Guna 3rd party Tahun Depan Tukar Insurans 1st Party?

Kadang-kadang ramai yang tersepit dengan kehidupan harian. Lebih-lebih lagi diwaktu tengah bulan Roadtax dan insurans pula sudah tamat. Nak buat 1st party atau insurans 3rd party? Boleh ke nak buat insurans 3rd party, tahun depan ada budget lebih baru tukar insurans kepada 1st party semula?

Budget pun kurang. Kereta pula guna untuk kegunaan harian pergi balik kerja

Jawapannya ialah boleh. Anda boleh saja buat insurans mengikut budget minima anda

tukar insurans kereta

Ia mengikut tawaran yang diberikan oleh syarikat insurans itu sendiri

Contohnya Takaful Malaysia Car Insurance tahun lepas boleh buat 3rd party untuk kereta baru, tapi tahun ini disebaliknya.

Yang penting buat survey 1st party dan 3rd party sebelum rancang nak tukar insurans tahun depannya

Namun, perlu diingatkan, segala tawaran adalah mengikut nilai dan jenis cover insurans itu sendiri

Memang betul harga insurans kereta 3rd party sangat murah.

Jika anda berani membuat 3rd party untuk kereta baru, segala tanggungjawab dibawah anda sepenuhnya

Pihak syarikat tidak menanggung segala kerugian jika berlaku apa-apa terhadap kereta anda

Anda juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan kepada pihak syarikat insurans

Ini adalah risiko yang perlu ditanggung oleh anda yang membuat insurans kereta 3rd party

Jika kekurangan budget, anda juga boleh memilih untuk membuat 1st party Cover Undervalue

Guna cover undervalue 1st party tanpa perlu anda tukar insurans seterusnya

Cover undervalue adalah perlindungan insurans (car insurance) yang tidak mengikut harga market semasa (tahunan) sesebuah kenderaan.

Ia adalah perlindungan market value insurance yang lebih rendah tetapi masih dalam insurans komprehensif (1st party).

Namun, semasa ingin membuat tuntutan (claim) insurans, limit adalah mengikut nilai perlindungan yang dibuat sahaja.

Ini bermaksud, jika undervalue itu bernilai RM10,000 , manakala jumlah harga pembaikan (repair) adalah rm15,000 , maka pemilik kenderaan perlu menambah baki RM5,000 tersebut.

Cover undervalue ini lebih berbaloi berbanding anda membuat insurans 3rd party.

Ia juga dikenali sebagai undervalue sum insured.

Sebelum proceed kepada insurans 3rd party, anda digalakkan survey mengikut jenis syarikat dahulu harga quotation insurans anda antara 3rd party dan 1st party Cover Undervalue.

Walaupun tak semurah 3rd party tetapi ia akan lebih membantu semasa dalam keadaan sukar nanti.

Macam mana nak tahu insurans first party ?

Cara kita nak kenalpasti insurans tu first party atau pun tidak adalah dengan melihat covernote insurans atau polisi insurans dengan melihat seperti di bawah :

First partyThird party
Ada paparan tulisan “Comprehensive insurance”Paparan menulis hanya 3rd party
Mempunyai nilai cover seperti RM10,000Tidak menyatakan sebarang nilai RM
Harga yang dibayar adalah sedikit tinggiHarga jauh lebih murah

Semoga bermanfaat. Share jika bermanfaat. Terima kasih.

One comment

Leave a Reply