Boleh ke tukar insurans kereta ?

Boleh ke tukar insurans kereta ? Bagi menjawab soalan ini, anda boleh tukar-tukar syarikat insurans kereta mengikut kelebihan yang ditawarkan kepada anda.

Setiap syarikat insurans tidak menetapkan mana-mana syarat bahawa anda tidak boleh menukar dari syarikat insurans kepada syarikat insurans lain.

boleh ke tukar insurans kereta
Boleh ke tukar insurans kereta

Contoh mudah tukar insurans kereta

Bolehkah tukar insuran kereta ? Anda membeli kereta baru, insurans dan roadtax kereta diuruskan oleh syarikat kereta dengan menggunakan Msig Car Insurance, pada tahun hadapan anda ingin hidupkan insurans dengan syarikat Etiqa Takaful Car Insurance.

Jadinya memang tiada sebarang masalah untuk anda hidupkan insurans tersebut. Cara tukar insurans kereta ini begitu mudah bagi kepada yang sudah tamat tempoh.

Manakala, cara nak tukar insurans kereta seperti tukar insurans third party ke first party di pertengahan atau awal baru renew, disarankan guna dulu sehingga tamat tempoh.

Antara sebab untuk anda tukar kepada syarikat insurans lain adalah mudah untuk berurusan. Tetapi perlu diingatkan, sebab yang paling utama anda perlu titik beratkan adalah nilai dan kelebihan yang diberikan oleh syarikat insurans tersebut.

Tukar syarikat insurans kereta

Pilihan bagi tukar syarikat insurans kereta berada pada tangan anda. Sebelum anda nak buat penukaran, pastikan kelebihan yang diberikan kepada anda itu adalah lebih baik dari sebelum ini.

Jika anda dah biasa buat pada agent insurans, lebih mudah untuk tukar syarikat insurans kereta yang bakal anda gunakan.

Tetapi, jika syarikat insurans kereta yang anda mahu itu tidak ada, tukar agen insurans pun tidak menjadi masalah atas sebab syarikat agen insurans hanya mempunyai beberapa pilihan syarikat insurans sahaja.

Contohnya, ejen etiqa takaful yang biasa anda buat tidak mempunyai syarikat insurans lain seperti zurich takaful seperti yang anda mahu. Jadi, tukar agen insurans juga tidak menjadi sebarang kekangan anda sebagai pelanggan.

Cara tukar insurans kereta

Cara nak tukar insurans kereta boleh dibuat sekiranya anda nak tukar insurans kereta semasa berada di awal,pertengahan atau 3 bulan sebelum cukup setahun ianya tamat.

Sebaiknya jika nak tamatkan, jangan kurang dari 2 bulan hampir nak tamat tempoh insurans. Berikut merupakan susunan cara tukar insurans kereta :

  1. Batalkan roadtax kereta di JPJ terlebih dahulu.
  2. Kemudian, batalkan insurans kereta sedia ada di branch insurans negeri anda.
  3. Beli insurans kereta baru untuk kereta anda.
  4. Buat roadtax kereta seperti biasa.

Kelebihan yang disediakan setiap syarikat insurans

Sudah pasti anda sebagai pelanggan menginginkan insurans kereta yang paling bagus. Rajin-rajinkan diri anda untuk membuat survey dalam cara pilih insuran kereta.

Survey bukan dari segi harga saja. Ramai yang hanya nak kan harga yang murah. Tak hairan dah apa kelebihan yang syarikat insurans tu berikan.

Cuba tanya pada agent insurans. Tiap syarikat insurans akan bersaing satu sama lain siapa yang lebih memenangi hati pelanggan.

Contohnya kelebihan khidmat towing kenderaan. Syarikat Etiqa dulunya bermula dengan hanya 50km free towing. Sekarang sudah di baikpulih servisnya dengan menyediakan 200km free towing. Ni contoh, bukan nak jadi buyers.

Macam mana nak tahu kelebihan yang syarikat insurans sediakan ni?

Senang sahaja. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Rujuk pada agent insurans anda. Tanya mereka dua syarikat berbeza dengan market value yang sama.

Bila dah dapat harga kedua insurans tu, tanya pula apa beza kelebihan yang disediakan. Jangan malu. Berkemungkinan harga yang mahal sikit memberi kelebihan yang sangat jauh berbanding syarikat insurans yang beri harga yang hanya murah sedikit.

Pelik? Ini adalah kenyataan. Kelebihan yang diberikan tahun ni belum tentu sama dengan kelebihan pada tahun sebelumnya.

Ada juga disebabkan pemilik baru tahu mengenai takaful insurans kereta. Mereka tidak mahu menggunakan insurans konvensional dan terus membuat keputusan untuk menukar.

Namun, ada juga masalah agent insurans yang tidak rajin untuk berkongsi tentang kelebihan yang ada pada setiap syarikat insurans yang mereka ada.

Tukar syarikat insurans sebab lambat dapat claim?

Ada yang hanya cakap syarikat insurans tertentu tidak bagus. Kesemuanya adalah bagus. Semua syarikat insurans (car insurance) mudah nak claim.

Jika anda beri kerjasama yang baik dan lengkapkan dokumen claim dengan pantas, syarikat insurans pun akan cepat memproses claim anda.

Namun, sekiranya anda masih hendak mencuba insurans lain, jawapan kepada persoalan boleh ke tukar insurans kereta adalah dibolehkan sama sekali.

Sama ke tukar insurans kereta dengan tukar nama insurans kereta ?

Proses tukar nama insurans kereta adalah lebih rumit dibandingkan tukar insurans kereta. Jangan anda silap dengan kedua perkara ini.

Berikut merupakan perbezaan anda tukar insurans kereta vs tukar nama insurans kereta :

Tukar insurans keretaTukar nama insurans kereta
Mudah dibuat sekiranya roadtax dan
insurans telah tamat tempoh
Rumit kerana perlu membatalkan
roadtax serta insurans terlebih dahulu
Tidak memerlukan tukar nama pemilikPerlu menjalani proses tukar nama pemilik
dalam geran kereta kemudian barulah
boleh tukar nama dalam insurans kereta
Tukar insurans kereta vs tukar nama insurans kereta

2 comments

Leave a Reply