Tukar Syarikat Insurans Kereta Lain Setiap Tahun?

Bagi menjawab soalan ini, anda boleh tukar-tukar syarikat insurans kereta mengikut kelebihan yang ditawarkan kepada anda.

Setiap syarikat insurans tidak menetapkan bahawa anda tidak boleh menukar dari syarikat insurans kepada syarikat insurans lain.

tukar syarikat insurans

Contoh mudah tukar insurans kereta

Anda membeli kereta baru, insurans dan roadtax kereta diuruskan oleh syarikat kereta dengan menggunakan Msig Car Insurance, pada tahun hadapan anda ingin hidupkan insurans dengan syarikat Etiqa Takaful Car Insurance, jadinya memang tiada sebarang masalah untuk anda hidupkan insurans tersebut.

Cara tukar insurans kereta ini begitu mudah bagi kepada yang sudah tamat tempoh.

Manakala bagi yang nak tukar insurans kereta di pertengahan atau awal baru renew, disarankan guna dulu sehingga tamat tempoh.

Antara sebab untuk anda tukar kepada syarikat insurans lain adalah mudah untuk berurusan. Tetapi perlu diingatkan, sebab yang paling utama anda perlu titikberatkan adalah nilai dan kelebihan yang diberikan oleh syarikat insurans tersebut.

Kelebihan yang disediakan setiap syarikat insurans

Rajin-rajinkan diri anda untuk membuat survey. Survey bukan dari segi harga saja. Ramai yang hanya nak kan harga yang murah. Tak heran dah apa kelebihan yang syarikat insurans tu berikan. Cuba tanya kat agent insurans. Tiap syarikat insurans akan bersiang satu sama lain siapa yang lebih memenangi hati pelanggan.

Contohnya kelebihan khidmat towing kenderaan. Syarikat Etiqa dulunya bermula dengan hanya 50km free towing. Sekarang sudah di baikpulih servisnya dengan menyediakan 200km free towing. Ni contoh, bukan nak jadi buyers.

Macam mana nak tahu kelebihan yang syarikat insurans sediakan ni?

Senang ja. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Rujuk pada agent insurans anda. Tanya mereka dua syarikat berbeza dengan market value yang sama.

Bila dah dapat harga kedua insurans tu, tanya pula apa beza kelebihan yang disediakan. Jangan malu. Berkemungkinan harga yang mahal sikit memberi kelebihan yang sangat jauh berbanding syarikat insurans yang beri harga yang hanya murah sedikit.

Pelik? Ini adalah kenyataan. Kelebihan yang diberikan tahun ni belum tentu sama dengan kelebihan pada tahun sebelumnya.

Ada juga disebabkan pemilik baru tahu mengenai takaful insurans kereta. Mereka tidak mahu menggunakan insurans konvensional dan terus membuat keputusan untuk menukar.

Tukar syarikat insurans sebab lambat dapat claim?

Ada yang hanya cakap syarikat insurans tertentu tidak bagus. Kesemuanya adalah bagus. Semua syarikat insurans (car insurance) mudah nak claim. Jika anda beri kerjasama yang baik dan lengkapkan dokumen claim dengan pantas, syarikat insurans pun akan cepat memproses claim anda.

One comment

Leave a Reply