

Masih membayar insurans tapi tak boleh claim

Mengikut peratusan jika anda bandingkan harga 1st party ikut market kereta anda tahun ni dengan harga 3rd party lebih kurang hanya 25% penjimatan sahaja. Aku tak rasa benda ni sangat berbaloi. Lebih baik anda menunggu sebentar untuk kumpul duit.

Cuba sebaik mungkin untuk elak membuat 3rd party ini. Bukan apa. Kereta baru buat 3rd party kedengaran agak menakutkan. Lebih-lebih lagi hutang pada bank masih lagi lama untuk diselesaikan.

One comment

Leave a Reply