Adakah Boleh Claim Insurans Untuk Kereta Rosak?

Ada 1 kisah aku nak kongsi di bawah ni. Mungkin kita boleh guna duit insurans untuk baiki kereta yang tiba-tiba rosak? Boleh ke hantar kat bengkel biasa lepas tu buat claim kat syarikat insurans?

Dalam situasi ni ada yang masih tertanya-tanya. Buat apa tiap-tiap tahun beli insurans, tapi claim pun tidak. Untungnya syarikat insurans tiap-tiap tahun kalau macam ni. Ibarat masuk duit seperti air terjun yang mencurah. Punyalah penat kita bayar mahal insurans kenderaan atau car insurance, lastly kita tak dapat manfaat apa pun.

Kisah Bermula Kereta Rosak

Situasi 1 hari berlaku, kawan aku punya kereta rosak di tepi jalan. Bab towing memang insurans dah sediakan. So, dia gunakan dengan sebaiknya. Dia bawa kereta kat bengkel. Katanya nak guna duit insurans (car insurance) untuk repair kereta dia yang rosak.

Orang bengkel punya la pelik tengok selamber kawan aku cakap nak guna claim insurans. Kerosakan kereta tu memang costly sikit. Anggaran dalam rm400-rm500 tak lari. Masalah waterpump. Aku tak pasti dimana confident dia dapat suruh buat claim insurans kerosakan.

Orang bengkel kata cuba call insurans tanya dulu. Kawan aku call aku sebab nak pastikan balik. Ha tadi bukan main confident, sekarang dia pula teragak-agak. Aku terangkan pada dia, claim insurans kereta tu kita gunakan jika berlaku kerosakan disebabkan kemalangan sahaja.

Perlu Tahu Perkara Ini

Bab kemalangan seperti kita tahu mesti ada bukti kemalangan rujuk pada report polis yang dibuat. Barulah bahagian claim kat syarikat insurance boleh proceed dengan tujuan kita baiki tu.

Selain daripada kerosakan akibat dari kemalangan memang kita tak boleh nak buat claim. Selain insurans kemalangan, kos-kos kerosakan kereta ni bila tiba waktunya memang akan wajib kita sediakan. Al maklum lah semakin berusia, semakin banyak ragamnya.

Jadi, jangan kita keliru dengan perkataan claim insurans ni. Zaman sekarang ni kalau kita silap sikit semua perlu keluarkan duit. Darisegi duit satu hal, kos masa pun turut akan ganggu kita.

Anda Lebih Bersedia Dengan Cara Ini

Kalau nak lebih baik, kita ada bengkel kereta yang kita percaya. Lama-lama dah biasa datang bengkel kedai kereta yang biasa tu kita pun mudah nak minta harga diskaun. Cara ini nampak remeh tapi sangat membantu.

Berani ke kita nak hantar kereta ke bengkel yang kita sendiri tak pernah hantar disitu? Lagi-lagi kereta perlu tinggal di bengkel beberapa minggu. Bukan untuk menakutkan, kita cuma nak berhati2 dan beringat.

Baca ini https://roadtaxkeretaanda.blog/2019/01/26/apa-itu-insurans-komprehensif-1st-party/

Leave a Reply