Roadtax Kereta Hilang, Bagaimana Nak Buat Baru?

roadtax kereta hilang
Roadtax kereta hilang

Roadtax kereta hilang. Kadang-kadang terfikir pelik juga macam mana kes jika roadtax kereta boleh hilang kan? Padahal roadtax tu kena tampal pada bahagian dalam cermin kereta, bukannya di bahagian luar.

Roadtax hilang kena buat apa ? Adakah boleh buat roadtax hilang online ? Apakah cara dapatkan roadtax hilang ini ?

Benda dah nak jadi, nak elak pun bila terkena pada diri kita baru terfikir perkara macam mana nak kena buat

Kita lihat dulu apa yang berlaku pada kes kalau roadtax hilang ini contohnya :

  • Berlaku kemalangan yang melibatkan cermin kereta pecah
  • Runner roadtax tanpa sengaja menghilangkan (kes terpencil semasa pembaharuan roadtax dibuat)

Roadtax hilang apa perlu buat?

Apa nak buat kalau roadtax hilang? Apakah cara paling mudah diselesaikan bagi kes ini?

Bagi kes kehilangan roadtax, owner/pemilik kenderaan perlu menghadirkan diri ke Jpj (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) berdekatan untuk membuat cap jari (thumbprint) pengesahan yang roadtax telah hilang.

Tidak kira hilang roadtax motor ataupun kereta. Ia adalah sama perlu rujuk ke JPJ roadtax hilang.

Bagaimana jika pemilik tiada waktu nak ke Jpj?

Dahulu wakil bagi pemilik seperti agent boleh datang ke Jpj untuk mendapatkan roadtax yang baru. Sekarang pihak Jpj MEWAJIBKAN cap jari (thumbprint) pemilik kenderaan.

Ada juga kes roadtax kereta hilang dan pemilik berapa diluar negara. Terpaksa la tunggu sehingga pemilik balik ke Malaysia dan rujuk sendiri di Jpj.

Segala perubahan prosedur akan barubah dari semasa ke semasa tertakluk kepada kemaskini yang dilakukan oleh pihak Jpj bagi ganti roadtax hilang.

Tertanya juga mungkin akan datang boleh buat perkara secara online. Buat masa ini hanya proses tukar nama sahaja yang boleh dibuat selain di Jpj iaitu di Agent yang berdaftar (mesin kiosk).

Ia juga tetap memerlukan cop jari pemilik kenderaan. Bukan senang-senang boleh kita proses tanpa kebenaran pemilik sebenar.

Kewajipan ini menandakan bahawa pihak JPJ mengambil berat tentang kes-kes kalau roadtax kereta hilang, supaya tidak berlaku penduaan roadtax dalam satu nombor plat pendaftaran kereta.

Dokumen apa yang diperlukan pemilik bawa untuk dapatkan roadtax baru?

Pemilik kenderaan hanya perlu membawa kad pengenalan original dan perlu mengisi borang yang disediakan di Jpj sebelum dipanggil membuat thumbprint di kaunter.

Sebolehnya bawa sekali polisi insurans (car insurance) sebagai tanpa insurance anda masih lagi hidup (jika ada).

Cara buat roadtax hilang

Hadirkan diri di JPJ berhampiran bersama dokumen seperti di atas. Dan ambil borang jpj roadtax hilang yang disediakan untuk anda mengisikan maklumat terlebih dahulu.

Setelah tiba nombor giiliran, anda akan dipanggil bagi membuat pengesahan melalui cap jari tangan. Roadtax yang baru akan dikeluarkan. Selesai.

Cara buat roadtax hilang ini adalah sama langkahnya jika roadtax motor hilang. Yang penting anda perlu rujuk di Jpj terdekat untuk dapatkan yang baru.

Berapa kadar bayaran dapatkan roadtax baru di Jpj?

Jika roadtax hilang, terdapat nilai yang perlu dibayar mengikut jenis kenderaan iaitu :

  • Kereta rm50 sahaja
  • Motosikal rm30 sahaja

Harga ini adalah bagi kes kehilangan dan dikira sebagai denda roadtax hilang. Harga juga tetap rm50 untuk print yang baru walaupun harga roadtax 3.0 mahupun harga roadtax 1.8 cc.

Ia berbeza pula bagi kes roadtax sudah kabur dakwat tulisan.

Rujuk post seterusnya untuk kes menukar baru kertas roadtax yang sudah kabur dakwat

Baca ini https://roadtaxkeretaanda.blog/2020/03/05/roadtax-dah-rosak-dakwat-roadtax-dah-kabur/


Posted

in

by

Tags: